Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Friday, March 23, 2012

Kelantan Congak Slot Ke Akhir Piala FA 2012

Harapan Kelantan untuk ke peringkat Separuh Akhir dan seterusnya ke peringkat akhir Piala FA 2012 tampak agak cerah jika berdasarkan prestasi semasa. Kelantan yang ketika ini sudahpun mara ke peringkat suku akhir dijangka mampu menjinakkan pasukan KL SPA untuk menempah tiket ke separuh akhir. Walaubagaimanapun, laluan Kelantan mungkin juga agak sukar apabila bakal berhadapan dengan Kedah atau T-Team; kedua-dua pasukan ini menunjukkan peningkatan prestasi yang mendadak juga ketika ini.

Jika dinilai berdasarkan kedudukan Liga Super, Kedah sekarang ini menghuni di tangga ke-12 manakala T-Team ditangga ke-4. Atas kertas, T-Team dilihat lebih berpeluang untuk bertemu Kelantan namun peningkatan dan semangat Kedah ketika ini juga tidak harus dinafikan.

Berdasarkan congakan awal, Kelantan masih lagi berada dilandasan tepat. Sebaliknya jangkaan pasukan dari sebelah kiri agak terpesong. Selangor dan Negeri Sembilan sudah tersingkir awal. Pengekor rapat Kelantan dalam Liga Super, Terengganu dan Lion XII dijangka akan memberi persembahan ibarat di final. Kedua-duanya konsisten dan tidak dapat dijangka. Satu pasukan lagi, Johor FC dijangka mampu menjinakkan Sime Darby untuk ke separuh akhir untuk bertemu sama ada Terengganu ataupun Lion XII.

Apapun keputusan, diharap The Red Warriors mampu mempamerkan aksi yang terbaik. Kekalahan kepada kelab Myanmar tempoh hari harus dilupakan. Sepenuh perhatian diperlukan untuk Piala FA biarpun jadual Kelantan sangat ketat berbanding pasukan-pasukan lain. Kehadiran Mat Yo juga ditagih untuk mencerahkan dan mengembalikan corak serangan sebenar Kelantan yang sekarang ini agak tumpul untuk membolosi gol lawan.

Segalanya yang terbaik untuk The Red Warriors!!
Update semasa Piala FA 2012 disini.
Jadual dan jangkaan awal Piala FA Malaysia 2012 disini.

2 comments:

  1. Saya yeah mengalami kemalangan Jalan raya ,tapi tak pernah Claims socso, kecederan tersebut telah membawa saya di hospital selama 1bulan 4 hari.
    Setelah it saya sentiasa berasa tidal selesa selama be kerja , hari Dan kaki kiri saya sentiasa sikit, menggunakan kasut keslamatan,dah saya pon telah ditamatkan pekerja an oleh majikan.blh kah macam saya membuat claim selepas berhenti kerja

    ReplyDelete
  2. salam.sy mengalami kemalangan ditempat kerja pada 16/5/2017 lalu.smpai kehari ini laporan kemalangan masih tidak dibuat.borang laporan kemalangan
    pihak safety kilang masih tidak beri.apa tindakan yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete