Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Saturday, March 30, 2013

Video: ATM 2 - Kelantan 3 Liga Super 2013

X dan weh nk update mugo bz nge kijo.. Saksikan video jaringan gol ATM vs Kelantan di stadium Paroi. Kelantan hampir berputih mata ketika perlawanan hampir ke wisel penamat akibat ketumpulan jentera serangan. 2 jaringan pertama diperoleh hasil kesilapan pemain ATM. ATM kemudiannya bangkit dengan aksi bertenaga untuk menyamakan kedudukan. Nyata barisan pertahanan kita masih belum cukup kental bertahan terutamanya ketika berhadapan dengan sepakan percuma. gabra bakali..

 Paan altromen menjadi wira kemenangan Kelantan semalam. Gomo Paan Gomo. Gomo Kelate Gomo! Jaringan Kelantan: Indra, Keita & Norfarhan..


 

Tuesday, March 5, 2013

Petratos, Nwakaeme jadi taruhan


Kota Bharu: Penyerang import Kelantan, Keita Mandjou tidak dapat beraksi menentang Maziya Sports & Recreation (Maziya S R) dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.

Menurut sumber, kokosongan posisi Mandjou memberi ruang bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos dan penyerang Nigeria, Dickson Nwakaeme untuk menerajui jentera serangan The Red Warriors.

Selain dua penggempur, Kelantan juga memperkukuhkan pertahanan dengan menggunakan khidmat pemain dari Croatia, Lek Kchira yang bakal bergandingan bersama Obinna Nwaneri.

“Mandjou mungkin tidak beraksi malam esok kerana empat lagi pemain import bakal mendapat tempat dan langkah ini untuk memperkuatkan pasukan.

“Dengan barisan pemain ini diharap pasukan dapat pergi ke peringkat lebih jauh berbanding musim lepas,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, semalam.

Sementara itu, pemain pertahanan, Mohd Daudsu Jamaludin berkata, Kelantan bertekad sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir musim ini selepas terkandas di suku akhir tahun lalu.

“Kita mahu kejayaan lebih besar berbanding musim lalu namun ini bukan tugas mudah malah memerlukan semangat yang tinggi.

“Jika dulu kita beraksi untuk menimba pengalaman tetapi kali ini kita sudah matang dan cukup bersedia,” katanya.
Sumber: myMetro

Monday, March 4, 2013

Singa optimis baham The Red Warriors

PERTEMBUNGAN dua gergasi - Lions XII dan Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu ini bakal menjanjikan aksi yang cukup mendebarkan buat peminat fanatik kedua-dua pasukan.

Kelebihan beraksi di atas permukaan padang tiruan pastinya dimanfaatkan sepenuhnya buat skuad kendalian V. Sundramoorthy melakar kemenangan bergaya.

Kekecewaan gagal membawa pulang tiga mata berharga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan bawahan liga, Felda United kelmarin juga mahu dilupakan segera oleh Sundramoorthy.

Beliau memberitahu, barisan pemainnya diharap tidak kehilangan fokus dengan meneruskan rentak permainan terbaik ketika berdepan The Red Warriors kelak.

"Saya percaya persembahan kami lebih baik ketika beraksi di laman sendiri, justeru saya harap kami dapat bermain dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya (berdepan Kelantan)," katanya.

Begitupun, rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Jalan Besar dalam saingan Liga Super musim lalu dilihat tidak memihak kepada Lions XII apabila tumpas 1-2 kepada Kelantan, selain Sang Kijang juga cemerlang di Kota Bharu apabila menang selesa 3-0.

Ketika ini, Sang Singa masih selesa di tangga ketiga liga apabila mengutip 14 mata, tiga mata di depan Kelantan di tangga keenam.

Mengulas mengenai pertemuan berdepan Felda United kelmarin, jelas Sundramoorthy, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya mencuri satu mata.

Pada masa sama, beliau juga memuji kekebalan benteng pertahanan pasukannya menyerap serangan tuan rumah biarpun tempang beraksi dengan 10 pemain selepas Baihakki Khaizan dibuang padang.

"Kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan ini selepas kehilangan Baihakki.

"Namun saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini," katanya.

Selepas berdepan Kelantan nanti, Lions XII bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan (30 Mac) di Stadium Jalan Besar sebelum menanti kunjungan Perak juga di stadium sama seminggu kemudian.

Kosmo!

Video: Kelantan vs Perak 1-1 Liga Super 2013