Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Monday, May 16, 2011

TheRedWarriors akhirnya ke FINAL!

Keputusan seri menentang Selangor pada aksi Separuh Akhir ke-2 Piala FA 2011 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu semale sudah cukup bagi skuad Kelate TheRedWarriors ke final. Kali ni, Selangor kecundang lebih awal kepada Kelate sedikit sebanyak mengubat luka ketika kita tewas kepada Selangor di perlawanan akhir Piala FA dua tahun lepas, 2009.

Gol tunggal TheRedWarriors dijaringkan oleh Shakir melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti pada awal perlawanan cukup untuk menggugat moral pemain Selangor yang turun bermain habis-habisan untuk menebus kekalahan besar kepada Kelantan pada aksi Separuh Akhir Pertama di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.

Seperti yang dijangka dari awal, adalah sukar untuk Selangor mencari gol yang besar lebih-lebih lagi beraksi di Stadium keramat Kelate The True RedWarriors. Bagaimanapun, Selangor berjaya menjaringkan satu gol sagu hati untuk membuktikan mereka masih berbisa untuk menyekat kegarangan Kelantan untuk menjaringkan gol yang lebih besar. Tahniah kepada Selangor.

Saksikan keratan video dari EPLSoker untuk jaringan gol semalae:




Walauagaimanapun, Kelate berpeluang untuk menjaringkan gol lebih banyak, namun rezeki mungkin untuk kita semale:



Jaringan ulangtayang gol oleh Selangor The Red Giants, hasil jaringan Rudie Ramli:



Tahniah untuk semua Team Kelate, barisan jurulatih TheRedWarriors n seterusnya penyokong TheRedWarriors. Pastikan kita semua ke FINAL untuk tahun 2011. Kaloh mene suku kiro...

Jaringan semalam sepatutnya lebih besar, namun ketiadaan beberapa tunggak utama Kelantan nyata menjejaskan peluang Kelate..

Kelantan Berdepan dengan Terengganu


Terengganu yang merupakan pencabar terdekat kepada Kelate dalam Liga Super 2001, membuktikan ketajaman penyudah apabila menewaskan Pahang di aksi Separuh Akhir ke-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, 2-0, selepas mencatat kemenangan 3-2 pada aksi Separuh Akhir Pertama Jumaat lalu di Pahang.

Keratan video jaringan penalti Abdul Hadi Yahya dan Mohd Ailimi Fahmi:



Terengganu mara dengan aggregat 5-2.

Kelantan vs Terengganu, Akhir Piala FA 2011


Dengan ini secara rasminya, Kelantan dan Terengganu, gergasi bola sepak Pantai Timur akan berentap di pentas Akhir PIala FA 2011 untuk merebut gelaran juara. Persoalannya, siapa lebih berbisa?

Untuk rekod, Kelantan dilihat beraksi cemerlang selepas berjaya menjulang beberapa Piala penting untuk dibawa pulang ke tanah air. Antara rekod Kelantan untuk tiga tahun terkahir ialah:

1. Naib Juara TM Piala FA 2009 / Naib juara Piala Malaysia 2009
2. Naib Juara TM Liga Super 2010 / Juara Piala Malaysia 2010
3. Juara Piala Sumbangsih 2011


Rekod cemerlang Kelantan mesti dikekalkan. Sebaliknya pula, Terengganu yang agak sekian lama mengidam piala sudah pasti akan berentap berhabis-habisan untuk membawa pulang Piala FA kepada penyokong mereka. Pertembungan dua gergasi Pantai Timur dan jiran dua negeri ini, pastinya akan sengit dan dinanti-nantikan.

Perlawanan akhir kali ini juga merupakan pertembungan sejarah bagi kedua-dua pasukan, Kelantan dan Terengganu yang tidak pernah berdepan di aksi Final Piala FA. Ini adalah kali pertama. Sejarah ini semestinya menghangatkan lagi perbualan dan penantian pentas akhir Piala FA 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 11-Jun-2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur jika tidak ada apa-apa perubahan dan rombakan jadual dari FAM.

Penyokong THEREDWARRIORS and Skuad PENYU Fanatik!


Pertembungan Kelantan dan Terengganu, mula menjadi perbualan. Bukan dari segi pasukan, barisan utama pemain dan jurulatih, namun barisan penyokong yang dipersoalkan. Jika dulu, Kelantan antara pasukan yang disegani kerana penyokongnya yang terlalu fanatik, kali ni Terengganu juga turut dipersoalkan dengan soalan yang sama.

Dapat disaksikan gelagat penyokong kedua-dua pasukan yang sukar untuk menerima kekalahan. Apakah akan terjadi tragedi yang tidak menyenangkan di aksi Final nanti? Semestinya barisan pemimpin FAM dan juga pasukan, pihak berkuasa Polis akan berbuat sesuatu. Walaupun kedua-dua nya fanatik, namun kita tidak boleh lupa Kelantan dan Terengganu bagaikan adik beradik. Jadi sama-samalah kita turun pada sebagai abang dan adik, siapa yang lebih tua sudah tentu akan jadi abang..

Diharap pentas akhir tidak mengundang apa-apa kekecohan seperti pada Piala Malaysia tahun lepas. Akhir sekali, syabas untuk kedua-dua pasukan. Kelate TheRedWarriors, kami harapkan kemenangan di pentas FINAL!

Terengganu vs Kelantan (TheRedWarriors)

Sepak-sepak, Gomo-gomo, Olek--olek, Sumbat GOL!!!

1 comment: