Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Wednesday, February 29, 2012

Selamat Tinggal Peter Butler

Laporan khas boleh di baca:

KOSMO

HARIAN METRO

Jadi kehilangan Butler sebelum ini membenarkan belaka teka teki yang disebut oleh semua orang. Pokok tidak akan bertiup jika tiada angin yang goncang. Bagaimanapun, semuanya adalah yang terbaik untuk peminat.

Selamat tinggal Butler. Semoga anda sukses dalam kerjaya akan datang..

Gomo Kelate Gomo!!

Friday, February 24, 2012

Peter Butler Direhatkan Serta Merta

Disebalik kemerosotan pasukan TheRedWarriors sejak akhir-akhir ini, ternyata ada pergolakkan berlaku di bahagian dalaman pengurusan yang melibatkan pengurusan KAFA yang diketuai presiden TSAM dan Ketua jurulatih Peter Butler.

Maklumat selajutnya boleh dibaca balik dalam laporan Harian Metro hari ini.

Link laporan Harian Metro

Perkara sebegini seolah-olah satu petanda awal kejatuhan zaman The Red Warriors jika ia tidak diselesaikan secepat mungkin. Mengikut laporan, Kelantan sekarang ini turun berlatih tanpa dibimbing oleh Peter Butler.. Kehilangan jurulatih sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada pasukan Kelantan.

Bagaimanapun, masih tiada tarikh tetap diumumkan sampai bila Peter Butler akan direhatkan sehingga beliau tampil untuk menjelaskan masalah sebenar kepada pihak pengurusan. Boleh dikatakan kedudukan Peter Butler masih tidak selamat seperti yang dolaporkan oleh beliau sebelum ini bahawasanya beliau dan KAFA sebenarnya sudah berdamai - tiada lagi salah faham..

Ada juga desas-desus mengatakan Kelantan tidak mengalami sebarang masalah untuk mencari pengganti Butler sekiranya beliau dan KAFA tidak lagi mencapai kata sepakat. Seolah gambaran awal bahawa Kelantan akan menukar jurulatih dan tidak kurang hebat juga rumors yang memperkatakan bahawa Datuk M Karathu akan kembali membimbing pasukan The Red Warriors.

Semuanya hanyalah khabar angin.. Diharap masalah perselisihan antara KAFA dan Butler tidak berpanjangan.. Jika tidak, Kelantan akan terkubur..

Gomo KELATE Gomo!!

Saturday, February 18, 2012

Video Kelantan vs Sarawak - Pusingan 1 Piala FA 2012

Kelantan menang tipis 2-1..

1. Gol Azizan Baba


2. Gol Indra Putra


3. Gol Norfarhan

Keputusan Kelantan vs Sarawak 2-1, Pusingan 1 Piala FA 2012

Farhan muncul wira Kelantan pada malam ini apabila dimasukkan di saat-saat terakhir dan menjaringkan gol beberapa minit sahaja sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil. Secara keseluruhannya aksi Kelantan pada malam ini adalah sangat hambar.. Sarawak seringkali berjaya menyekat hantaran tidak tepat Kelantan dan melakukan serangan demi serangan ke arah pintu gol Kelantan sehingga mereka berjaya menjaringkan gol pertama untuk mendahului Kelantan 1-0. Walaubagaimanapun, Indra berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut yang diambil oleh Piya..

Kelantan berusaha untuk menambah gol menerusi beberapa gerakan bahaya namun tindakan penyudah seringkali lambat untuk mengatasi benteng pertahanan Sarawak. Banyak juga rembatan liar dilakukan namun usaha pemain Kelantan harus dipuji sehinggalah ke saat akhir permainan.

Ketiadaan Mat Yo seawal minit permainan nyata merencatkan jentera serangan Kelantan. Nwoha yang diberikan tanggungjawab untuk memusnahkan harapan Sarawak juga tidak berbisa dan aksi beliau tidak lincah dan sehebat yang diharapkan. Kerapkali terjatuh dan lembik berbanding penyerang sensasi penyerang import negeri lain seperti Effa dari Negeri Sembilan dan Doe dari Terengganu.

Sebaliknya pemain tempatan dilihat lebih berbisa untuk memecahkan kebuntuan dan ketumpulan penyerang import. Farhan telah membuktikannya dan ketiadaan Mat Yo menampakkan segala-galanya. Bukan sahaja Kelantan, negeri-negeri lain juga mengalami dilema yang sama. Pemilihan pemain import nyata menunjukkan kegagalan sebenar pihak pengurusan...

Apapun, banyak kelemahan yang perlu dikaji dan diperbaiki. Prestasi pada malam ini menggambarkan Kelantan sebenarnya berada dalam kedudukan bahaya. Kelantan bakal tersingkir bila-bila masa sahaja. Kemenangan tipis pada malam ini boleh dianggap sangat bernasib baik dan perlu juga diingat, nasib tidak semestinya baik selalu jika kelemahan tidak dibaiki.

Kelantan akan berhadapan dengan kelab yang lebih hebat lagi seperti ini. Jika dengan Sarawak pun nyawa-nyawa ikan, maka perubahan drastik perlulah dibuat serta merta sebelum nasi sudah menjadi bubur.

Jasa Farhan pada malam ini harus dikenang.. Ini kerana sebab beliaulah Kelantan mara ke pusingan kedua dan melepaskan diri daripada dimalukan oleh kelab bawahan.. Setiap kelemahan pasukan tidak kiralah pengurusan KAFA, jurulatih mahupun pemain, ia perlu dipandang serius dan diatasi serta-merta. Tiada percanggahan dan gangguan daripada dalaman diharapkan kerana ia boleh mengganggu emosi pemain dan mecacatkan segala-galanya. Sebarang tindakan terburu-buru dan tidak profesional pihak pengurusan dan jurulatih harus dihentikan demi melihat The Red Warriors gah sehingga ke final Piala FA dan juga piala-piala lain.

Penyokong hanya mengharapkan permainan yang cantik dan kemenangan, bukan politik dan masalah dalaman yang boleh menjadi zaman kejatuhan Kelantan seperti yang telah terjadi kepada pasukan Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor.. Skuad gergasi yang gah suatu masa dahulu namun semakin jatuh kerana tidak lain iaitu pergolakan dan ketidakberkesanan pengurusan dan jurulatih..

Seterusnya, Kelantan akan melangkah ke pusingan ke-2 Piala FA 2012 berhadapan dengan Kuala Lumpur.. 2nd round kawe masih lagi berada dilandasan..

Gomo KELATE Gomo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, February 17, 2012

Pusingan 1 Piala FA 2012 - Kelantan vs Sarawak

Update ringkas, pasukan pertama yang mengesahkan tempat untuk pusingan kedua pada malam ini ialah Perak. Perak mendahului ATM hasil jaringan seawal minit ke-4 dan keputusan tersebut kekal sehingga akhir perlawanan. Kelantan pula akan berhadapan dengan Sarawak untuk pusingan pertama..

Saksikan siaran secara langsung KELANTAN vs SARAWAK di TV 1 malam esok (18-Jan, Sabtu)..

Sama-sama kita doakan agar Kelantan beroleh kejayaan dengan jaringan yang besar dan melangkah kaki ke peringkat kedua dengan penuh bergaya!

Gomo KELATE Gomo!!!

Tuesday, February 14, 2012

Keputusan Kelantan vs Selangor 1-2, Game 8 Liga Super 2012

Rekod tanpa kalah Kelantan hanya mampu bertahan sehingga 7 perlawanan sahaja apabila malam ini Kelantan ditundukkan egonya oleh musuh tradisi, Selangor. Selangor yang sebelum ini tewas berkali-kali akhirnya bangkit apabila mereka nekad untuk mengalahkan Kelantan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.. Nyata usaha mereka membuahkan hasil..

Kelantan yang bermain secara menyerang bagaimanapun gagal untuk memecah kebuntuan menghasilkan walaupun banyak peluang cantik terhidang. Mungkin percaturan Kelantan pada malam ini sedikit tidak menjadi ekoran penyudah yang tumpul untuk memecah benteng pertahanan Selangor yang tampak agak kental. Akhirnya Kelantan dihukum oleh Safiq menerusi rembatan kencang dari luar petak penalti untuk menewaskan Apek pada awal separuh masa kedua. Jaringan seterusnya oleh pemain import baru Selangor sekitar minit 60 lebih..

Secara keseluruhannya, perlawanan malam ini nampak kemas namun penguasaan bahagian tengah Kelantan agak longgar terutamanya bahagian kiri. Indra banyak kehilangan bola dan mensia-siakan banyak peluang keemasan apabila beliau lambat bertindak untuk menguji penjaga gol Selangor. Manakala disebalik kerancakan Kelantan, benteng pertahanan pula leka sehingga banyak melakukan kesilapan. Ketiadaan Daudsu juga mencacatkan rentak perlawanan disebelah kanan. Tiada overlappig menarik sepanjang perlawanan. Banyak hantaran untuk membantu penyerang disekat dan serangan balas yang selalunya menjadi punca kekalahan Kelantan terus berterusan...

Mengikut Peter Butler, mungkin pemain agak kepenatan kerana baru sahaja selesai perlawanan dengan Terengganu dan kemudiannya berangkat ke Kuala Lumpur. Namun ia hanya sekadar alasan apabila kalah, sudah menjadi adat.. Pemain import Kelantan pula beraksi tidak secemerlang pemain import negeri lain.. Ia terus menghantui Kelantan kerana kemasukkan mereka tidak membantu Kelantan untuk terus garang di padang...

Seterusnya Kelantan akan berjumpa dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk aksi Liga Super yang ke-9.. Moga Kelate terus GOMO!!!

Gomo Kelate Gomo!!

Sunday, February 12, 2012

Video Gol Kelantan vs Terengganu, 2-1 Game 7 Liga Super 2012

1. Gol Mat Yo



2. Gol Piya



Terima kasih kepada EPLSoker.

Saturday, February 11, 2012

Keputusan Kelantan vs Terengganu 2-1, Game 7 Liga Super 2012

Aksi malam ini merupakan aksi paling menarik Kelantan beraksi sepanjang Liga Super musim ini, Kelantan menang bergaya dengan menundukkan Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu. Percaturan bijak Peter Butler yang membariskan pemain tempatan tanpa membariskan Ghaddar dan Mat Nawi nyata memberikan impak yang cukup berbeza. Inilah sekian lama aksi bermutu yang dinanti-nantikan.

Piya dan Indra memainkan peranan penting kerana dengan ketiadaan Ghaddar dan Mat Nawi jelas membolehkan beliau mengawal jentera tengah Kelantan dengan hantaran-hantaran yang cantik seperti mana musim yang lepas. Manakala kemasukkan Nurul Azwan Roya (favorite kawe) juga benar-benar membuatkan corak permainan Kelantan bertambah laju. Ini juga turut dibantu oleh Kelantan Ekspres, S Chanturu.

Manakala pemain import baru Kelantan, Obina juga menunjukkan aksi yang harus dipuji. Kehadiran beliau mengurangkan bebanan yang dipikul oleh Subra dan juga Khairul Fahmi tidak perlu bekerja keras. Selain itu, kehadiran beliau yang menjadi pada malam ini membolehkan Daudsu, Aziz, Indra dan Shakir naik lebih jauh kehadapan untuk membantu jentera serangan. Teknik bertahan yang terbaik adalah dengan menyerang dengan baik.

Tabik kepada penyerang berbisa ataupun pemain paling berharga Malaysia, Mat Yo kerana membuka jaringan pertama. Kelantan mempunyai banyak peluang terhidang namun rezeki tidak memihak kepada The Red Warriors. Walaubagaimanapun, kapten Piya yang terkenal dengan hantaran terbaik dan berbisa membantu meletakkan Kelantan 2 gol dihadapan hasil tandukan kedua selepas Indra yang menerjah gawang kiri untuk menewaskan Sharbini Alawi.

Apa yang jelas, corak permainan pada malam ini harus dikekalkan. Azwan Roya mendapat pujian daripada Peter Butler apabila beliau mendapat pujian dan senyuman lebar daripada Peter Butler ketika dikeluarkan digantikan dengan Ghaddar. Ghaddar yang masuk tidak sampai seminit dihadiahkan sepakan penalti, namun gagal disempurnakan. Mungkin masih bukan rezeki beliau. Keserasian Ghaddar bersama barisan tengah dan Mat Yo masih menjadi tanda tanya. Ini kerana barisan Kelantan sebenarnya tampak longgar dan lebih membuka peluang kepada pihak lawan apabila beliau ada. Piya dan Indra juga tenggelam. Nampak ada sesuatu yang tidak kena yang perlu diperhatikan oleh Peter Butler.

Kemenangan dan corak permainan pada malam ini harus dikekalkan untuk memastikan Kelantan gah menerajui tahta liga yang ketika ini disusuli rapat oleh Perak dan Terengganu. Syabas dan tahniah diucapkan di atas aksi cemerlang dan diharap dapat menghapuskan kritikan penyokong selepas ini. Kritikan adalah perlu namun jika tiada perubahan walaupun pelbagai kritikan dibuat, semua pihak KAFA, barisan jurulatih dan pemain wajar dipersoalkan.

Seterusnya Kelantan akan berjumpa dengan Selangor pada hari Selasa nanti jam 8.45 malam. Sama-sama kita nantikan kebangkitan The Red Warriors!

Gomo Kelate Gomo!

Wednesday, February 8, 2012

Laluan Sukar Kelantan (vs Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan)

Laluan Kelantan selepas ini bertambah sukar apabila 3 perlawanan yang akan datang, Kelantan akan berhadapan dengan Terengganu (11-Feb-2012), Selangor (14-Feb-2012) dan Negeri Sembilan (3-March-2012). Tiga perlawanan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong tanah air apabila Kelantan bakal menentang musuh tradisi dalam tiga siri perlawanan yang berturut-turut.

Mampukah Peter Butler melakukan sesuatu dalam masa terdekat ini? Jika sekarang Kelantan hanya sekadar seri menentang Sabah setelah dihentam teruk dalam 2 perlawanan sebelum ini, mampukah Kelantan kembali bangkit untuk menundukkan 3 kelab gergasi yang dahagakan kemenangan dan bersiap sedia untuk memalukan Kelantan lagi?

Banyak benar persoalan dan keputusannya bakal terjawab di hari perlawanan kelak. Semoga The Red Warriors terus gah! Segalanya yang terbaik..

GOMO KELATE GOMO!!!!!!!!!

Keputusan Kelantan vs Sabah 0-0, Game 6 Liga Super 2012

Kelantan meneruskan rentak kekecewaan apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika bertandang ke Sabah pada aksi perlawanan ke-6 Liga Super 2012. Sebelum ini Kelantan dibelasah teruk oleh skuad kebangsaan 5-0 yang menjatuhkan reputasi Kelantan selaku juara Liga Super 2011. Badi kekalahan diteruskan apabila Kelantan dimalukan lagi di laman sendiri ketika aksi persahabatan menentang kelab Singapura di Kota Bharu.

Malam ini, Kelantan gagal memperbaiki prestasi apabila sekadar seri dan yang lebih malang lagi tiada sebarang jaringan dapat dilakukan. Seperti benar belaka kritikan dan kutukan hebat para penyokong setia Kelantan. Demi tidak sanggup melihat kejatuhan Kelantan sekarang, penyokong sekarang tidak segan silu untuk menyuarakan pendapat masing-masing; memang semuanya benar.. Tidak ada yang benar selain yang benar...

Pihak KAFA, barisan jurulatih dan juga pemain Kelantan sememangnya perlu mengambil berat kritikan tersebut dan tidak boleh bagi alasan. Tidak patut juga apabila ada pihak tertinggi KAFA meminta sokongan berterusan daripada penyokong sekiranya tindakan drastik tidak diambil. Memang jelas dan nyata, dalam aksi 6 perlawanan Liga Super sebelum ini, Kelantan tidak menunjukkan corak permainan yang meyakinkan.

Menang memang sepatutnya kita puji.. Jadi jika kalah tidak bolehkah mereka dikutuk? Semua harus faham dan bersikap terbuka.. Diharap Kelantan kembali bangkit untuk meneraju tahta liga yang ketika ini dirampas oleh Perak..

Komen daripada penyokong juga, tidak usahlah Kelantan bermimpi atau berbangga diri lagi sekiranya corak permainan sekarang tidak diubah. Ia seringkali mengundang resah hati penyokong tegar The Red Warriors. Jatuh bangun adat permainan seperti bola itu bulat namun ia masih boleh diubah, bermula dari sekarang! Jika tidak, stadium Kelantan akan kembali lapang, tiada lagi lautan merah yang akan membanjiri stadium. Kekalahan amat perit untuk diterima tapi statistik sekarang menunjukkan Kelantan sedang menjunam ke bawah.

Persoalan selepas ini.. Adakah skuad Kelantan akan menjadi skuad belasahan dalam AFC? Apakah import Kelantan masih lagi cap ayam? Adakah taktikal Peter Butler tidak menjadi ataupun player tidak menjadi walaupun ramai pemain *STAR*?

Barisan pentadbir KAFA harus bertindak atau kelab penyokong The Red Warriors seluruh negara harus mendesak sebelum nasi menjadi bubur. Tidak mustahil Kelantan yang gah 3 tahun lalu akan terkubur seperti Perlis suatu hari nanti.

Bangkitlah The Red Warriors!