Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat tahun baru 2012 kepada semua khususnya rakyat Kelantan dan penyokong The Red Warriors. Semoga tahun baru ini adalah lebih baik daripada tahun 2011, dari setiap sudut dan segala aspek. Biarlah tahun 2011 berlalu, dan 2012 menanti dengan pelbagai liku yang penuh mencabar. Apa yang pasti, kenangan lalu akan membuatkan kita lebih matang untuk melakukan perubahan diri kita sendiri agar dapat membantu masa depan kita, keluarga, sahabat, masyarakat dan seterusnya bangsa dan agama kita..

Selamat tahun baru 2012, azamkan yang terbaik untuk mencapai yang terbaik..

Friday, December 23, 2011

Keputusan Kelantan vs Persabaya 1-1

KOTA BHARU, (Arena.my) - Walaupun beraksi sembilan pemain, Kelantan berjaya mengikat juara Liga Perdana Indonesia, Persabaya Surabaya 1-1 dalam perlawanan persahabatan pertama Piala Perpaduan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Keputusan itu turut menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi Piala Permai yang dikhususkan untuk perlawanan tersebut.

Dalam aksi berkenaan, Juara Liga Super musim lalu, Kelantan terlebih dahulu meraih jaringan gol menerusi Indra Putra Mahayuddin selepas menerima hantaran cantik daripada Farhan pada minit ke-60.

Kegembiraan itu nyata tidak bertahan lama apabila Persabaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang berbisanya, Andik yang bijak mengawal bola didepan gol Kelantan sebelum merembat deras pada minit ke-28.

Bagaimanapun, aksi persahabatan itu dicemari dua layanan kad merah yang diperolehi pemain Kelantan. Pemain pertahanan, Azizi Matt Rose dihalau keluar apabila dia dipersalahkan kerana menarik muka pemain Persebaya, Alessandro pada minit ke-34.

Manakala satu lagi kad merah diperolehi pemain muda Kelantan, Shahrul Azim apabila menerima kad kuning kedua selepas menolak pemain lawan dalam keadaan kekeliruan di minit ke-69.

Beberapa peluang keemasan dilepaskan oleh kedua-dua pasukan, terutamanya pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar yang kerap kali gagal menyempurnakan peluang didepan pintu gol.

Pada minit ke tiga perlawanan, bola sentuhannya begitu terlalu lemah sebelum diselamatkan penjaga gol lawan. Pada minit ke-25, Ghaddar sekali lagi lambat untuk menyudahkan hantaran menarik daripada Norshahrul Idlan Talaha.
Perlawanan timbang balik Piala Perpaduan akan berlangsung di Surabaya, Indonesia pada 28 Disember ini.

Seperti yang dibaca di mylaunchpad sport.

Wednesday, December 21, 2011

Kelantan The Red Warriors vs Persebaya, Indonesia

Platform yang telah diwujudkan oleh kerjasama Menteri Belia dan Sukan dari Malaysia dan juga Indonesia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Dr Andi Alifian Mallarangeng bakal menyaksikan kelab ternama + professional dari Malaysia, KELANTAN THE RED WARRIORS bakal berentap dengan kelab PERSEBAYA pada 23-December di Kota Bharu. Perlawanan yang pertama kali diadakan ini menyaksikan Kelantan adalah pasukan pertama menguji kelab terbaik dari Indonesia. Satu sejarah yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat tanah air terutamanya penyokong The Red Warriors...

Perlawanan timbal balik pula akan diadakan di Surabaya pada 28-Dec nanti..

Walaupun pertama kali diadakan, TSAM berharap agar perlawanan ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya.


Seperti yang dilaporkan dalam harian Metro 21-Dec..

Diharap pasukan Kelantan berjaya agar tahun tahun 2011 ditutup dengan penuh gemilang. Sama-sama kita berikan sokongan - sesiapa yang dapat hadir ke stadium, serbulah beramai-ramai..

Sunday, December 18, 2011

Jadi Pengguna Bijak - Awas Penipu!

Aish.. x kena xtahu.. bila dah kena barula tahu.. nila hok kawe notice semakin berleluasa loni.. pengguna ditipu hidup2 tapi segan ataupun malu nk bangkitkan kebenaran.. sama ada benar atau pn x, tryla baca bawah ni berdasarkan pengalaman kawe sendiri..


Kes 1: Kedai Makan 

Kes ni adalah kes paling banyak hk kawe kena.. selalu kawe gi make di kedai tom yam ataupun kedai masakan siam.. masalah hk timbul adalah harga makanan yang TIDAK KONSISTEN dan kadang-kadang melampau-lampau.. katakan kalu arini kawe make RM 5, esok make hk sama RM 6, lusa gi make RM 5.50, seterusnya gi make RM 7.. pening.. harga xtetap n berubah-ubah.. buke setakat sekali, malah berkali-kali..

Ada satu kes saja kawe nk try test, harga asal RM9.. bila kawe tanya balik, rupa2nya RM6 jah.. tersilap kirala kononnya.. pah kalu kawe wak senyap gitu jah? buang duit saja.. jadi kawe ambik pengajaran disini, pah kawe make, kawe tanya balik, harga satu2.. nak tahu betul x dia kira.. baru nampak tulus dan jujur.. buke nak perlambat urusan dia, tapi kalu x wak gitu, kita hk jadi mangsa.. pah kawe cade pahni, kalu gi make di kedai hk jenis xdok menu n price list, kena noted molek-molek.. at least ingat harga makene hk kito slalu make..

Panas jugok bila keno tipu hidup2.. Kawe janji nge diri kawe pahni kawe x ake bui duit sene2 dok kokre.. kito kijo penat leloh, pah sene2 jah bagi 10, 20 ya ko ore.. nayo2..

Kes2: Kedai Runcit

Masalah kena tipu buke setakat kedai make, tapi kedai runcit pn kena jugak.. bila beli banyak2 bare, kito main trust gitu jah.. tapi hk kawe kena, kawe rasa sangsi molek.. rasa x patut.. mungkin sebab kawe rasa beringat, kawe rasa sangsi kawe tanya slalu.. benda gini selalu jadi sebab que panjang.. adeh.. dohla tekey, tamboh lagi tekene kena tipu.. kesnya harga x seperti di label.. kawe tanyo guano harga x samo di label.. pah baru nk gi cek.. hidup2 tipu.. hidup payah, mati lagila payah! 

Kes3: Shopping

Hok kawe kena kerap jugak.. hk kawe kena maso nok beli reket badminton.. sebab terlalu banyok diskaun, kawe sendiri jadi pening.. pah2 kade2 susune barang x sama dengan tag harga.. hok ni banyk benar kes kawe prati.. hok kawe kena buleh tehe jgkla beza harga.. dale RM 20.. kawe tanya jugak guano harga label lain ngan harga scan.. pah2 nok cek kelik.. xpehe kawe.. kes2 gini, kawe cancel terus jah.. pah kade2 beli barang banyak, biasa resit buang g2 jah.. tapi sebab kena tipu sokmo, kawe tengok dh resit loni.. untuk langkah keselamatan.. kawe set dale pikire, kalu beli bare lebih dari 2 jah, gi kedai runcit ko mano2 ko, kawe ake mito resit...

Kes4: Stesen Minyok

Stesen minyok pn keno jugok.. parok benar.. meme parok.. kes kawe kena sek bangla duk jago.. nk oyak ringkas, maso kawe bayar 2, kawe mitok resit.. sebab kena banyak kali, kawe xbui muko lgsg dah.. ore oyak mapuh gi demo nk kato gapo, 2 hk kawe.. bilo tengok resit 2, kawe tengok dale senarai, ado terselit harga air mineral.. maso ni kawe nk bui nyepak sero.. bilo maso pulok kawe beli i mineral.. jurus jah duk selit dale resit.. pah sene jah dia mitok maaf.. ore hk lagu ni, kawe buleh oyak celako molek.. 

Mungkin lepah ni buleh jadi ingate ko semo ore.. hidup loni penuh denge tipu helah.. kito jujur x wak gapo2 pn demo tipu.. pah nk jadi jujur lagu mano.. 

Tempat hk kawe mark ada kes penipuan:
1. Kedai Makan
2. Kedai Runcit
3. Stesen Minyak
4. Shopping (just beringat)
5. Klinik (kade-kade ubat x sepatutnya doktor bagi & kito kena bayar)
6. Bengkel (workshop)
7. Tandas.... ( x tahula, gu kawe oyak ado jugok)..

Just selingan.. Hidup The Red Warriors!

Tuesday, December 13, 2011

Jadual Piala FA Malaysia 2012


Sumber Jadual Piala FA Malaysia 2012: portalsukan.com

Laluan Kelantan lebih mudah untuk tahun 2012 berbanding tahun 2011.. Berdasarkan pemerhatian dan prestasi 2011, dijangka laluan Kelantan untuk ke FINAL adalah seperti berikut:

1. 2nd Round
Kelantan vs KL

2. Quarter Final
Kelantan vs KL SPA

3. Semi Final
Kelantan vs T-Team

4. FINAL
Kelantan vs N. Sembilan/ Selangor/ Terengganu/ Perak

Note: Sama ada N9/Selangor atau Terengganu/Perak

Walaubagaimanapun, ramalan sangat sukar untuk dibuat kerana prestasi kelab bergantung kepada keadaan semasa. Seperti bola itu bulat, apa-apa keputusan pun tidak mustahil. Akan tetapi laluan Kelantan dilihat lebih cerah untuk ke final mengatasi pasukan lain jika prestasi Kelantan sekarang konsisten dan mantap seperti 2 tahun sebelumnya. Semuanya bergantung kepada Ketua Jurulatih, kehebatan para pemain dan juga sokongan padu penyokong The Red Warriors. Sekali pandang, pasukan kita tidak mempunyai masalah tetapi kita tidak semestinya terus mendabik dada lebih-lebih lagi untuk memecah benteng pertahanan pasukan lawan yang dijangka akan memperketatkan benteng pertahanan untuk menyekat jentera serangan ganas Kelantan..

Yang pasti, tugas untuk membawa pulang Piala FA bukanlah mudah, dan seperti biasa kita berikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita agar Piala FA 2012 menjadi milik Kelantan..

Maju The Red Warriors Maju!!!

AFC Cup 2012 - Group Stage

Rumusan: Kelantan bakal bersaing dalam kumpulan H manakala Terengganu dalam kumpulan F. Sama-sama kita doakan agar wakil dari Malaysia dapat mengejutkan kelab-kelab bola sepak lain yang terbaik di Asia.. Gomo KELATE Gomo!!!

Group A

Al Qadsia (KUW)
Al Ittihad (SYR)
Al Faisaly (JOR)
Al Suwaiq (OMN)

Group B

East Bengal (IND)
Kazma (KUW)
Arbil (IRQ)
Al Orouba (YEM)

Group C

Al Ahed (LIB)
ACL Playoff 1/2: loser (TBC)
Kuwait SC (KUW)
V.B. (MDV)

Group D

ACL Playoff West 1/2: loser (TBC)
Salgaocar (IND)
Knockout Cup winner (OMN)
Al Wehdat (JOR)

Group E

Al Shorta (SYR)
Al Safa (LIB)
Al Tilal (YEM) or Victory (MDV)
Al Zawraa (IRQ)

Group F

Kitchee (HKG)
Terengganu (MAS)
Song Lam Nghe An (VIE)
Tampines Rovers (SIN)

Group G

Yangon United (MYA)
Citizen (HKG)
Home United (SIN)
ACL Playoff East 1: loser (TBC)


Group H

Kelantan (MAS)
Ayeyawady (MYA)
Arema Indonesia (IDN)
Navibank Saigon (VIE)

Sumber: The AFC

Monday, December 12, 2011

Pemain KELANTAN 2012 (Kelantan's Players 2012)

Berikut ialah Senarai Pemain Kelantan untuk tahun 2012:

Penjaga Gol
1 Khairul Fahmi Che Mat (Jersi 19)
2 Mohd Shahrizan Ismail (Jersi 1)
3 Syawzwan Yusof (Jersi 20)

Pertahanan
1 Aziz Ismail (Jersi 11)
2 Azizi Mat Rose *Baru* (Jersi 2)
3 Daudsu Jamaludin (Jersi 15)
4 Farisham Ismail (Jersi 6)
5 Nik Shahrul Azim (Piala Presiden) (Jersi 5)
6 Rizal Fahmi Rosid (Jersi 17)
7 S. Subramaniam (Jersi 3)
8 Zairul Fitree Ishak (Jersi 24)

Tengah

1 Badri Radzi (Jersi 16)
2 Emmanuel Okine (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 4)
3 Indra Putra Mahayudin *Baru* (Jersi 13)
4 Izuan Salahudin (Jersi 26)
5 Norfarhan Mohamad *Baru* (Jersi 10)
6 Nurul Azwan Roya (Jersi 12)
7 Khairul Izuan Rosli (Piala Presiden) (Jersi 27)
8 Shakir Shaari (Jersi 8 )
9 S Chanturu (Jersi 23)
10 Zamri Ramli (Jersi 14)

Penyerang
1 Aris Zaidi (Piala Presiden)(Jersi 28)
2 Azlan Ismail **Baru** (Jersi 25)
3 Denny Antwi (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 18)
4 Mohd Ghaadar (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 22)
5 Norshahrul Idlan Talaha (Jersi 9)
6 Ramzul Zahini Adenan (Jersi 7)

Sumber: FB TRW

*Nama mengikut alphabet
*Background color = Merah = Pemain Baru
*Background color = Kuning = Pemain dari skuad Piala Presiden

Sunday, December 11, 2011

Bentuk Kombinasi Pemain Mantap!

