Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Tuesday, November 12, 2013

3 Pemenang Kasut Emas Perkuat The Red Warriors 2014

Susulan update Tan Sri Annuar Musa dalam FB, 3 pemain yang pernah memenangi anugerah Kasut Emas akan menyertai The Red Warriors 2014 terus menjadi tanda tanya dan bualan hangat.

Berikut ialah senarai Pemenang Kasut Emas Liga Malaysia dari tahun 2000-2013 dalam Liga Super dan Liga Perdana.

Soalannya, siapakah yang akan menjadi pilihan The Red Warriors 2014?

Pemenang Kasut Emas Liga Super Malaysia

Pemenang Kasut Emas Liga Perdana Malaysia


Tuesday, November 5, 2013

Rumours Senarai Perpindahan Pemain Kelantan 2014

Berakhirnya Piala Malaysia 2013 maka berlabuhlah tirai aksi bola sepak di Malaysia. Seperti biasa, tajuk utama yang akan menjadi bualan di Facebook, akhbar harian, kedai kopi, tempat kerja, kedai makan, blog dan di mana-mana adalah senarai perpindahan pemain khususnya pemain Kelantan untuk tahun 2014.

Perpindahan untuk pemain adalah untuk mencari pendapatan dan masa depan yang lebih baik. Untuk Kelab pula untuk memantapkan pasukan lagi untuk menarik perhatian penyokong untuk mengetatkan lagi kantung poket persatuan. Tidak dapat dinafikan, bola sepak Malaysia sudah mula melonjak naik selepas setiap kelab dan persatuan di semua negeri dilihat bersungguh-sungguh untuk bersaing untuk mengangkat imej bola sepak Malaysia. Namun ada juga sikap negatif segelintir pihak menganggap bola sepak sebagai medan pengaduhan. Ini adalah sikap yang tidak wajar dan perlu diatasi segera.

Bagi peminat bola sepak, penyokong Kelantan khususnya, berikut ialah senarai HOT perpindahan pemain Kelantan 2014 dan pemain yang sedang dipancing yang hebat diperkatakan setakat ini:

Pemain yang akan keluar?
Azizi Mat Rose (JDT)  - 100% Confirmed
Daudsu Jamaludin (JDT) - 100% Confirmed
Rizal Fahmi (Selangor) - 100% Confirmed
Izuan Salahuddin - Sime Darby
S. Subramaniam (JDT)  - 100% Confirmed
Shakir Shaari (JDT) - 100% Confirmed
Badhri Radzi @ Piya (JDT) Kekal
Indra Putra Mahyudin (Felda United) - 100% Confirmed
Norfarhan Mohamad (Terengganu) - 100% Confirmed
Faiz Subri (Perak)
K Nanthakumar (Perak)
Zairo Anuar Zailani (Terengganu)
Haris Safwan 

Pemain yang sedang dipancing?
Abdulla Baba Fatadi (Bahrain) --> TSAM oyak x dok dale list
Amiridzwan Taj (ATM) --> TSAM oyak x dok dale list
Fitri Omar (ATM)
Mohd Lot Abu Hassan (PKNS)
Shakir Ali (Negeri Sembilan) - 100% confirmed
Wan Zaharul Nizam (Harimau Muda) - 100% confirmed
Khairul Izwan (PDRM) --> Hampir pasti
Effa Owona (Terengganu)
Forkey Doe (Selangor) --> Hampir pasti
Khyril Muhymeen Zambri (Kedah) --> TSAM oyak x dok dale list
Irfan Bachdim (Indonesia)
Mohamad Ghaddar (Lubnan/ Felda United)
Azamuddin Akil (Pahang)
Marlon Alex James (ATM)
Tengku Hasbulah Raja Hassan (Kedah) --> Hampir pasti
Brendan Gan --> 100% confirmed
Faiz Suhaimi (skuad Piala Presiden) --> 100% confirmed by TSAM
Faizul Nazlin (skuad Piala Presiden) --> 100% confirmed by TSAM

Tak tahulah betul ke tidak tapi yang pastinya kenalah tunggu pengumuman rasmi daripada TSAM. 

Bukan setakat pemain, Coach pun diperkatakan:

Bojan Hodak (Kelantan ke ???) diganti oleh Steve Darby
B.Sathianatan (ATM ke Selangor)
Hj Abd Rahman Ibrahim (PKNS ke Terengganu)
V.Sundramurthi (LionsXII ke N9)
Dollah Salleh (Pahang ke FAM/ PKNS)
E.Elavarasan (Terengganu ke Melaka)
Marijo Tot (Kedah ke Sime Darby)
Irfan Bakti (Selangor ke Felda United)
Azraai Khor (T-Team) --> 100% confirmed


Gomo Kelate Gomo!


Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Tahniah Pahang berjaya menewaskan Kelantan 1-0 di pentas akhir Piala Malaysia 2013 sekali gus bergelar juara Piala Malaysia 2013. Pahang dari Pantai Timur berhak untuk merangkul gelaran juara di atas kesungguhan barisan pentadbiran, jurulatih, pemain dan penyokong mereka sendiri.

Pelbagai alasan dilemparkan disebalik kegagalan Kelantan mempertahankan Piala Malaysia edisi kali ini. Nyata kehilangan Obinha menjadi punca utama di samping faktor hujan, taktikal yang tidak menjadi, kelalaian dan kehilangan fokus menjadi alasan turutan.

Selain itu, mungkin juga faktor kontroversi perpindahan pemain dan kesungguhan jurulatih Bojan Hodak sedikit sebanyak memberi kesan kepada corak permainan Kelantan. Biarpun mendapat sokongan penuh penyokong, namun tiada rezeki untuk Kelantan kali ini.

Laluan Kelantan ke pentas Final amatlah boleh dibanggakan apabila berjaya mengatasi kumpulan maut. Kelantan mendahului Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan. Suku akhir yang dramatik mengalahkan Johor DT 6-1 di Kota Bharu adalah pencapaian luar biasa setelah kalah kepada JDT 4-2 di Larkin. Kemudian membedil ATM 2-1 di Selayang sebelum bangkit dalam 10 minit terakhir 2-2 di Kota Bharu untuk menempah tiket ke Final.

Namun segala-galanya tidak menjadi apabila di pentas Final biarpun berjaya menundukkan pasukan-pasukan terhandal di Malaysia.

Diharapkan skuad The Red Warriors mampu bangkit untuk tahun 2014 yang dianggap lebih mencabar. Apa yang boleh dibanggakan, Kelantan merupakan pencetus kepada transformasi bola sepak Malaysia. Tahniah TSAM, kepimpinan KAFA, pemain The Red Warriors dan jutaan peminat dan penyokong fanatik The Red Warriors.
Gomo Kelate Gomo!

Saturday, March 30, 2013

Video: ATM 2 - Kelantan 3 Liga Super 2013

X dan weh nk update mugo bz nge kijo.. Saksikan video jaringan gol ATM vs Kelantan di stadium Paroi. Kelantan hampir berputih mata ketika perlawanan hampir ke wisel penamat akibat ketumpulan jentera serangan. 2 jaringan pertama diperoleh hasil kesilapan pemain ATM. ATM kemudiannya bangkit dengan aksi bertenaga untuk menyamakan kedudukan. Nyata barisan pertahanan kita masih belum cukup kental bertahan terutamanya ketika berhadapan dengan sepakan percuma. gabra bakali..

 Paan altromen menjadi wira kemenangan Kelantan semalam. Gomo Paan Gomo. Gomo Kelate Gomo! Jaringan Kelantan: Indra, Keita & Norfarhan..


 

Tuesday, March 5, 2013

Petratos, Nwakaeme jadi taruhan


Kota Bharu: Penyerang import Kelantan, Keita Mandjou tidak dapat beraksi menentang Maziya Sports & Recreation (Maziya S R) dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.

Menurut sumber, kokosongan posisi Mandjou memberi ruang bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos dan penyerang Nigeria, Dickson Nwakaeme untuk menerajui jentera serangan The Red Warriors.

Selain dua penggempur, Kelantan juga memperkukuhkan pertahanan dengan menggunakan khidmat pemain dari Croatia, Lek Kchira yang bakal bergandingan bersama Obinna Nwaneri.

“Mandjou mungkin tidak beraksi malam esok kerana empat lagi pemain import bakal mendapat tempat dan langkah ini untuk memperkuatkan pasukan.

“Dengan barisan pemain ini diharap pasukan dapat pergi ke peringkat lebih jauh berbanding musim lepas,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, semalam.

Sementara itu, pemain pertahanan, Mohd Daudsu Jamaludin berkata, Kelantan bertekad sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir musim ini selepas terkandas di suku akhir tahun lalu.

