Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Tuesday, February 26, 2013

Fakri Milik Kelantan


DESAS-desus mengenai kelibat seorang lagi pemain muda berbakat yang berkelana menimba ilmu di Portugal, Ahmad Fakri Saarani akan kembali mewarnai liga bola sepak tempatan, akhirnya menjadi kenyataan apabila dia kini sah menjadi milik gergasi Pantai Timur, Kelantan.

Selepas Nazmi Faiz Mansor, 19, yang beraksi untuk S.C. Beira-Mar, kini tiba giliran pemain kebangsaan berusia 24 tahun yang merupakan anak kelahiran Kota Bharu itu.

Sebelum ini Fakri mengikat kontrak selama enam bulan bersama kelab Divisyen Tiga Portugal Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC).

Pengesahan berita tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa melalui laman sosial Facebook beliau semalam, dan ia pastinya memberi- kan khabar gembira kepada para peminat The Red Warriors.

Menurut Annuar, pihaknya telah menyelesaikan segala urusan melibatkan kontrak pemain berkenaan, termasuk perbincangan dengan kelab dari Portugal tersebut yang berjaya dimuktamadkan kelmarin.

Ia bermakna, Kelantan berjaya membawa pemain berkenaan ke Kota Bharu.

“Semuanya telah selesai melalui wakil kedua-dua pihak di Portugal. Kehadiran Fakri akan memperkasakan lagi jentera serangan The Red Warriors yang kini turut memiliki Dimitrios Petrators dan Dickson Nwakaemi.

“Fakri dijangka pulang ke tanah air Mac ini, sebaik sahaja tamat liga di Portugal,” kata Annuar melalui laman sosial tersebut.

Beliau yang dihubungi kemudiannya memberitahu, Ahmad Fakri menandatangani kontrak bersama Kelantan selama setahun dengan pilihan lanjutan kontrak selama setahun lagi.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, pengurus peribadi pemain tersebut, Faisal Zakariah membayangkan bahawa pemain di bawah jagaannya itu mungkin kembali beraksi dalam liga tempatan jika kelab yang diwakilinya gagal naik ke divisyen dua.

Kosmo! dalam laporan sebelum ini juga menyiarkan khabar angin tentang kemungkinan pemain muda berbakat itu akan pulang beraksi dalam liga tempatan dan memilih Kelantan sebagai pasukan baharu yang ingin diwakili bagi mengembangkan kariernya.

Annuar dalam pada itu turut menjelaskan, Ahmad Fakri menepati beberapa kriteria diperlukan oleh The Red Warriors, iaitu bermain untuk pasukan kebangsaan dan berada di posisi penyerang yang mana Kelantan kini memerlukan seorang penyerang berkesan untuk menyelesaikan masalah jentera hadapan mereka.

Untuk rekod, Ahmad Fakri memulakan kerjaya selaku pemain bola sepak dengan menyertai skuad Piala Presiden Perak pada tahun 2006 sebelum menyertai pasukan senior selama dua musim (2007 hingga 2008).

Bintang Ahmad Fakri terus bersinar apabila dia kemudiannya dipanggil menyertai skuad

Harimau Muda A pada musim 2008 hingga 2009.

Sumber: Kosmo!

Video Kelantan vs Pahang: 2-2 Liga Super 2013

Kelantan hanya mampu mencatat keputusan seri apabila Pahang 2 kali bangkit untuk menidakkan hasrat Kelantan membenam mereka di laman sendiri. Kali ini, Pahang kelihatan begitu kebal di laman sendiri di tambah pula dengan kehadiran penyokong mereka yang begitu memberansangkan. Syabas Pahang.


Kelantan dilihat menunjukkan rentak yang agak kemas berbanding perlawanan sebelumnya. Keita nyata belum mampu memuaskan penyokong apabila masih gagal untuk membantu atau melakukan sebarang gerakan berbahaya di hadapan gol biarpun berhadapan satu sama satu.

Diharap Kelantan terus bangkit untuk perlawanan seterusnya, menentang Perak di Kota Bharu.

Gomo Kelate Gomo!


Saturday, February 23, 2013

Penyokong Pahang, Kelantan dipisah

Polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menimbulkan kekecohan semasa perlawanan Liga Super antara Pahang dan Kelantan di Stadium Darul Makmur di sini malam esok.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata seramai 322 anggota akan ditempatkan untuk berkawal di luar dan di dalam stadium.

"Hasil perbincangan, pihak pengurusan stadium juga bersetuju untuk mengasingkan tempat duduk antara kedua-dua penyokong.

"Kita jangkakan seramai 28,000 penonton akan membanjiri stadium dan dikhuatiri keadaan itu boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal serta mencetuskan situasi yang menggugat ketenteraman awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohd Jsmani berkata anggota polis akan turut berkawal di 14 pintu masuk stadium bagi memastikan penyokong kedua-dua pasukan tidak membawa masuk sebarang peralatan yang boleh mengancam keselamatan. Beliau turut meminta orang ramai tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 

Sumber: Astro Arena

Video Kelantan vs Terengganu: 2-0 Liga Super 2013


Kelantan menang 2-0 hasil jaringan Keita Manjou. Semoga Keita terus membuktikan bahawa dirinya masih berbisa setelah berjaya memecahkan telor setelah 6 perlawanan berlalu.


Gomo Kelate Gomo!


Top Scorer sehingga 22-Feb-2013


Kelantan Dalam Top 200 Ranking Dunia

Berbanding tahun lepas, Kelantan berada pada ranking Top 400, Januari 2013 menyaksikan Kelantan berjaya memperbaiki kedudukan di tangga 152 Dunia (jatuh 13 tangga berbanding Dec 2012). Kejayaan yang agak memberansangkan ini adalah hasil daripada kejayaan Kelantan merangkul 3 piala pada musim lalu selain layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC.



Kedudukan terbaru mungkin berubah berikutan prestasi Kelantan yang semakin merosot sejak kebelakangan ini. Kelantan hanya menghuni tangga ke-8 ketika ini ketika 7 perlawanan sudah pun dilalui.

Diharap Kelantan terus bangkit untuk mencabar kedudukan pasukan lain. Jika berdasarkan pengalaman dan prestasi musim lalu berbanding pasukan lain, Kelantan mampu untuk mencipta kejayaan lagi pada musim ini.

Gomo Kelate Gomo!

Link IFFHS.