Laporan Metro 12-December-2011. Kelantan telah meletakkan arah tuju sebelum melangkah kaki ke tahun 2012 dengan misi "Semua pemain adalah pemain utama." Dengan ini, tiada lagi istilah skuad utama dalam pasukan Kelantan kerana kredibiliti dan kemampuan setiap pemain Kelantan termasuklah pemain simpanan adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik.

“Kita mahu melahirkan pemain yang mempunyai kekuatan sama pada musim depan kerana kita tidak mahu kelemahan tanpa seorang pemain menjejaskan rentak permainan.

“Jika ada pertukaran pemain ketika perlawanan, kita mahu pemain yang digantikan itu mengekalkan rentak permainan malah mampu memberikan persembahan lebih baik tanpa menjejaskan kualiti permainan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Pada persahabatan itu, penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (gambar) digandingkan bersama penyerang dari Lubnan, Mohamad Ghadar untuk menguji keserasian dalam perlawanan.

Annuar berkata, kedua-dua penyerang itu masih memerlukan masa bagi mencapai keserasian namun gandingan mereka bakal memberi kejutan.

“Mereka masih mempunyai masa untuk mendapatkan keserasian sebelum liga bermula agar menjadi pasangan digeruni kelak,” katanya.

Kelantan mempamerkan bisanya apabila menundukkan T-Team 2-0 hasil jaringan Mohamad Ghadar dan Indra Putra Mahiyuddin.

Sumber: Metro Ahad

Semoga skuad The Red Warriors 2012 lebih berbisa dan mengganas! Gomo KELATE Gomo!

Wednesday, November 30, 2011

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011

Keputusan bagaikan sudah dijangka, 2 pemain dari Kelantan berjaya menempah nama di temasya tersebut, tidak lain dan tidak bukan, Apek dan jugak Mat Yo.. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi syabas diucapkan kepada Apek dan Mat Yo kerana berjaya merangkul anugerah tersebut mengatasi pemain-pemain lain yang bukan calang-calang hebatnya..

Apek sekali lagi berjaya mempertahankan gelaran selaku penjaga gol terbaik kebangsaan mengatasi saingan Sharbinee dan Farizal.. Bisa Apek memang tidak dapat disangkal lagi.. Mat Yo pula merangkul 2 anugerah paling disegani iaitu Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai 2011.. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana penyerang dan benteng terakhir kedua-dua nya masih menyarung jersi The Red Warriors..!

Keputusan anugerah keseluruhan adalah seperti berikut:

BEST GOALKEEPER
1. Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)


BEST DEFENDER
1. Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

BEST MIDFIELDER
1. Safiq Rahim (SELANGOR)

BEST STRIKER
1. Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)


BEST COACH
1. Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)

MOST PROMISING PLAYER
1. Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

SUPERMOKH AWARD for MOST VAUABLE PLAYER
1. Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)


BEST FOOTBALL ASSOCIATION
1. FA of Selangor

BEST CLUB
1. PKNS SELANGOR

Sekali lagi syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang anugerah, semoga pasukan Kelantan akan lebih mengganas lagi pada tahun 2012..

Pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM adalah seperti post sebelum ini.


Sumber: MyLauchPad Maxis

Gomo KELATE Gomo!!!

Tuesday, November 29, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Rasonyo masih x terlambat lagi kawe nk ucapkan selamat tahun baru kepada seluruh umat islam di Malaysia khususnya rakyat Kelate x kira lah di mano demo-demo berado, semoga kito semo sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT..

Kepada sesapo hok x ingat kalendar islam, termasukla diri kawe sendiri, tahun ni rupa-rupanya tahun 1433 Hijrah dah.. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dan meneruskan perjuangan bukan untuk mencari duit dan njoy semata-mata, tapi untuk menjadi hambaNya yang sentiasa bertaqwa dan beribadat kepadaNya.. Tidaklah sempurna hidup kita jika kita semo lalai dan semakin jauh daripada rahmat Allah..

Update cikit pasal khutbah Jumaat hok minggu lepas, lamo sero x update pasal agama.. Ingat lagi khutbah minggu lepah kawe gi, tajuk khutbah dia Muhasabah.. Sebut pasal muhasabah, ramai kawe raso diluar sana hok x rajin lagi menghisab diri sendiri.. Sejauh mano hubungan kita dengan Allah.. Bersediakah kita untuk dihisab di akhirat kelak? Segala-galanya akan dihitung sebaik sahaja Allah mencabut nyawo kita semo.. Bilo, di mano, lagu mano? Itu adalah soalan yang perlu kita tanya n kita mesti standby untuk menghadapinya..

Secara ringkas, khutbah tersebut menyentuh muhasabah diri berdasarkan masa lalu dan jugok masa akan datang.. Dengan kata lain, merenung kembali kesilapan yang pernah kita lakukan masa lepas dan apakah yang kita akan lakukan pada masa akan datang.. Merenung kesilapan bukanlah setakat mengingat kembali sebaliknya kita kena insaf dan bertaubat di atas kesilapan lampau, berazam memperbetulkan di masa akan datang dengan sedaya upaya supaya hidup kita ni sentiasa berada pada landasan yang betul dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Itu yang penting.. Gapo sekali pun hok kito buat atas dunia ni, selagi Allah x redha, kita x pernah berasa cukup.. Semuanya kekurangan dan hidup rasa tidak lengkap sekalipun kita memiliki segala keindahan dunia...

Muhasabah perlu dilakukan dalam banyak aspek.. Untuk memudahkan diri kita ni supaya tidak hanyut, adalah lebih baik kita bermuhasabah dengan cara yang lebih spesifik.. Ambil sehelai kertas, tuliskan kriteria-kriteria seperti muhasabah agama yang merangkumi aspek rukun islam dan rukun iman. Cukup 2 ini sahaja, kita sempurnakan sebaik mungkin, insyaAllah selebihnya akan sempurna.. Bagaimanapun, kita juga xleh lupa muhasabah maksiat yang pernah kita lakukan.. Apakah maksiat dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan, cubalah dengan sedaya upaya untuk sepaling-paling kurang membenci dan selebihnya, kebaikan akan datang dengan sendiri..

Mungkin dengan 2 perkara muhasabah tersebut, kita akan kembali kepada Allah.. Jangan pandang perkara yang tidak tentu.. Betulkan rukun islam kita, mengucap 2kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi yang berkuasa, insyaAllah, hidup kita akan mengikut garisan Islam.. Ia akan datang dengan sendiri, itulah janji Allah SWT..

Kawe sekadar menyampaikan untuk perubahan bersama.. Mana yang baik kita kongsikan, mana yang buruk kita ketepikan.. Sesungguhnya kita manusia tidak sempurna dan selalu lupa, maka patutlah kita mengingati saudara seagama dengan kita..

Bola-bola jugak, smaye-smaye jugak.. Semoga tahun ini menjanjikan perubahan yang lebih baik terutamanya kepada diri kita sendiri, keluarga kita, guru-guru kita, sahabat kita dan rakan seagama kita.. Wassalam.. Selamat tahun baru 1433 Hijrah...

Anugerah Bola Sepak 2011 - Petanda Baik TheRedWarriors!

Susulan 100PLUS-Astro-FAM National Football Awards atau dalam bahasa melayunya Anugerah Bola Sepak Kebangsaan gabungan 100PLUS, Astro dan juga FAM menamakan majoriti calon daripada skuad The Red Warriors adalah petanda baik kepada skuad kijang. Daripada jumlah 21 pencalonan, 6 pencalonan adalah dari Kelantan..

Pencalonan yang telah diumumkan adalah seperti berikut:

LIST OF NOMINEES

BEST GOALKEEPER
Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

BEST DEFENDER
Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (NEGERI SEMBILAN)
Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

BEST MIDFIELDER
Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
Safiq Rahim (SELANGOR)
Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

BEST STRIKER
Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

BEST COACH
Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
Norizan Bakar (PERAK)
Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

MOST PROMISING PLAYER
Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

ANUGERAH SUPERMOKH MOST VAUABLE PLAYER
Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
Safiq Rahim (SELANGOR)

Daripada di atas, jelas dapat kita saksikan player kita tercalon dalam 5 anugerah out of 7. Anugerah ini juga membuktikan betapa kita memiliki pemain yang bermutu untuk memastikan kita adalah juara di masa akan datang..

Sama-sama kita doakan agar Apek, Mat Yo, Piya dan Dato' M Karathu berjaya mencipta nama di hari penentuan anugerah nanti.. Ucapan syabas n tahniah in advance kepada mereka yang bakal berjaya...

Gomo THEREDWARRIORS Gomo!!!

Sumber: Maxis MyLaunchPad

Tuesday, November 22, 2011

Garuda Menangis Lagi

Jika kita selalu dengar istilah penyu menangis lagi, kali ini kerap pula kita dengar Garuda menangis lagi. Mana tidaknya apabila skuad garuda dinafikan hasrat mereka untuk merangkul emas pada temasya sukan SEA edisi 2011. Lebih malang lagi apabila skuad Indonesia dimalukan lagi di halaman sendiri, stadium Gelora Bung Karno yang dihadiri hampir 100,000 orang penyokong fanatik mereka..

Perlawanan semalam telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah pasukan yang harus dihormati di Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kelemahan di bahagian jentera serangan yang diharus diperbaiki sebelum kita mendabik dada dan mengutuk pasukan orang lain. Apa yang pasti, barisan pertahanan Harimau Muda adalah barisan pertahanan yang terbaik yang mampu menidakkan segala aksi bahaya daripada jentera serangan mana-mana pasukan sekali pun.

Ketenangan barisan pertahanan terutamanya penjaga gol Kelantan, Apek wajar disanjungi. Jika tempoh hari Apek berjaya mengharumkan nama Malaysia, kali ini Apek membuktikan bahawa beliau adalah penjaga gol terbaik Asia Tenggara abad ini. Nama beliau bakal diukir sebagai lagenda suatu hari nanti.. Syabas Apek!

Perlawanan yang berkeputusan seri 1-1 pada wisel 90 minit memaksa kedua-dua pasukan beraksi di masa tambahan. Walaubagaimanapun, banyak peluang keemasan yang dimiliki oleh barisan penyerang Malaysia gagal dimanfaatkan. Ini adalah kegagalan terbesar kita bukan sahaja di pentas akhir bahkan seluruh perlawanan sukan SEA. Ong Kim Swee semestinya sudah faham akan kelemahan pasukan. Apa yang diharapkan adalah aksi terbaik biarpun jika kita kecundang..