“Kita mahu kejayaan lebih besar berbanding musim lalu namun ini bukan tugas mudah malah memerlukan semangat yang tinggi.

“Jika dulu kita beraksi untuk menimba pengalaman tetapi kali ini kita sudah matang dan cukup bersedia,” katanya.
Sumber: myMetro

Monday, March 4, 2013

Singa optimis baham The Red Warriors

PERTEMBUNGAN dua gergasi - Lions XII dan Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu ini bakal menjanjikan aksi yang cukup mendebarkan buat peminat fanatik kedua-dua pasukan.

Kelebihan beraksi di atas permukaan padang tiruan pastinya dimanfaatkan sepenuhnya buat skuad kendalian V. Sundramoorthy melakar kemenangan bergaya.

Kekecewaan gagal membawa pulang tiga mata berharga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan bawahan liga, Felda United kelmarin juga mahu dilupakan segera oleh Sundramoorthy.

Beliau memberitahu, barisan pemainnya diharap tidak kehilangan fokus dengan meneruskan rentak permainan terbaik ketika berdepan The Red Warriors kelak.

"Saya percaya persembahan kami lebih baik ketika beraksi di laman sendiri, justeru saya harap kami dapat bermain dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya (berdepan Kelantan)," katanya.

Begitupun, rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Jalan Besar dalam saingan Liga Super musim lalu dilihat tidak memihak kepada Lions XII apabila tumpas 1-2 kepada Kelantan, selain Sang Kijang juga cemerlang di Kota Bharu apabila menang selesa 3-0.

Ketika ini, Sang Singa masih selesa di tangga ketiga liga apabila mengutip 14 mata, tiga mata di depan Kelantan di tangga keenam.

Mengulas mengenai pertemuan berdepan Felda United kelmarin, jelas Sundramoorthy, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya mencuri satu mata.

Pada masa sama, beliau juga memuji kekebalan benteng pertahanan pasukannya menyerap serangan tuan rumah biarpun tempang beraksi dengan 10 pemain selepas Baihakki Khaizan dibuang padang.

"Kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan ini selepas kehilangan Baihakki.

"Namun saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini," katanya.

Selepas berdepan Kelantan nanti, Lions XII bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan (30 Mac) di Stadium Jalan Besar sebelum menanti kunjungan Perak juga di stadium sama seminggu kemudian.

Kosmo!

Video: Kelantan vs Perak 1-1 Liga Super 2013

Tuesday, February 26, 2013

Fakri Milik Kelantan


DESAS-desus mengenai kelibat seorang lagi pemain muda berbakat yang berkelana menimba ilmu di Portugal, Ahmad Fakri Saarani akan kembali mewarnai liga bola sepak tempatan, akhirnya menjadi kenyataan apabila dia kini sah menjadi milik gergasi Pantai Timur, Kelantan.

Selepas Nazmi Faiz Mansor, 19, yang beraksi untuk S.C. Beira-Mar, kini tiba giliran pemain kebangsaan berusia 24 tahun yang merupakan anak kelahiran Kota Bharu itu.

Sebelum ini Fakri mengikat kontrak selama enam bulan bersama kelab Divisyen Tiga Portugal Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC).

Pengesahan berita tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa melalui laman sosial Facebook beliau semalam, dan ia pastinya memberi- kan khabar gembira kepada para peminat The Red Warriors.

Menurut Annuar, pihaknya telah menyelesaikan segala urusan melibatkan kontrak pemain berkenaan, termasuk perbincangan dengan kelab dari Portugal tersebut yang berjaya dimuktamadkan kelmarin.

Ia bermakna, Kelantan berjaya membawa pemain berkenaan ke Kota Bharu.

“Semuanya telah selesai melalui wakil kedua-dua pihak di Portugal. Kehadiran Fakri akan memperkasakan lagi jentera serangan The Red Warriors yang kini turut memiliki Dimitrios Petrators dan Dickson Nwakaemi.

“Fakri dijangka pulang ke tanah air Mac ini, sebaik sahaja tamat liga di Portugal,” kata Annuar melalui laman sosial tersebut.

Beliau yang dihubungi kemudiannya memberitahu, Ahmad Fakri menandatangani kontrak bersama Kelantan selama setahun dengan pilihan lanjutan kontrak selama setahun lagi.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, pengurus peribadi pemain tersebut, Faisal Zakariah membayangkan bahawa pemain di bawah jagaannya itu mungkin kembali beraksi dalam liga tempatan jika kelab yang diwakilinya gagal naik ke divisyen dua.

