Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Friday, February 27, 2015

Liga Malaysia 2015 Kurang Liputan

Ramai yang mengeluh kecewa gara gara kekurangan liputan tatkala bola sepak Malaysia sedang rancak berlangsung. Tahun ini hak penyiaran diberikan kepada media prima yang berjaya memikat FAM berbanding tahun terdahulunya kepada siaran berbayar, Astro melalui Astro Arena.

Nyata FAM lebih mementingkan duit yang difahamkan media prima menawarkan lebihan puluhan juta berbanding Astro.

Tidak meriah dan terkebelakang. Kepentingan liputan tidak dipandang FAM. Apabila penyokong lantang bersuara menyalahkan FAM, mereka akan mengenakan denda tapi tetap membuta tuli tanpa mendengar dan memandang apa yang penyokong mahukan.

Kepimpinan terhebat seperti Annuar Musa dan TMJ yang komited untuk membangunkan bola sepak negara disisihkan FAM.

Kegagalan meningkatkan mutu pengadilan tidak dipandang serius.

Tiada roadmap yang jelas untuk menentukan hala tuju bola sepak Malaysia. Kemana dan bila masih lagi menjadi tanda tanya.

Sumbangan Astro Arena sebelum ini yang jelas meningkatkan imej bola sepak negara diketepikan begitu saja.

Undang undang FAM yang melibatkan Harimau Muda masih mengelirukan pemain dan pasukan. Kecoh sana sini tapi FAM tidak akan mengambil tindakan jika tiada laporan.

Isu jadual padat oleh pasukan yang terlibat dengan AFC yang membawa nama Malaysia masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Penyokong masuk ke stadium perlu berkorban masa, duit, tenaga, bergaduh, berhujan malah ada yang cedera dan terkorban kemalangan demi minat dan sokongan padu pada pasukan dan negara namun FAM tidak agresif untuk menutup lubang yang ada apatah lagi untuk menambah baik mutu bola sepak negara demi rakyat Malaysia yang telah banyak berkorban... Ketiadaan liputan sungguh mengecewakan. Oh FAM...

Kritikan membina pasti membawa perubahan yang membina. Sama sama kita doakan pengurusan FAM diberikan kekuatan untuk mencari idea, bekerja, berusaha dan seterusnya berjaya memajukan bola sepak Malaysia. Kutuk tiada guna tapi doa senjata utama.

Good luck and all the best FAM!

Wednesday, February 25, 2015

Salahkah Boateng? Atau KAFA?

4 das, Kelantan dibedil PDRM di rumah sendiri, nyata senjata yang mereka gunakan bukan calang calang.. Benteng Kelantan belum cukup ampuh untuk menangani serangan balas yang serta merta.

Soalannya salah siapa? Ramai yang menyalahkan Boateng kerana taktikal yang tidak menjadi. 4 das tidak berbalas ketika beraksi di gelanggang sendiri yang dipenuhi ribuan penyokong membuktikan kegagalan jurulatih walaupun memiliki pemain yang cukup berkualiti dan bersemangat.

Saya lebih cenderung untuk menyalahkan KAFA kerana memilih Boateng, bukan salah Boateng. Berjayanya sesuatu persatuan bergantung kepada kecekapan pentadbirannya dalam menentukan tenaga kerjanya untuk menjayakan matlamatnya. Jika ada kepincangan dalam tenaga kerjanya maka pentadbiranlah puncanya.

Masih belum terlambat namun dijangkakan KAFA akan terus memberi peluang kepada Boateng. Tiada yang menarik sangat setakat ini dengan mutu permainan Kelantan. Serangan straight forward saja dibantu dengan kelincahan sayap kiri dan kanan untuk membawa masuk bola. Pemain akan keletihan dan ketika diserang dengan pantas, Kelantan pasti berdepan masalah.

Perubahan taktikal yang drastik dan jitu diperlukan segera. Kelantan tidak mempunyai masalah dari segi teknikal pemain dan jika mempunyai taktikal yang berkualiti nescaya Kelantan akan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Jangan tunggu penyokong merajuk lagi ataupun lebih teruk penyokong mengamuk. Tiada guna ada stadium canggih, skrin LED, tiket online, movie, kata kata semangat yang berapi tapi ada lagi lubang dalam team yang belum ditutup rapi.

Kritikan yang membina pasti mencetuskan perubahan yang membina.

Wish Boateng and The Red Warriors, all the best! Gomo Kelate Gomo!