Perlawanan yang diheret hingga ke sepakan penalti memberikan penuh debaran kepada penyokong. Apatah lagi kepada para pemain, itu memang tidak dapat dinafikan. Namun disinilah yang kita nak lihat di mana ketenangan dan fokus pemain perlu mengatasi segala-galanya. Apa-apa pun, tahniah di atas kejayaan Harimau Muda meraih ibu segala emas dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Secara tidak langsung nama Kelantan juga naik kerana terdapat ramai juga barisan pemain Kelantan yang diserap dalam skuad kebangsaan seperti yang dimaklumkan TSAM baru-baru ini. Lebih-lebih lagi nama Khairul Fahmi Che Mat yang tidak perlu lagi dikhuatiri akan kemampuan beliau.

Hidup Harimau Malaya. Gomo Malaysia Gomo!!!

Friday, November 18, 2011

Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 1-0

Petikan daripada laporan berita Kosmo 18-November-2011:

JAKARTA – Panas, dramatik dan penuh mendebarkan!

Itu yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi yang menyaksikan Harimau Muda berjaya membenam ego Indonesia hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011.

Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Muda mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.

Namun yang paling mencuri tumpuan pada aksi malam tadi ialah apabila jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee diarahkan meninggalkan bangku simpanan pemain pada minit ke-68 selepas beliau didakwa mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkassar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tampil di hadapan hampir 100,000 penyokong fanatik Indonesia, Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.

Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.

Sang Garuda Muda pula tidak menurunkan beberapa tonggak utamanya dalam kesebelasan utama seperti penggempur berbisa, Patrich Wanggai dan Octovianus Maniani.

Seawal minit keempat, Baddrol terlebih dahulu menguji benteng Sang Garuda Muda yang diterajui penjaga gol, Andritany Ardhiyasa. Bagaimanapun, rembatan Baddrol dari luar kotak penalti berjaya dinafikan Andritany.

Ketika perlawanan baru memasuki minit ke-14, pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim.


PENYERANG Malaysia, Izzaq Faris Ramlan dikawal rapi oleh pertahanan Indonesia, Seftia Hadi (kiri) pada pertemuan di Jakarta malam tadi.

Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17.

Gol tersebut ternyata menyemarakkan barisan Harimau Muda menggempur kubu tuan rumah. Pada minit ke-22, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berpeluang menguji benteng Indonesia, namun percubaannya gagal menghasilkan gol.

Dengan sesekali Indonesia mengacah kubu Harimau Muda, Baddrol dan rakan-rakan sepasukannya jelas sekali berjaya menyerap tekanan dengan terus melancarkan beberapa serangan ke gawang Indonesia. Namun, tiada sebarang tambahan gol dicipta kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-56, Izzaq dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andritany dalam kawasan penalti. Dua minit kemudian, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan pemain tengah, K. Gurusamy dan digantikan dengan Irfan.

Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad.

Dengan kemenangan itu, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar, manakala Indonesia berdepan juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi separuh akhir esok (19 November).

Dalam pada itu Kim Swee ketika ditemui berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut.

“Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangai pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya

Link Laporan Kosmo
______________

Tahniah kepada pemain muda Malaysia di atas pencapaian yang cemerlang. Diharap pasukan Malaysia dapat meneruskan rentak cemerlang demi menempa nama Malaysia dan juga Kelantan di persada antarabangsa.

Gomo Malaysia Gomo!!!

Wednesday, November 9, 2011

Farhan, Indra Putra, Azizi & Azlan Sah ke Kelantan, Amirul Hadi Belum Pasti

Spekulasi dan bermacam-macam teka teki akhirnya terjawab apabila KAFA mengumumkan pemain baru yang diikat untuk memperkuatkan pasukan Kelantan The Red Warriors 2012. Pemain tersebut adalah tunggak Kelantan 2010 yang membantu Kelantan untuk memenangi pelbagai piala, tidak lain tidak bukan:
1. Indra Putra
2. Farhan
3. Azizi

Indra, Farhan dan Azizi yang ketika ini bersama T-Team telah membuktikan bahawa mereka adalah pemain yang berpengalaman dan terbaik apabila mampu beraksi sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2011 selalu beberapa kali menewaskan Kelantan sendiri dalam saingan liga tempatan. Nyata kebangkitan T-Team adalah disumbangkan oleh tiga pemain tersebut dan Kelantan yang sememangnya memerlukan pemain yang berpengalaman memanfaatkan peluang sebaik mungkin untuk mengikat ketiga-tiga pemain tersebut.

Walaupun sebelum ini kecoh dengan perpindahan mengejut Indra, Farhan dan Azizi, namun peristiwa tersebut tidak sedikit pun mengganggu hubungan antara mereka dan KAFA. Ini menunjukkan bahawa pengurusan KAFA adalah professional dan pemain-pemain juga bertindak professional. Jadi para penyokong juga harus bersifat professional ketika menyokong pasukan TRW.

Berbalik kepada pemain yang diikat, seorang lagi ialah Azlan yang sekarang ini sedang berkhidmat untuk Kedah. Azlan akan kembali kepangkuan tanah air dan akan menyumbangkan khidmat sebagai forward player untuk memastikan Kelantan lebih digeruni pada musim akan datang. Jadi ketika ini, Kelantan mempunyai bilangan striker yang ramai termasuk juga pemain import.

Manakala Amirul Hadi yang sebelum ini kecoh diperkatakan akan join Kelantan, berita yang kian hangat menjadi perbualan masih belum dapat disahkan. Mungkin benar mungkin jugak tidak.. Masih ada banyak masa lagi untuk KAFA dan jurulatih Peter Butler mengintai pemain yang mampu memperkukuhkan lagi jentera The Red Warriors 2012...

Jika diperhatikan, Kelantan jelas akan bertambah kuat di posisi tengah dan hadapan dengan adanya pemain-pemain yang berkaliber yang disambung kontrak dan dipancing. Bagaimana pula dengan posisi pertahanan yang dilihat seringkali bocor tatkala pasukan lawan mengatur serangan terutamanya serangan counter attack? Tidak ada cara lain kecuali menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih Peter Butler untuk mengatur strategi. Apa yang pasti, Kelantan akan lebih kuat daripada sekarang.. Sama-sama kita nantikan...

Gomo KELATE Gomo!!!

Saturday, October 29, 2011

N9 Juara Piala Malaysia 2011

Keputusan perlawanan piala paling berprestij Malaysia sudah diketahui. Negeri Sembilan berjaya mengatasi Terengganu dengan jaringan 2 berbalas 1.. Separuh masa pertama menyaksikan N9 menguasai permainan namun tiada sebarang jaringan dihasilkan. Terengganu seperti biasa bermain secara bertahan dan menggunakan taktik counter attack untuk menghasilkan gol. Nyata taktik Terengganu membuahkan hasil apabila Ashari seperti biasa bijak menyudahkan peluang yang dimilikinya..

Terengganu mendahului pada separuh masa kedua. Namun, Kunalan berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan jauh yang kemudian dibantu pula oleh Sharbini yang gagal menangkap kemas hantaran mudah tersebut. Gol mudah tersebut menyebabkan moral pemain Terengganu terganggu. Hasilnya, N9 berjaya menembusi gawang gol Terengganu sekali lagi menerusi jaringan cantik pemain sensasi, Hai-O.

Tahniah kepada N9, beraksi di pentas akhir berturut-turut membuktikan N9 merupakan pasukan yang kuat terutamanya dalam Piala Malaysia. Ini adalah cabaran yang sihat untuk masa akan datang yang mana kita semua dapat menyaksikan perlawanan yang kompetitif antara semua pasukan di Malaysia. Menang kalah sudah menjadi adat permainan.

Namun demikian, kredibiliti Sharbini wajar dipersoalkan. Sejak beberapa siri, beliau dilihat seringkali gagal untuk menangkap kemas walaupun bola mudah. Tumbuk bola keluar adalah boleh dikatakan favorite aksi yang selalu dilakukan oleh Sharbini..

Tidak dapat disangkal Terengganu mempunyai barisan forward yang laju dan berkebolehan tapi jangan lupa kekalahan Kelantan tempoh hari dibantu oleh beberapa layangan kad oleh pengadil yang suka main kad. Penyokong Kelantan sedar dan akur tetapi keputusan adalah muktamad. Situasi sebegini sedikit sebanyak mengotorkan sukan bola sepak kita..

Tahniah sekali lagi kepada N9 dan juga Terengganu. Pastinya Kelantan akan memberikan saingan yang sengit untuk tahun 2012.. Sama-samalah kita tunggu dan saksikan perubahan terbaru skuad Kelantan dengan adanya jurulatih baru, Peter Butler dan beberapa orang pemain baru termasuk pemain import..

Gomo Kelate Gomo..!

Amirul Hadi dari Selangor ke Kelantan

Siapa yang tidak kenal pemain tersohor Selangor dan juga pemain kebangsaan, Amirul Hadi.. Pemain sayap yang lincah dan berkebolehan menggelecek dan memberi hantaran cantik selain menjaringkan gol bila masa beliau memiliki peluang..

Inilah spekulasi terbaru, khabarnya beliau akan berhijrah ke Kelantan untuk tahun 2012. Sejauh mana kebenarannya? Oh, tidak sesiapa pun tahu selagi keputusan rasmi dikeluarkan TSAM selepas 29-October..

Tetapi desas desus terlalu kuat mengatakan bahawa beliau sudah setuju untuk meninggalkan jersi merah kuning dan menyarung jersi merah putih.. Jika benar, kami penyokong Kelantan mengalu-alukan kedatangan anda.. Apa yang pasti peluang anda lebih cerah bersama Kelantan..

Kepada pemain-pemain lama yang kekal, pemain baru yang telah diserap, pemain import dan bakal pemain yang akan dibawa masuk, selamat datang ke The Red Warriors!

Kebangkitan bola Malaysia bermula disini.. Gomo Kelate Gomo!!!

Bola dan Tiket

Nampaknya walaupun bermacam-macam cemuhan dan bantahan dikeluarkan oleh para penyokong, kelab dan juga menteri, namun FAM tetap berkeras untuk mengekalkan harga tiket final Piala Malaysia edisi 2011, RM 50. Tahniah diucapkan kepada FAM kerana tetap pendirian dan mengambil keputusan kurang senang di hati penyokong. Barisan pentadbiran FAM merupakan antara pentadbiran yang hebat masa kini. Syabas dan tahniah................

Jika dipandang semula statistik kenaikan harga tiket, daripada RM 20 ke RM 30 dan kali ini RM 50. 2 tahun sudah naik. Tapi jika berdasarkan kajian, tindakan FAM boleh dibaca. Tahun ini naik, tahun depan x naik dah sebab mereka sudah naikkan RM 20. Double triple bahagi dua daripada tahun 2009..

Dan jika diperhatikan juga, sebenarnya terlalu banyak gimik dan politik dilibatkan dalam arena bola sepak tanah air. Perkara sebegini tidak pernah berlaku satu masa dahulu. Kenapa ia berlaku sekarang? Semuanya bermula gara-gara peningkatan mendadak pasukan Kelantan. Kelantan adalah pelopor yang mencetuskan fenomena gila bola, perkara ini turut diakui oleh ramai orang. Dulu senyap saja, sekarang bila Kelantan naik, bola pun naik. Oleh sebab terdapat peluang yang sangat besar pada ketika ini, maka FAM bertindak bijak untuk mengambil risiko menaikkan harga tiket. Syabas dan tahniah sekali lagi..

Gimik yang dapat dilihat pada kali ni ialah penglibatan kelab negeri itu sendiri. Mana mungkin mereka tidak tahu menahu. Informasi sekarang bukan lagi bertebangan menggunakan sehelai kertas yang diikat pada seekor burung. Untuk meredakan kemarahan penyokong setia, maka kelab negeri pun sangguplah untuk mengeluarkan subsidi.. Persoalannya:

1. Dari manakah datangnya duit subsidi tersebut?
2. Betulkah ada subsidi ataupun hanya harga tiket dicetak RM 50 tetapi nilai sebenar RM 30? Dengan kata lain, tiada apa pun yang berlaku, cuma gimik semata-mata..

Namun, tindakan bijak FAM akan menjadi kenyataan pada tahun 2012 dan SETERUSNYA.. Ada ke lagi kelab bola mana-mana negeri nak bagi subsidi lagi selepas ni? Sampai bila? Banyak pulak persoalan..