Kosmo! dalam laporan sebelum ini juga menyiarkan khabar angin tentang kemungkinan pemain muda berbakat itu akan pulang beraksi dalam liga tempatan dan memilih Kelantan sebagai pasukan baharu yang ingin diwakili bagi mengembangkan kariernya.

Annuar dalam pada itu turut menjelaskan, Ahmad Fakri menepati beberapa kriteria diperlukan oleh The Red Warriors, iaitu bermain untuk pasukan kebangsaan dan berada di posisi penyerang yang mana Kelantan kini memerlukan seorang penyerang berkesan untuk menyelesaikan masalah jentera hadapan mereka.

Untuk rekod, Ahmad Fakri memulakan kerjaya selaku pemain bola sepak dengan menyertai skuad Piala Presiden Perak pada tahun 2006 sebelum menyertai pasukan senior selama dua musim (2007 hingga 2008).

Bintang Ahmad Fakri terus bersinar apabila dia kemudiannya dipanggil menyertai skuad

Harimau Muda A pada musim 2008 hingga 2009.

Sumber: Kosmo!

Video Kelantan vs Pahang: 2-2 Liga Super 2013

Kelantan hanya mampu mencatat keputusan seri apabila Pahang 2 kali bangkit untuk menidakkan hasrat Kelantan membenam mereka di laman sendiri. Kali ini, Pahang kelihatan begitu kebal di laman sendiri di tambah pula dengan kehadiran penyokong mereka yang begitu memberansangkan. Syabas Pahang.


Kelantan dilihat menunjukkan rentak yang agak kemas berbanding perlawanan sebelumnya. Keita nyata belum mampu memuaskan penyokong apabila masih gagal untuk membantu atau melakukan sebarang gerakan berbahaya di hadapan gol biarpun berhadapan satu sama satu.

Diharap Kelantan terus bangkit untuk perlawanan seterusnya, menentang Perak di Kota Bharu.

Gomo Kelate Gomo!


Saturday, February 23, 2013

Penyokong Pahang, Kelantan dipisah

Polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menimbulkan kekecohan semasa perlawanan Liga Super antara Pahang dan Kelantan di Stadium Darul Makmur di sini malam esok.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata seramai 322 anggota akan ditempatkan untuk berkawal di luar dan di dalam stadium.

"Hasil perbincangan, pihak pengurusan stadium juga bersetuju untuk mengasingkan tempat duduk antara kedua-dua penyokong.

"Kita jangkakan seramai 28,000 penonton akan membanjiri stadium dan dikhuatiri keadaan itu boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal serta mencetuskan situasi yang menggugat ketenteraman awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohd Jsmani berkata anggota polis akan turut berkawal di 14 pintu masuk stadium bagi memastikan penyokong kedua-dua pasukan tidak membawa masuk sebarang peralatan yang boleh mengancam keselamatan. Beliau turut meminta orang ramai tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 

Sumber: Astro Arena

Video Kelantan vs Terengganu: 2-0 Liga Super 2013


Kelantan menang 2-0 hasil jaringan Keita Manjou. Semoga Keita terus membuktikan bahawa dirinya masih berbisa setelah berjaya memecahkan telor setelah 6 perlawanan berlalu.


Gomo Kelate Gomo!


Top Scorer sehingga 22-Feb-2013


Kelantan Dalam Top 200 Ranking Dunia

Berbanding tahun lepas, Kelantan berada pada ranking Top 400, Januari 2013 menyaksikan Kelantan berjaya memperbaiki kedudukan di tangga 152 Dunia (jatuh 13 tangga berbanding Dec 2012). Kejayaan yang agak memberansangkan ini adalah hasil daripada kejayaan Kelantan merangkul 3 piala pada musim lalu selain layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC.



Kedudukan terbaru mungkin berubah berikutan prestasi Kelantan yang semakin merosot sejak kebelakangan ini. Kelantan hanya menghuni tangga ke-8 ketika ini ketika 7 perlawanan sudah pun dilalui.

Diharap Kelantan terus bangkit untuk mencabar kedudukan pasukan lain. Jika berdasarkan pengalaman dan prestasi musim lalu berbanding pasukan lain, Kelantan mampu untuk mencipta kejayaan lagi pada musim ini.

Gomo Kelate Gomo!

Link IFFHS.