X mengapalah.. Sebab sekarang Astro pun ada, untuk lebih selamat dan jimat duit, tengok jela bola sambil baring.. Walaupun rasanya teramatla tidak best jika dibandingkan tengok live di stadium and bersorak bersama rakan-rakan yang lain.. Inilah dilema orang yang tidak berpendapatan besar.. Jangan sesekali berhutang untuk memenuhi poket dan perut buncit orang lain..

Tuesday, October 25, 2011

Harga Tiket Akhir Piala Malaysia Naik Mendadak

Tidak tahan dengan tindakan FAM yang memutuskan harga tiket akhir Piala Malaysia kali ni, Terengganu vs Negeri Sembilan.. Fuhhh.. Dari RM 30 ke RM 50.. Naik RM 20!!!

Dahsyat.. X tahulah apa rasional di sebalik kenaikan tersebut.. Jelas mendadak dan mahal.. Rata-rata penyokong dari mana-mana negeri pun mengeluh.. Sedikit sebanyak semakin menanam perasaan tidak puas hati, tindakan sebegini adalah tidak wajar..

Antara alasan FAM yang dipetik dari keratan Kosmo ialah:

1. FAM tidak bolot sendirian - hasil kutipan diagih kepada persatuan Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan juga..
2. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.. (keratan kosmo 26-Oct-2011)
3. Penyokong yang beli tiket RM 30 juga duduk di tempat grandstand.. Tidak adil kepada mereka yang membeli tiket RM 50..
4. Membanteras kegiatan ulat..

Pelik.. Tapi itulah kebenarannya.. Tapi tidak jelas lagi apakah kos yang perlu dibayar sehingga FAM terpaksa menaikkan harga tiket sehingga sedemikian..

Adakah ini rasional dengan:

1. Mutu padang yang tidak berkualiti?
2. Jarak penonton yang datang dari jauh?
3. Peminat yang berpendapatan rendah?
4. Family yang bercadang menonton?
5. Adakah ulat akan berkurang? Apa jaminannnya?

Tambah:
6. Mutu pengadilan pun teruk..


Bagaimana pula dengan ini:


Kelab penyokong negeri juga turut membantah. Bermacam-macam tunjuk perasaan dan bantahan dibuat.. Tapi apa yang pelik:


X faham.. Cyes x faham.. Nape plak persatuan bola negeri nak bantah kalau dah setuju.. Apakah ini tindakan politik? Oh, tidak..!

Nampaknya festival bola Malaysia seringkali menjadi isu. Kenaikkan kali ini juga menentukan tiket yang akan datang. Setiap tahun harga tiket akan naik.. Apakah kos yang naik mendadak sehingga kan harga tiket naik mendadak? Berterus terang lah FAM.. Kesianlah kami penyokong bola.. Jangan lah ambil kesempatan..

Kami penyokong setia Negeri, tidak kiralah mana-mana negeri tetap akan pergi.. Sanggup berhutang demi melihat pasukan tersayang.. FAM juga tahu hakikat ini.. Sebab itu risiko ini diambil.. Tapi ketahuilah, setiap seorang yang membuat keputusan ini, tanggunglah di akhirat sana jika penyokong tidak halal..

Syabas sekali lagi FAM kerana mengambil tindakan yang berani.. Fikirkan kepentingan penyokong juga.. Naik tu boleh, tapi biarlah rasional..

Saturday, July 30, 2011

Niat Puasa di Bulan Ramadhan (Sebulan dan Harian)

Alhamdulillah.. Pejam celik, pejam celik.. Bertemu jugak kita di bulan Ramadhan almubarak untuk tahun ke 1432 Hijrah.. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar dan melaksanakan Rukun Islam yang ketiga, berpuasa di Bulan Ramadhan..

Sedikit flash back kepada sesiapa yang sudah lupa bagaimana kita sampai ke bulan Ramadhan.. Berikut ialah turutan bulan dalam Islam..

1-Muharram
2-Safar
3-Rabiulawal
4-Rabiulakhir
5-Jamadilawal
6-Jamadilakhir
7-Rejab
8-Syaaban
9-Ramadhan
10-Syawal
11-Zulkaedah
12-Zulhijjah

Jadi bulan Ramadhan adalah bulan yang ke-9 dalam Islam

Niat Puasa Sebulan Bulan Ramadhan


Kepada sesiapa yang x nak ambik risiko lupa niat puasa, adalah disarankan niat puasa untuk sebulan terus. Niatnya adalah seperti berikut:


Maksudnya:


Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Niat Puasa Harian Bulan Ramadhan


Niat puasa harian di Bulan Ramadhan adalah seperti berikut:


Maksudnya:

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan


Setelah seharian berpuasa, janganlah kita terlalu gelojoh untuk berbuka tanpa bacaan doa. Sabar dan bacalah doa berbuka puasa seperti berikut sebelum menjamah makanan:


Maksudnya:

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang


Semoga Ramadhan kali ni membawa berkat dan menjadi titik perubahan dalam kehidupan kepada kita untuk membuang perbuatan mungkar kepada Allah. Samalah kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan meningkatkan lagi ibadat dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Amin..

Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali..

Monday, July 18, 2011

Liga Super 2011 Milik Kelantan

Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kelantan dinobatkan juara baru Liga Super 2011 setelah menewaskan Sabah 2-1 di Kota Kinabalu. Kelantan muncul unggul untuk meninggalkan musuh terdekat Terengganu dan Selangor yang berhempas pulas untuk merampas Piala Liga Super daripada Kelantan. Segunung syabas dan tahniah kepada pasukan The Red Warriors dan barisan jurulatih.

Ternyata walaupun laluan kita sukar, namun semangat juang para penyokong dan pasukan membuktikan bahawa pasukan kita adalah yang terbaik. Sungguh manis kejayaan ini. Seluruh rakyat Kelantan sekarang mampu berbangga dengan prestasi pasukan Kelantan. Kita sudah mencipta nama, sejarah telah pun tercipta.

Mengulas kembali kemenangan lalu, Kelantan berhasil memecah gawang gol Sabah menerusi jaringan penyerang sensasi kebangsaan, NorShahrul Idlan Talaha. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Mat Yo namun mungkin sudah menjadi nasib, Anugerah Kasut Emas bukan milik Mat Yo. Mungkin bukan lagi untuk kali ini. Sabah pula berhasil menjaringkan gol menerusi penyerang Razlan Oto.




Kita jumpa lagi dalam aksi akan datang yang akan menjanjikan persembahan yang lebih menarik. Diharap Kelantan mampu untuk mengekalkan kejuaraan. Bukan itu sahaja, sama-sama kita doakan agar pasukan kesayangan kita berjaya merangkul semua Piala pada musim akan datang.

Gomo Kelate Gomo!!

Saturday, June 25, 2011

Olimpik Malaysia 2 vs Lubnan 1

Pasukan Olimpik Malaysia yang dibimbing oleh Ong Kim Swee beraksi cemerlang di Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan jaringan 2 gol berbalas satu. Kemenangan semalam membuka langkah seterusnya kepada Malaysia untuk beraksi di peringkat kumpulan untuk saingan olimpik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada skuad muda negara.

Walaupun beraksi dengan hanya 10 orang pemain di separuh masa kedua, namun semangat kental yang ditunjukkan membuahkan hasil. Semuanya gara-gara Gary dibuang padang setelah mengumpul kad kuning kedua setelah mengasari pemain Lubnan. Pastinya jika pasukan negara kalah, corak cerita akan berubah dan pastinya Gary akan jadi penyebabnya. Gary hari ini memohon maaf secara terbuka kepada barisan pemain dan peminat dalam laporan Harian Metro hari ini.

Video ringkas jaringan dari EPLSoker..











Kemenangan Malaysia diraikan oleh hampir 15ribu penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil sebaliknya ditangisi oleh pasukan Lubnan. Bukan rezeki mereka.. Tahniah kepada semua..

Monday, June 20, 2011

Harimau Muda Cemerlang di Kelantan

Barisan pemain Malaysia yang menyarung jersi biru, beraksi cemerlang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam tadi. Kemenangan pasukan Harimau Muda membelasah pasukan Myanmar dalam perlawanan persahabatan semalam mengubat duka pasukan negara setelah tewas 2 kali sebelum ini.

Kehadiran hampir 15 ribu orang penyokong di Kota Bharu membuktikan bahawa penyokong kita adalah yang terbaik di Malaysia. Kita bukan peminat bola negeri Kelantan semata-mata. Kehadiran penyokong yang ramai semalam mengesahkan bahawa rakyat Kelantan adalah peminat bola sepak yang sebenar-benarnya, baik untuk negeri dan negara. Walaupun kita tewas kepada Terengganu di perlawanan akhir Piala FA, kekecewaan tersebut biarpun ada namun tidak menjejaskan semangat kesukanan dan sokongan pada pasukan tercinta.

Apakah betul kemenangan Malaysia semalam dibantu oleh sokongan penyokong? Jawapannya memang YA! Bayangkan sebelum ini pasukan negara bermain tanpa sokongan. Tiada sorakan oleh peminat bukan sedikittapi banyak menjatuhkan moral pemain. Itulah yang terjadi kepada Kelantan apabila tewas kepada Terengganu sebelum ini. Walaupun kita ramai, namun tanpa sorakan dan sokongan, kita tertewas. Secara tidak langsung kita pemain akan tertewas. Itulah sifir yang mudah.

Syabas dan tahniah kepada penyokong Kelantan. Terima kasih juga kepada pihak FAM kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa untuk membuktikan bahawa penyokong Kelantan adalah yang terbaik setakat ini dan insyaAllah selama-lamanya.

Video jaringan Gol:






p/s: kawe suko benar bilo sek-sek kito royak..
"GOMO MALAYSIA GOMO"

Haha.. Hebat.. Mitok2 jadi trademark jugok.. Secara x langsung, bilo ingat team Malaysia, ingat team Kelate The Red Warriors!

Gomo Kelate Gomo!!!

Tuesday, June 14, 2011

Kekal di Persada Liga

Tahniah kepada Kelantan, akhirnya menang jugak. Jaringan tunggal Mat Yo pada minit ke-53 memberikan 3 mata penuh buat Kelate kito. Walaupun dendam x berbalas, tapi cukuplah untuk kekal di persada liga. Peluang cerah untuk Kelantan menjulang Liga Super pada musim ini, hanya tinggal 1 perlawanan sahaja lagi.. Maruah tertebus, diharap moral pemain dan penyokong kita kembali pulih.

Mengulas permainan malam ni, Kelantan sepatutnya mendapat 2 gol namun sepakan penalti oleh Mat Yo gagal disempurnakan gara-gara psikologi penjaga gol Perak. Kalu x silap,ni kali kedua sepakan penatli Mat Yo x masuk di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Mungkin gu lawan blh baca dah bola Mat Yo + Mat Yo ugah oleh psikologi. Namun Mat Yo tetap penyerang yang terbaik setakat ni.

Kelantan kembali menguasai perlawanan pada separuh masa kedua setelah Akmal Rizal cedera dan diganti. Ketiadaan Akmal jelas mengubah rentak membolehkan Kelantan berterusan mengasak pertahanan Perak.

Lepas ni, Kelantan akan berhadapan dengan Sabah pada 6-July-2011 di Kota Kinabalu, Sabah. Kelebihan kepada Kelantan berbanding Terengganu dan Selangor untuk perlawanan terakhir nanti. Kelantan hanya perlu seri sahaja untuk mengesahkan kita adalah juara. Di atas kertas boleh dikatakan kita juara, namun kita tidak boleh berpuas hati sekarang selagi perlawanan terakhir belum bermula. Dengan masa rehat yang panjang, diharap pemain Kelantan memanfaatkan masa yang ada untuk merehatkan diri dan menghilangkan trauma kekalahan dramatik kepada Terengganu tempoh hari.



Kelantan 1 - Perak 0
Norshahrul Idlan Talaha [M-52]

Tarikh: 14 June 2011
Stadium: SSMIV
Main biar molek.. Sokong biar molek.. Gomo KELATE Gomo!!!!!!!!!!!

Mampukah Kelantan Tewaskan Perak?

Sedikit update ringkas.. Kelantan tempoh hari kalah kepada Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA 2011 akan berhadapan dengan Perak pada malam ini. Persoalannya seperti biasa, mampukah Kelantan mengutip 3 mata penuh untuk terus selesa di persada liga? Kekecewaan Kelantan dibelasah Perak 4-0 tempoh hari masih berbekas..

Kelantan malam ini akan turun dengan harapan yang menggunung untuk menewaskan Perak. Walaupun keletihan dan sokongan moral yang tidak seberapa, Kelantan diharap dapat mempersembahkan aksi yang terbaik untuk mengutip 3 mata penuh sekali gus mengubat kekecewaan Sabtu lalu.

Beraksi di stadium Sultan Muhammad ke-IV diharap memberikan advantage kepada Kelantan. Walaupun jadual perlawanan yang ketat, kita tidak ada pilihan untuk menjadikannya sebagai alasan. Agak kelakar juga dengan jadual yang sebegitu rupa, namun apa yang boleh dikata.

Itu saja, semoga The Red Warriors beroleh kejayaan.

Renungan Buat Penyokong TheRedWarriors

Kawe tertarik denge ulasan Tan Sri Annuar Musa dale ruange FB beliau, berkaitan sikap n perangai penyokong setia The Red Warriors. Sedikit petikan dari kata-kata Tan Sri yang tidak dapat disangkal lagi betulnya, petikan lebih kurang:

1. Penyokong The Red Warriors semakin matang

- Walaupun kita kalah dalam perlawanan akhir Piala FA 2011, namun tidak ada sebarang kes buruk dilaporkan. Kita semakin matang dalam menerima kekalahan. Adat perlawanan ada kalah dan ada yang menang. Mungkin emosi penyokong Kelantan agak terkawal kerana lawan kita adalah Terengganu, jiran yang paling dekat dengan kita. Sedikit sebanyak, faktor jiran menyumbang kepada kelakuan baik penyokong The Red Warriors. Syabas kepada penyokong.

2. Kekuatan mental penyokong The Red Warriors adalah segala-galanya

- Terbukti sudah, kejayaan Kelantan selama ini adalah hasil sokongan padu penyokong setia The Red Warriors. Kenyataan ini dibuktikan 100% apabila Terengganu berjaya mengikat Kelantan ketika perlawanan hanya berbaki beberapa saat sahaja lagi. Bilangan penyokong Terengganu yang lebih kurang satu per tiga penyokong Kelantan berjaya menenggelamkan sorakan penyokong Kelantan. Sebelum pasukan kita tewas, penyokong kita terlebih dahulu sudah pun tertewas. Cuba bayangkan bagaimana dengan pemain kita yang terpaksa beraksi selama 30 minit lagi dengan penyokong yang diam tanpa suara? Itulah kekalahan terbesar kita..

3. Fitnah yang tidak berasas

- Ketahuilah oleh sebilangan penyokong The Red Warriors yang telah melemparkan fitnah kepada pemain Kelantan kononnya pasukan kita telah dirahsuah, perlawanan telah diatur dan sebagainya bahawa fitnah ke atas seseorang itu adalah lebih besar bahayanya daripada membunuhnya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah Ayat 191 yang bermaksud:

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya"

Terimalah kekalahan kita seadanya. Bukan rezeki kita, ada hikmah disebalik segalanya.

Buat penyokong The Red Warriors, hentikanlah sikap yang akan menjatuhkan dan merugikan pasukan kita sendiri. Pandanglah ke hadapan. Kita masih ada peluang untuk menebus kesilapan.

Buat barisan pemain dan jurulatih Kelantan, pengalaman perit tempoh hari diharap dijadikan pengalaman yang paling berguna untuk perlawanan akan datang. Jangan juga sesekali menyalahkan penyokong jika kualiti perlawanan dan aksi terbaik tidak dipersembahkan.

Sunday, June 12, 2011

Dramatik.. The Red Warriors Tersungkur

Dramatik.. Itulah perkataan ringkas yang paling tepat boleh ditujukan untuk perlawanan akhir Piala FA pada malam tadi. Hasrat Kelantan untuk merangkul Piala FA pada tahun ini terkubur lagi setelah Kelantan ditewaskan oleh Terengganu 2-1.

Pada separuh masa kedua, Kelantan terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan cantik Nurul Azwan Roya pada minit ke-78. Keputusan 1-0 dijangka kekal sehingga wisel penamat sebaliknya lebur apabila serangan terakhir Terengganu membuahkan hasil apabila Daudsu yang cuba mengeluarkan bola tertaduk masuk ke dalam gol sendiri. Aksi dramatik tersebut berlaku tatkala perlawanan berbaki lebih kerang antara 5 ke 30 saat sahaja lagi. Ia sekaligus membangkitkan semangat Terengganu dan meruntuhkan semangat skuad The Red Warriors.

Nasi sudah menjadi bubur. Kelalaian pemain Kelantan dan taktikal kurang berbisa dihukum lagi apabila Terengganu mengesahkan Piala milik mereka apabila Ahmad Nordin Alias menjaringkan gol kemenangan mereka dalam masa tambahan.

Secara keseluruhan, pemain Kelantan dilihat tidak berfungsi sepenuhnya. Tidak seperti perlawanan dalam Liga Super. Tetapi adalah tidak wajar jika ada pihak cuba mengatakan perlawanan semalam sudah diatur. Secara mudahnya, nasib tidak menyebelahi kita. Bukan salah Daudsu atau sesiapa. Jika Daudsu tidak menanduk bola pada saat terakhir tersebut, mungkin juga akan gol. Jalan cerita mungkin berubah tapi dalam bola sepak, itu adalah perkara biasa.

Apa-apa pun, syabas dan tahniah kepada Terengganu. Begitu juga Kelantan. Penyokong yang hadir jauh dari Kelantan, datang dengan bas diharap dapat berpuas hati dengan perlawanan seadanya. Hakikatnya bola sepak Kelantan masih banyak perlu dibaiki. Pihak pengurusan dan barisan jurulatih Kelantan mesti berbuat sesuatu. Sebagai penyokong, perlawanan yang cantik sudah cukup walaupun kita tewas. Agak perit untuk menerima kekalahan, tetapi itu sudah menjadi adat perlawanan.

Pengalamanan kali ini cukup bermakna. Biarpun sesaat, dalam apa-apa pun aktiviti selain bola sepak, kelalaian akan membawa padah! Semoga kita tidak berputih mata lagi untuk Liga Super dan aksi perlawanan lain yang akan datang.








Keputusan Penuh: Terengganu 2 - Kelantan 1

TERENGGANU: Sharbinee Allawee, Helmi Remeli, Mazuki Yusof (K), Mazlizam Mohamad, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farisham Ismail, Zairul Fitree, S. Chanthuru, Shakir Shaari, Badhri Radzi (K), Nurul Azwan Roya, Izuan Solahuddin, Norshahrul Idlan Talaha.

Belajarlah dari pengalaman.. Bangkitlah untuk kemenangan!

Friday, June 10, 2011

233 Bas TheRedWarriors ke Bukit Jalil

KIRA-kira 10,300 penyokong The Red Warriors dari Kelantan dijangka tiba awal pagi ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Rombongan tiba dengan 233 buah bas, bergerak secara berjadual bermula jam 10 malam tadi di tiga kawasan berasingan sekitar Kota Bharu iaitu di Wisma Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Wisma Tabung Haji dan Stadium Sultan Muhammad IV.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Harun Ali berkata, 33 bas disediakan untuk ahli kelab manakala 200 bas untuk penyokong yang membeli tiket melalui mereka.

“Kesemua bas tidak bergerak secara konvoi bagi mengelakkan kesesakan. Jadi setiap bas akan bergerak mengikut jadual ditetapkan.

“Rombongan dijangka tiba di Bukit Jalil jam 10 pagi esok (hari ini) ,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kelab itu juga akan membuat persembahan dikir barat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sumber: Sinar Harian

Glory, glory, glory! TheRedWarriors Forever!

2600 Anggota Keselamatan vs 85000 Penyokong Fanatik

Malam ini, skuad TheRedWarriors akan berhadapan dengan skuad Penyu untuk aksi perlawanan akhir Piala FA 2011. Siapakah yang akan bergelar juara Piala FA pada tahun ini akan terjawab pada malam ini. Kedua-dua pasukan masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir di samping perang psikologi.

Aspek utama yang menjadi tumpuan pada malam ini pastinya faktor keselamatan penyokong dan juga pemain. Dengan kehadiran dinggarkan lebih 85,000 penyokong dari kedua-dua pasukan pastinya mengundang tanda tanya, bagaimanakah pasukan Keselamatan mengambil langkah untuk mengawal situasi. Kali ini, seramai 2,600 orang Anggota Keselamatan ditugaskan untuk menjaga disipilin penyokong. Mampukah bilangan 2,600 orang mengatasi 85,000 orang penyokong? Itu bukan soalan yang perlu ditanya. Apa yang penting, penyokong itu sendiri mestilah menunjukkan sikap yang professional pada malam ini. Janganlah kita menunjukkan sikap yang menjatuhkan imej dan maruah negeri kita, Kelantan. Begitu juga pesanan untuk penyokong Terengganu.

Anggap malam ini malam untuk hiburan. Sesiapa yang menang pastinya mereka lah yang terbaik. Cukup setakat itu, TITIK!.

Diharap perlawanan berprestij pada malam ini berlangsung dengan lancar. Harap tidak akan ada kekecohan yang akan mengundang kecederaan kepada orang lain. Lebih malang lagi jika berlaku kematian. Nauzubillah, minta jauh..

Untuk penyokong pasukan Kelantan, sokonglah dengan sokongan yang padu. Apa-apa pun keputusan, hadapi dengan tenang dan proffesional. Sama-samalah kita doakan pasukan kita akan jadi juara untuk kali pertama. Juara Piala FA 2011 sebelum Piala tersebut ditukar ke wajah baru.

Negeri dijunjung, harapan dijulang,
Bersatu menyokong The Red Warriors!

Jumpa malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kibarkan bendera kita...!

Berwaspada Kebangkitan Terengganu - Perlawanan Akhir Piala FA 2011

Ketika ini, boleh dikatakan hampir setiap saat, perlawanan akhir Piala FA 2011 di antara Kelantan dan Terengganu menjadi sebutan peminat bola sepak tanah air. Tidak kiralah di negeri mana sekalipun, perlawanan malam esok adalah perlawanan berprestij yang akan menjadi tumpuan semua orang terutamanya penyokong setia kedua-dua negeri, Kelantan dan Terengganu. Pastinya debaran ini amat terasa lebih-lebih lagi kepada penyokong fanatik TheRedWarriors.

Mengulas laporan Harian Metro pada hari ini, peperangan psikologi antara kedua-dua pihak semakin menjadi-jadi. Jika dalam post sebelum ini, Kelantan dikaitkan dengan pelbagai kontroversi kononnya akan menjual perlawanan pada malam esok, situasi tersebut dilihat sebagai serangan psikologi untuk melumpuhkan kekuatan mental pasukan lawan, Terengganu. Mungkin ada jugak betulnya. Tidak wajar untuk kita melatah jika tiada fakta yang berasas. Itulah yang sentiasa berlaku apabila tibanya perlawanan akhir.

Sebelum ini, Terengganu dimalukan di laman sendiri seperti Kelantan dibelasah T-Team, pastinya akan mengundang balas dendam. Mereka semestinya akan bangkit untuk menebus kekecewaan tersebut sekali gus membuat Kelantan kempunan lagi untuk menjulang Piala FA pada tahun ini setelah kecundang kepada Selangor pada tahun 2009.

Misi yang berbeza pula diimpikan oleh Kelantan. Kekecewaan kita pada tahun 2009 mesti ditebus malam esok. Matlamat untuk menjulang Piala FA bukan angan-angan dan hangat-hangat tahi ayam semata-mata. Bahkan pada tahun ini, kita sasarkan kedua-dua PIala FA dan Liga Super untuk mencipta rekod baru. Itulah semangat perjuangan sebenar TheRedWarriors.

Walaubagaimanapun, Kelate The Red Warriors (pemain dan juga penyokong) disarankan tidak terlalu yakin dan berpuas hati dengan prestasi sekarang. Kemenangan 3-0 ke atas Terengganu tempoh hari bukanlah tanda ukur untuk perlawanan malam esok. Apa-apa pun boleh terjadi. Jika sebelum ini kita sudah pun menunaikan solat hajat dan doa untuk capai kemenangan, tiada yang lebih dapat kita berikan kepada skuad negeri kita selain memberikan sokongan padu tidak kira apa keputusan sekalipun.

Penyokong setia diseru untuk tidak melakukan sebarang aksi yang memalukan imej Negeri Kelantan. Tindakan sedemikian rupa bukan sahaja menjatuhkan maruah Kelantan, bahkan akan menyebabkan moral pemain TheRedWarriors terbantut. Kita bermain selama 90 minit dan 90 minit itulah kita harus bersama pasukan. Kehadiran Ultras sedikit sebanyak akan membantu. Dan jangan kita sesekali memberi peluang kepada pihak media untuk memburukkan lagi imej kita.

Terengganu dan Kelantan ibarat adik-beradik. Jadi sebarang ketidakpuashatian sesetengah individu hendaklah dielak 100%. Sokonglah dengan sokongan yang professional. InsyaAllah kita akan jadi juara.

Saksikan secara live di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok, 11-June-2011 ataupun di Astro Arena. Kelantan vs Terengganu. Final Piala FA 2011. Dengar Lagu Semangat Dikir Barat Kelate sempena Piala FA 2011 untuk menaikkan lagi spirit pada male esok..

Kelate The Red Warriors! We respect all but fear none!

Monday, June 6, 2011

Kontroversi Bola Sepak Kelantan

Baru sahaja malam ini kita menundukkan Terengganu, belum puas menikmati kemenangan.. Sudah pun timbul pelbagai kontroversi atau boleh dikatakan politik dalam bola sepak Kelantan, Terengganu khususnya dan Malaysia amnya. Kontroversi mula timbul apabila sekarang ini kecoh diperkatakan terdapat pelbagai isu dalam setiap pasukan terutamanya isu yang dikaitkan dengan isu rahsuah.

Persoalannya, berasaskah setiap dakwaan tersebut? Amat bercelaru dan tidak patut rasanya apabila isu-isu sebegini dibangkitkan. Terutamanya apabila kita sudah hampir untuk menutup tirai Liga Super dan Piala FA.

Lebih malang dan menyedihkan lagi, isu ini dikaitkan dengan 2 pasukan yang bakal beraksi di pentas akhir Piala FA 11-June nanti. Tidak lain dan tidak bukan, team kesayangan kita, Kelate The Red Warriors dan Terengganu. Kemenangan pada malam ini dikatakan sengaja dijual oleh Terengganu kerana bagi mereka aksi akhir Piala FA adalah lebih penting. Kelantan dibayar untuk kalah supaya Terengganu dapat menghadiahkan kemenangan kepada Duli Yang Maha Mulia YDP Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Hari Keputeraan Baginda. Bak kata pepatah ia akan jadi perlawanan timbal balik.

Siapakah pihak yang terlibat menyebarkan spekulasi ini? Jika benar, SPRM hendaklah menyiasat serta merta. Kepada pihak yang menyebarkan informasi ini, jika betul, baiklah tampil ke depan beserta bukti untuk menerangkan segalanya. Tidak perlulah menyebarkan maklumat sebegini. Apa motif disebaliknya? Kerancakan bola sepak tanah air khususnya Kelantan bakal hancur berkecai dengan isu sebegini. Kita sudah lihat betapa bersungguhnya pemain kita berjuang demi Kelantan. Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa juga menangkis habis-habisan dengan kenyataan yang timbul secara kebetulan ini.

Memang benar, isu yang dipermainkan logik difikirkan akal. Namun perkara sebegini sebenarnya bakal meruntuhkan semangat juang penyokong The Red Warriors. Semangat kental untuk menyaksikan perlawanan akhir ini juga mungkin akan terbantut disebabkan anggapan ini. Semuanya terjadi secara kebetulan. Sudah tentu ada pihak yang mengambil kesempatan.

Selaku penyokong setia Kelantan, kami tuntut dan ingin laungkan kemenangan. Selagi perjuangan belum berakhir, pantang kita kalah. Kami ingin The Red Warriors buktikan bahawa segala kontroversi tersebut hanyalah kontroversi semata-mata. Tidak ada cara lain selain menundukkan Terengganu pada aksi akhir Piala FA nanti. Jika kalah, mungkin bukan rezeki kita. Kalah dan menang adat perlawanan. Siapa yang hebat akan menjulang piala. Namun kemenangan pada malam ini sudah membuktikan bahawa kita adalah Juara. Jika di Terengganu kita boleh tundukkan Terengganu, kenapa tidak di Stadium Kita, Stadium Nasional Bukit Jalil?

Maine comey.. Sokonge comey.. Kawal emosi, Elakkan KONTROVERSI!

Kelantan Benam Ego Terengganu

Terlebih dahulu syabas dan tahniah diucapkan kepada Kelantan yang telah berjaya menundukkan Terengganu dengan kemenangan bergaya dengan jaringan agak besar, 3-0. Kemenangan ini lebih manis lagi apabila Kelantan berjaya menyangkal pelbagai dakwaan bahawa sukar untuk menewaskan Terengganu memandangkan rekod mereka lebih baik berbanding Kelantan pada masa ini. Buktinya rekod tersebut bukanlah segalanya. Apa-apa pun boleh terjadi dalam arena bola sepak dalam negara mahupun luar negara.

Berkunjung ke Terengganu dengan harapan untuk menang sudah pun menjadi kenyataan. Debaran dan teka-teki sudah terjawab. Ternyata percaturan yang dirancang oleh Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu menjadi. Syabas juga untuk beliau.

Gol malam ini dijaringkan oleh Izuan Salahuddin pada minit ke-10 dan penjaring berbisa Kelantan dan Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-73 dan masa tambahan minit ke-92. 3 gol cukup untuk membuktikan kehebatan Kelantan. Bukan calang-calang untuk menewaskan Terengganu lebih-lebih lagi ketika beraksi di stadium Terengganu.



Kejayaan manis pada malam ini diharap akan menjadi pembakar semangat buat player The Red Warriors untuk bermain dengan bersungguh-sungguh pada aksi perlawanan akhir Piala FA 11-June nanti. Masih terlalu awal untuk menobatkan Kelantan sebagai Juara Liga Super musim ini, baki 2 perlawanan akan menentukan siapa juara. Selangor yang turun terlebih garang malam ni membelasah Perlis 7-1 turut mengimpikan Piala daripada Kelantan. Terengganu juga masih mempunyai harapan. Semuanya akan berubah jika berlaku sebarang kesilapan oleh Kelantan.

Seterusnya perlawanan yang akan menjadi tumpuan, Perlawanan Akhir Piala FA 2011 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11-June nanti. Sama-samalah kita penyokong setia Kelantan membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan paling berprestij di musim ini.

Sunday, June 5, 2011

Habuan Tanah untuk The Red Warriors

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersedia untuk memberikan ganjaran berupa lot tanah untuk membina rumah kepada semua pemain The Red Warriors sekiranya berjaya menjulang dua lagi piala iaitu Piala Liga Super dan Piala FA musim ini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tanah bernilai RM50,000 setiap lot itu sebagai ganjaran membolot lima kejuaraan selepas berjaya membawa pulang Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dan Piala Emas Raja-Raja.

Menurutnya, Kelantan mencipta sejarah besar bola sepak tanah air sekiranya berjaya muncul meraih lima kejuaraan itu.

“Saya mengingatkan pemain bahawa saingan kali ini bukan perkara biasa kerana kita dalam usaha merangkul lima kejuaraan,” katanya ketika mengiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datul Seri Mustapa Mohamed meninju latihan skuad Kelantan di Padang Mardi, dekat sini, kelmarin.

Lot tanah sumbangan peribadi beliau dan Kafa menurutnya, ditempatkan dalam kawasan dibangunkan sebagai pusat bola sepak.

Menurutnya, mini stadium, padang latihan, akademi bola sepak dan kemudahan lain disediakan berhampiran penempatan pemain.

“Ia mungkin menjadi The Red Warriors Villa dan ia akan dikenang sampai bila-bila hasil kejayaan cemerlang dan melakar sejarah besar dalam arena bola sepak negara,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, maklumat terperinci mengenai pembinaan kawasan itu masih dirahsiakan.

“Apa yang penting ketika ini ialah memburu Piala FA dan Liga Super, itu matlamat kita dan harapan seluruh rakyat dan kita tidak mahu kecewa,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Bakal Beraksi Tanpa Khairul Fahmi

Kelantan akan turun menentang Terengganu malam esok tanpa khidmat Khairul Fahmi. Ketiadaan Khairul Fahmi merisaukan sebilangan penyokong Kelantan namun Datuk M Karathu tidak melihat ia sebagai sebab Kelantan tidak akan beraksi cemerlang malam esok. Seboleh-bolehnya beliau tidak mahu kehilangan khidmat Khairul Fahmi dalam aksi genting nanti, namun khidmat untuk negara adalah lebih penting.

Khairul Fahmi terpaksa meninggalkan Kelantan untuk menyertai skuad Olimpik negara menentang Kemboja pada Selasa ini. Kekosongan penjaga gol Kelantan dijangka bakal diisi oleh penjaga gol simpanan Kelantan, Shahrizan Ismail. Rentak permainan mungkin berubah namun inilah adat bola sepak. Sesebuah kumpulan tidak akan selalunya akan menurunkan kesebelasan utama jika berlaku kecederaan, pergantungan perlawanan dan sebagainya.

Tumpuan penuh pemain Kelantan amat ditagih. Aksi konsisten bakal menentukan siapa juara terbaik. 2 buah piala penting pada musim ini perlu kita miliki andai kita ingin mencatat sejarah baru, 5 buah Piala berturut-turut seperti post Tan Sri Annuar Musa dalam facebooknya, baca balik dalam post sebelum ini.

Diharap pasukan The Red Warriors mampu menundukkan ego Terengganu di stadium lawan malam esok. Astro Arena bakal menyajikan aksi secara live, Kelantan vs Terengganu untuk aksi Liga Super 2011. Doakan kejayaan semoga jadi milik kita. InsyaAllah..

Petik cikik kato lagu semangat kito..

Olek-olek-olek-olek..
Sumbat gol.. Sumbat gol..
Olek-olek-olek-olek..
Sumbat gol.. Sumbat gol..

Kito anok Kelate..
Bako ore berani..
Bilo masuk pade..
Kito gomo sengoti..
Kito gomo sengoti...

Gomo KELATE Gomo!!!

Saturday, June 4, 2011

Kelantan Cipta Sejarah Jika...

Mengulas kembali petikan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam ruangan facebooknya, Kelantan akan cipta sejarah jika berjaya memenangi Piala FA dan Liga Super musim ni.. Menurut beliau, tidak pernah lagi dalam sejarah Malaysia, mana-mana pasukan memenangi 5 buah piala berturut-turut. Jika itu mampu dilakukan Kelantan, maka rekod baru dan sejarah akan tercipta..

Petikan tulisan Tan Sri adalah seperti berikut:


"Ketahuilah bahawa sekiranya kita memenangi kedua dua juara LIGA DAN FA bererti KELANTAN cipta sejarah menjadi antara yg pertama merangkul 5 piala in a row…msia cup,gold cup,charity SAS cup,..SUPER LEAGUE N FA CUP..yg sy rasa belum di cipta mana2 negeri..SEKIRANYA INI TERCIPTA MEREKA WAJAR MENERIMA SATU ANUGERAH(YG telah sy maklum pd mereka)yg besar nilainya..SAYA sendiri Dan kafa akan memberikan hadiah itu .."

Sebelumnya Tan Sri menyifatkan Kelantan bakal berhadapan dengan team yang kuat dari banyak aspek, justeru kita perlu bermain habis-habisan untuk mencipta rekod. Tiada apa yang mustahil. Prinsip TheRedWarriors, we respect all but fear none.. Semoga Piala FA dan Liga Super milik kita untuk tahun ini.. InsyaAllah..

"Harus diingat TRW bakal bertemu satu pasukan yg paling mantap musim ini..paling kukuh kewangannya..paling kanan pengurusannya..paling lama teamworknya..dan antara yg paling ramai Pemain kebangsaannya Dan top scorernya..melepas gol paling rendah dan jaringan antara paling Tinggi..Dan kita terpaksa bertandang ke lamannya…INILAH CABARAN..HANYA YG TERBAIK AKAN MENANG DAN TRW MAHU MUNCUL YG TERBAIK ITU..!!"

Thursday, June 2, 2011

Sesi Latihan RedWarriors Kembali

Gap yang boleh dikatakan agak lama, diharap dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan pemain The Red Warriors dan jurulatih Kelantan. Datuk M Karathu memanggil semula untuk sesi latihan untuk perlawanan penting menentang Terengganu 6-June dan 11-June nanti. Semestinya semua pemain akan melepaskan penat sepuas-puasnya selepas jadual perlawanan yang begitu ketat sebelum ini.

Sesi latihan kali ini seperti biasa walaupun dengan ketiadaan 3 pemain utama The Red Warriors iaitu Mat Yo, Chanturu dan Farisham yang ketika ini dipanggil untuk menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan. Biarpun dengan ketiadaan mereka, Datuk M Karathu masih lagi positif dan berkeyakinan untuk menundukkan Terengganu nanti. Itulah yang kita mahukan. Dengan ruang yang ada sebelum ini, Datuk M Karathu telah memanfaatkan sebaik mungkin untuk mencongak strategi Irfan Bakti. Kalah menang lain cerita, janji kita buat yang terbaik untuk menjulang Piala.

Kita sebenarnya berada di landasan yang paling baik berbanding Terengganu biarpun pelbagai undian memilih mereka untuk menjulang piala pada tahun ini. Sokongan padu kita teruskan selagi ada masa. Kalah dan menang adat perlawanan. Kita kena terima seadanya. Namun agak susah bagi kita untuk terima kekalahan. Itulah semangat pejuang yang sejati.. Pantang berundur selagi perjuangan belum berakhir..

Berkunjung ke stadium Terengganu 6-June nanti, pastinya stadium akan dipenuhi lautan putih. Diharap semangat juang The Red Warriors tidakkan luntur berhadapan dengan situasi itu nanti. Selamat berjuang...

Wednesday, June 1, 2011

Terengganu Bakal ke Eropah, Kelantan?

Mengulas laporan Kosmo pada hari ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan ganjaran besar yang bakal dimiliki oleh pemain Terengganu sekiranya berjaya merampas 2 buah piala yang turut diidamkan Kelantan. Terengganu bakal disajikan dengan lawatan ke negara-negara Eropah sekiranya berjaya menewaskan Kelantan dalam Final Piala FA dan Liga Super 2011 nanti.

Ganjaran tersebut pasti akan menaikkan lagi semangat pemain Terengganu untuk memenangi 2 buah piala besar tersebut. Inilah politik bola sepak tanah air yang sentiasa berlaku apabila berada di saat genting. Apa-apa pun, tahniah kepada Terengganu. Kita hormati matlamat dan semangat perjuangan mereka untuk menjulang Piala FA dan Liga Super.

Jika Akhir Piala Malaysia, pemain Kelantan dihadiahkan dengan lawatan umrah ke Mekah, bagaimana pula dengan tahun ini? Masih dalam tanda tanya. Ada ke tidak? Pastinya ada akan tetapi masih dirahsiakan.. Itulah yang menjadi tanda tanya. Pihak pengurusan pastinya akan berbuat sesuatu untuk memastikan piala milik kita. Bukan sahaja ganjaran kepada pemain, malah kepada peminat setia yang selama ini tidak pernah jemu menyokong pasukan kesayangan, The Red Warriors.

Dengan harapan dan matlamat yang jelas, tinggal hari perlawanan sahaja untuk kedua-dua pasukan bermain mati-matian. Aksi perlawanan berkualiti dan kekuatan sebenar akan dapat disaksikan pada malam perlawanan akhir nanti. Sama-samalah kita doakan pasukan kesayangan kita berjaya membawa pulang piala ke tanah air, Kelate kito...

Sunday, May 29, 2011

Teka Teki Juara Liga Super 2011

Update dari post sebelum ini, Kelantan berpeluang cerah untuk menjulang Piala Liga Super 2011 jika berjaya menewaskan Terengganu 6-June nanti. Kemenangan ke atas Pahang 28-May lalu dan kekalahan Terengganu kepada Kedah memberi peluang yang cerah kepada Kelantan untuk mengungguli Liga Super. Namun dengan hanya berbaki 3 perlawanan sahaja lagi, 3 pasukan teratas perlu berhati-hati. Ketika ini,Kelantan berada di tangga teratas berkongsi mata dengan Terengganu diiukti oleh Selangor. Apa yang pasti, sebarang kekalahan dalam baki 3 perlawanan nanti pasti akan mengundang padah.

Piya bangkit menyelamatkan Kelantan daripada diaibkan lagi Pahang dengan menjaringkan satu-satunya gol pada minit ke-12. Kekalahan Kelantan kepada T-Team nyata memberi impak apabila bilangan penyokong yang berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV semakin berkurang.




Inilah yang kita tidak mahu. Seperti apa yang telah berlaku kepada Selangor, sejak kekalahan berturut,stadium mereka hanya dipenuhi oleh 300 orang penyokong sahaja. Apakah ini bakal berlaku kepada Kelantan nanti?

Bola itu bulat, ada jatuh dan bangunnya. Namun penyokong kita tidak harus disamakan dengan penyokong kelab luar negara. Jangan sekali dibandingkan. Dan jangan sesekali menyalahkan penyokong jika ia betul2 terjadi. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan? Bukan mudah untuk memenangi hati penyokong..

Walaubagaimanapun, Kelantan tetap berada di landasan terbaik untuk menjulang 2 piala. Terengganu lah yang menjadi penghalang. Tidak ada cara lain kecuali menang..

Gomo The Red Warriors Gomo!

Dikir Gulai Ikan (Ike) Puyu

Tengah2 puas, kawe duk search YouTube, kawe dengarlah lagu Dikir Gulai Ike Puyu, nyanyian asal oleh Faridah Bobby. Ore alik siam rasonya.. Duk perhati ko lirik lagu, baru kawe teringat lirik lagu dia ado kaitae denge post kawe sebelum ni.. Video Baloh Denge Bini.. Buleh Klik Sini kalu nok tengok video 2 balik..

Video 2 dibuat berdasarkan lagu Gulai Ike Puyu.. Pada anggapan kawe, mungkin la selalu terjadi pergaduhan antara tok laki denge bini pasal ike puyu.. Tok laki wak kelik ike puyu nok make singge, bini gi gulai.. Pah 2 baloh gege..

Lagu ni jugok kawe dengar sokmo dale TRW FM. Selalu jugokla dio duk ule.. Lagu nostalgia, payoh nok dengar live ore tino nyanyi supo dia.. Walaupun lirik mungkin x betul jale sikit, tapi bulehla.. Loni lagu dikir barat ore tino nyanyi, lebih kepada artis indon.. Dangdut n goyang jah lebih, tapi lagu biaso jah.. Sedak dengar mp3, tapi video mungkin terlebih.. Ni pandange kawe..

Gapo2 pun, 2 hak masing2.. Ore kato kubur masing2.. Satu hari penyanyi 2 akae sedar jugok.. Lagu Dikir Gulai Ikan Puyu embed dari Youtube:



Saturday, May 28, 2011

TheRedWarriors Kembali ke Puncak

Alhamdulillah.. Syukur kita kerana masih lagi diberi peluang untuk menerajui Liga Super 2011 setelah mengatasi Pahang 1 0 malam ni.. Kemenangan ini pula dibantu oleh kekalahan mengejut Terengganu kepada Kedah 0 1. Sekali gus memberi peluang kepada Kelantan untuk berada di tangga teratas liga dengan berkongsi mata dengan Terengganu dengan kelebihan jaringan..

Sebelum ni ramai yang kecewa apabila rekod tanpa kalah Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV lebur ditangan Terengganu. Namun Tan Sri Seri Anuar Musa berjaya meredakan kemarahan penyokong TheRedWarriors melalui post ringkas nya dalam ruangannya dalam FaceBook.

Menurut Tan Sri, Kelantan sebenarnya tidak menyasarkan pingat yang besar dalam musim ini memandangkan liku-liku yang terpaksa dilalui sejak permulaan musim lagi. Perancangan awal Kelantan berterabur apabila 3 tunggak utama Kelantan berhijrah secara mengejut ke pasukan lain, termasuklah T-Team yang mengalahkan Kelantan sebelum ini. Strategi awal Kelantan agak lari. Walaubagaimanapun, atas sokongan penuh pemain n para Penyokong fanatik Kelantan, kita masih lagi unggul di persada Liga Super dan Piala FA. Menurut Tan Sri lagi, tahun ni sebenarnya kita hanyalah menyasarkan 4 kedudukan terbaik sahaja. Jadi apa yang kita capai sekarang sudah pun melebihi target. Kredit kepada semua. Target kita realistik, malah untuk memenangi 2 Piala dalam masa terdekat ni juga tidak mustahil.

Semangat inilah yang kita mahukan.. Kekalahan bukan bermakna kita tidak boleh bangkit. Pemain2 juga bersemangat untuk memberikan kepada kita. Sebolehnya janganlah kita melemparkan tuduhan seperti rasuah dan sebagainya kepada mereka. Ia bagaikan fitnah yang takkan terhapus dosa. Namun, sebolehnya Kelantan janganlah tewas lagi. Agak perit untuk menerima kekalahan lebih2 lagi beraksi di gelanggang sendiri..

Sama-samalah kita doakan kejayaan The Red Warriors. Kejayaan malam ni sebagai pembakar semangat untuk perlawanan akan datang, Kelantan vs Terengganu pada 6 June sebelum Kelantan berhadapan sekali lagi dengan Terengganu di aksi perlawanan Akhir Piala FA 2011 pada 11 June nanti..

Kelate Terbaik! TheRedWarriors Terbaik!

Friday, May 27, 2011

Hari Guru dan Peranan Guru

Seperti biasa, tiap kali Jumaat, kawe akae update n kongsikan Khutbah Jumaat hok kawe dengar sebagai ingatan n x lupa sapa bila2.. InsyaAllah..

Hari ni khutbah Jumaat bertajuk Hari Guru dan Peranan Guru. Khas sempena Hari Guru Malaysia, khutbah dibacakan untuk menghargai jasa guru dan peranan guru dalam membangunkan masyarakat dan ekonomi negara.

Terlebih dahulu, masih tidak terlambat rasanya untuk kawe sendiri ucapkan selamat hari guru, khas buat guru2 dari pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Jasamu guru tiada bandingannya.. Sampai bila2 ia tak kan pernah padam.

Dalam khutbah kira2 setengah jam tadi, khatib menegaskan bahawa guru adalah pemimpin sekalian umat islam. Mereka mengajar dan mendidik kita semua dari tidak tahu apa-apa sehinggalah kita kini bergelar dengan gelaran macam-macam. Tidak kan lahir doktor, professor, penyelidik, pakar kewangan, golongan profesional tanpa hadirnya seorang guru. Bayangkan betapa besarnya tanggungjawab dan pengorbanan seorang guru. Tidak pernah habis jika ingin disebut jasa guru. Kita semua pun sedar akan peranan dan kepentingan mereka dalam organisasi masyarakat.

Namun tanggungjawab dan peranan guru dalam membentuk sahsiah individu masih perlu dipersoalkan juga. Bukan dari segi jasa dan pengorbanan. Itu tidak dapat dinafikan lagi. Isu yang timbul ialah pelengkap kepada ajaran wajib dan ajaran tersebut.

Ambil artikel ini sebagai contoh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Digariskan dalam islam, pemimpinlah yang mencorakkan masyarakat. Apa yang pemimpin buat dan gariskan akan menjadi ikutan pengikutnya. Begitu juga guru. Akhlak guru itu sendiri penting untuk jadi ikutan para pelajar. Secara ringkas, guru mestilah mempunyai ciri-ciri yang berikut sebelum mereka layak untuk mengajar para pelajar..

1. Seorang yang beriman, menghambakan diri kepada Allah
2. Tiada ciri2 lain selain di atas

Jika disebut pasal seorang yang beriman, mungkin lebih panjang. Sebagai kesimpulan, kita kembali pula kepada rukun iman yang enam..

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Sempurnalah ciri-ciri seorang guru, jadi lahirlah insan yang sepatutnya. Bagaimana pula dengan ciri-ciri guru yang ada sekarang? Tepuklah dada, tanyalah selera..

Sekalipun tiada seorang pun hamba Allah yang dilahirkan di atas muka bumi ini sempurna kecuali para Nabi yang dilindungi Allah, sebaik2nya coraklah pelajar dengan sebaik-baiknya. Para pelajar khususnya yang berumur 20 tahun ke bawah masih mentah dan mudah dibentuk. Bentuklah mereka ke jalan yang betul. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan guru-guru kami dunia dan akhirat..

Jasamu guru tetap dikenang sehingga ke akhir hayat.. Perananmu guru tiada ternilai untuk melahirkan generasi yang cerdik pandai, yang bakal memimpin keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Masa depan negara terletak dalam tangan mereka.. Disitulah puncanya..

Wednesday, May 25, 2011

Tersungkur di Tangan T-Team

Rekod tanpa kalah di gelanggang Stadium Sultan Muhammad ke-IV, hancur lebur di tangan T-Team. Apakah sudah terjadi? Kelantan gagal mempertahankan kekebalan di gelanggan sendiri sehingga akhir Liga Super 2011. Jelas kecewa dan tidak puas hati dengan corak permainan. Apakah punca disebalik kejadian? Kajian serta merta perlu dibuat.

Jika sebelum ini Kelantan hampir kalah melawan Harimau Muda namun gol saat akhir Mat Yo dapat menyelamatkan. Kelantan pulang membawa 1 mata. Keletihan mungkin dijadikan alasan tapi alasan sepatutnya tidak dicari. Punca mesti di atasi lebih awal berbanding menyesali kekalahan. Jika dah terjatuh selepas tersepak batu, sakit saja yang kita dapat. Adalah lebih baik untuk berjalan dan memerhatikan batu di hadapan. Persiapan mesti cukup.

Itu pengajaran untuk Kelantan malam ini. Tewas di stadium sendiri mengundang marah penyokong setia. Jika Terengganu dapat membelasah Pahang 5 0, kenapa tidak Kelantan. Lagi sekali perbandingan tidak sepatutnya dibuat. Akan tetapi, kita mesti meletakkan kayu ukur jika betul2 target pada kemenangan.

Pepatah orang putih, "do your work but always watch the scoreboard". Fikir-fikirkan..

Tapi sudah adat dalam permainan, ada kalah, ada menang. Sesiapa pun tidak terkecuali. Untuk menyedapkan hati, bukan rezeki kita malam ni. Diharap penyokong kita dapat bersabar walaupun kawe sendiri pun rasa panas. Kecewa!!! Kekalahan begini tidak dapat diterima. Apatah lagi penyokong yang berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Tamparan lebih hebat pastinya kepada ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu.Beliau semestinya sudah tahu risiko sebagai jurulatih Kelantan..

Untuk perlawanan seterusnya, diharap Kelate dapat menang. Jika kalah lagi nescaya marah penyokong tidak mungkin dapat dikawal..

Menang kami sanjung, seri kami junjung, kalah kami penkong? Pesanan kepada penyokong, jangan buat begini. Sepertimana kita aibkan orang, bagaimana mereka rasa? Begitu juga kita.. Belajar menerima kekalahan sekali sekala..

Acid Splasher aka Penyimbah Asid

Quick share: Tadi kawe dapat email ore duk forward2, lepah 2 ado link dale surat khabar TheStar, loni kecoh di KL pasal acid splasher aka penyimbah asid yang bertujuan merompak dan menyusahkan hidup ore lain. Sapa semo ore x kiro tino ko jate, takut blako denge pengganas hok masih berleluasa n menjadi-jadi.

Kalu ikut pado gapo hok ditulis, penjenayah 2 ore India. Tengok gambarla, tapi kawe xdok pulok gambar dia. Naik muto Honda EX5.. Strategi penjenayah:

1. Lempar telor ayam/ itik/ angsa/ cat/ air/ car dan sebagainya (cecair) ke cermin kereta
2. Pemandu kereta akan berhenti untuk cuci cermin kereta yang kena simbah
3. Penjenayah tadi akan datang balik dan simbah asid

Sama-sama kita doakan penjenayah 2 dilaknat Allah. Tidak wajar untuk hidup dibumi ni kalu nk cari duit ikut cara 2.. Berdasarkan artikel 2, setakat ni 21 ore dah hok jadi mangsa. Sebaiknya khas kepada pemandu kereta (sesape naik muto, jalan kaki) kenala hati-hati. Penjenayah ni kejam.. Kenala berwaspada..

Tips mungkin buleh diamalkan untuk mengatasi:

- Jange buka cermin kereta semasa memandu
- Jange berhenti and pedulikan jika ada orang lain ketuk cermin/ sekat untuk berhenti
- Jika kena simbah cat ke apa-apa, jangan berhenti.. Teruskan memandu kalau boleh tuju ke arah balai polis
- Sentiasa berdoa meminta perlindungan daripada orang-orang yang zalim

Pihak polis dan berwajib sudah mengambil tindakan dengan mengenakan peraturan kepada penjualan asid selain daripada memantau dan mengesan penjenayah terlibat.. Kes ini tidak terhad sahaja kepada jenayah samun malah sekarang ini menjadi trend yang paling menakutkan. Rompak di rumah pun simbah asid, kes rumah tangga simbah asid, marah anak simbah asid, percintaan pun main asid, macam-macam.. Semakin membimbangkan.. Hukuman seberat-beratnya mesti dijatuhkan tanpa belas kasihan kepada mereka yang tidak berhati perut terbabit..

Hok penting, jange lepah ni ado hok masuk stadium bowok asid.. Nauuzubillah.. Mitok2 jauh..

Beringat kita sebelum kena.. Sediakan payung sebelum hujan.. Sesungguhnya malang itu tidak pernah berbau..

Penaja Baru Terengganu (Top IT)

Perlawanan akhir Piala FA masih belum bermula, Terengganu sudah pun mendapat penaja baru daripada sebuah syarikat komputer milik kerajaan negeri mereka, Top IT. Terengganu yang diwawarkan bakal menjulang dua buah Piala musim ini iaitu Piala FA dan Liga Super, semakin mencuri tumpuan selepas mencatatkan kemenangan demi kemenangan berbanding Kelantan yang ketika ini masih tetap unggul di puncak liga.

Mungkin berita-berita yang disiarkan bertujuan sedikit sebanyak menjatuhkan moral pemain dan penyokong Kelantan, namun kita tidak pernah gentar dengan khabar angin tersebut. Kelantan juga berada di landasan terbaik untuk merangkul kedua-dua Piala, tidak ada bezanya. Mungkin yang menjadi tanda tanya ialah keputusan seri Kelantan lawan Harimau Muda baru-baru ini dan perlawanan akan datang Kelantan yang bakal berhadapan dengan Team yang agak kuat seperti T-Team, Pahang dan Terengganu sendiri sebelum beraksi di Final Piala FA.

Pastinya pasukan lain juga tidak senang dengan aksi cemerlang Kelantan akan bermain habis-habisan untuk mengikat Kelantan, kita perlu berhati-hati. Situasi sukar memang tidak dapat dinafikan. Dengan permainan yang berbaki sedikit saja lagi, Kelantan tidak boleh tewas. Itulah cabaran yang paling mencabar perlu dihadapi oleh pemain Kelantan.

Jika dibandingkan dengan penaja, Kelantan sudah penuh dengan tajaan. Jersi Kelantan sudah penuh dengan lambang-lambang penaja segenap ruang. Bukan berlagak, tapi sebenarnya kita tidak ada masalah n isu dengan soal tajaan. Ketika ini, barisan Penaja Kelantan adalah:

1. Happy (Penaja Utama)
2. Sinar Harian
3. Al-Jabbar Group
4. Yusmira Trading
5. Al-Hamra Group
6. UMBRO
7. TRW Station

Jadi soal tajaan memang kita tidak mengalami masalah berbanding pasukan lain, kita yang terbaik. Kelebihan juga kepada Kelantan yang mempunyai penyokong yang tidak dapat ditemui dari mana-mana pasukan. Dari permulaan Liga, stadium terutamanya Stadium Sultan Muhammad ke-IV tidak pernah lekang dengan ribuan penyokong. Begitu juga jika Kelantan bermain di mana-mana stadium sekalipun.

Penaja Pasukan Kelantan Ramai, Penyokong Pasukan Kelantan lagi Ramai..
Ramai-ramai kito GOMO!

Monday, May 23, 2011

Kesilapan Teknikal - SERI (Kelantan vs Harimau Muda)

Kawe baru balik kijo, xdan nok update.. Rupa2nya game semale adalah seri, bukan menang seperti post sebelum ni. Kekeliruan timbul sebab kawe xtgk live bola semale, dapat update dari DJ TRW FM, DJ Miss semale.. Lepah 2 seperti di update oleh widget dari soccerway.com, Kelate mene 3-2. Sebaliknya Kelantan seri 2 sama dengan Harimau Muda semalam.

Kekeliruan timbul gara-gara Astro arena membuat kesilapan mengumumkan kemenangan kepada Kelantan. Kesilapan ini juga mengundang kata-kata yang tidak baik dan kesat dilemparkan oleh penyokong The Red Warriors kepada DJ Miss semale. Kawe dengar, DJ Miss update berdasarkan keputusan online. Begitu jugok kawe. Mati-mati ingat Kelate mene..

Diharap kesilapan begini tidak akan berlaku lagi lepas ni. Ia mengundang padah dan memalukan orang yang membuat liputan seperti DJ Miss. Selain tu, ia juga mengundang kekecewaan dan secara jelas memberi bekas kepada tahap efisyen pihak media, khususnya Astro saluran berbayar. Perkara begini mesti dielak.. Memang benar manusia selalu melakukan kesilapan, tapi kesilapan ini seharusnya dielak. Bagaimana kalau ia terjadi dalam satu pertandingan yang lebih gempak dan lebih besar? Apa jua rancangan yang berprestij, pasti kecoh...

Berbalik kepada perlawanan male tadi, Kelate masih bernasib baik walaupun sekadar seri dengan Harimau Muda. Dengan kelebihan jaringan, Kelate masih berada di puncak Liga Super 2011 diikuti oleh Terengganu ditempat kedua. Tapi awas, selepas ini Kelantan akan berhadapan dengan Team yang lebih kuat. Sebarang kesilapan akan mengundang padah.

Perlawanan semale juga turut dicemari dengan perangai tidak berapa senonoh penonton fanatik Kelantan. Balingan botol terhadap Mat Yo semasa Mat Yo menjaringkan gol sangat-sangat tidak patut. Kenapa mesti begitu? Dimanakah sokongan kita yang sebenarnya? Hebat sangatkan pembaling botol tersebut sehingga berani membaling botol? Adalah sangat2 disarankan kepada pembaling2 botol, anda turun tunjukkan muka ke padang, baling sepuas2nya.. Kita tengok apa akan jadi. Sifat yang amat ditegah dalam agama kita sendiri, tidak perlulah kita melepaskan rasa tidak puas hati dan marah dengan melakukan perkara yang tidak patut. Bukankah agama kita mengajar bagaimana melepaskan kemarahan? Jika marah, ambik wuduk. Jika berdiri kena duduk. Mengucap.. Berdoa.. Itu lebih baik.. Perbuatan tidak senonoh bukan saja mengundang bahaya kepada orang lain malah menjatuhkan lagi semangat pemain The Red Warriors. Malu, sungguh memalukan.

Diharap tidak ada lagi kejadian yang sebegini. Untuk imbas kembali game semale, saksikan video yang diupload di Youtube oleh EPLSoker. Terima kasih...







Kelantan 2
Harimau Muda 2

S Chanturu [M-33]
Norshahrul Idlan Talaha [M-86]

Tarikh: 22-May-2011
Stadium: Stadium MBPJ, Petaling Jaya (Away)