Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Tuesday, January 31, 2012

Kelantan vs Malaysia (Skuad Senior Kebangsaan)

Laporan MyLaunchPad Sport

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal mahu skuad kendalian tidak memandang rendah keupayaan Kelantan dalam perlawanan persahabatan, dengan peluang terbaik menguji pemain muda.

Kemampuan Kelantan yang sedang menghuni tangga teratas Liga Super musim 2012, menandakan pasukan itu tidak boleh dipandang rendah meskipun sekadar perlawanan persahabatan.
Apatah lagi kelantan bakal memperkuatkan dengan pemain import mereka yang semakin menemui rentak selepas selepas permulaan hambar.

Hal itu diakui Rajagobal yang selalu memantau perkembangan bola sepak negara, namun percaya pemainnya mampu mempamerkan kebolehan mereka selaku pasukan kebangsaan.
"Yang penting bagi saya adalah untuk memberi ruang kepada pemain kebangsaan mempameran aksi mereka. Kita tahu, Kelantan adalah pasukan yang baik, jadi ini adalah peluang terbaik untuk pemain muda.

"Kita akan meletakkan pemain baru dan cuba mengenalpasti posisi mana yang patut diberikan,"katanya.

Skuad kebangsaan akan turun menentang Kelantan pada Rabu ini di Stadium Bukit Jalil.

>> Dalam pada itu, menurut laporan akhbar tempatan, Mat Yo komited untuk menjaringkan gol untuk skuad kebangsaan walaupun terpaksa mengecewakan skuad The Red Warriors yang tersayang.. Apapun, ini hanyalah perlawanan persahabatan. Mungkin timbul juga persoalan kepentingan negeri atau negara. Namun jika Kelantan menang, bolehkah kita katakan skuad Kelantan lebih baik daripada skuad Kebangsaan Malaysia?

Gomo Kelate Gomo!!!

Saturday, January 28, 2012

Keputusan Kelantan vs Kuala Lumpur (KL) 3-0, Game 5 Liga Super 2012

Kelantan makin mengganas apabila menumbangkan Kuala Lumpur sekali lagi dengan penuh bergaya dengan jaringan 3 biji gol tidak berbalas. Seperti preview sebelum ini, Kelantan dari awal dijangka tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk menjinakkan KL di laman sendiri..

Sedikit ulasan ringkas game malam ini, Kelantan memiliki banyak peluang keemasan pada separuh masa pertama namun seperti perlawanan yang lalu, Kelantan gagal menghadiahkan gol awal kepada ribuan penyokong yang memenuhi stadium pada malam ini. Ia bukan sesuatu yang tidak baik namun adalah lebih baik jika Kelantan berjaya mendapatkan gol kerana ia membuktikan bahawa Kelantan cepat membaca rentak perlawanan dan bijak mengatur pergerakkan. Walaubagaimanapun gol pertama Kelantan hadir pada separuh masa kedua.

Penyerang berbisa The Red Warriors, Mat Yo bijak menyudahkan hantaran daripada Indra untuk mendahului Kuala Lumpur 1-0. Gol kedua pula dijaringkan oleh Kapten Piya manakala gol ketiga dijaringkan oleh Mat Nawi atau Dennis Antwi yang dibawa masuk menggantikan Ghaddar. Dengan 3 jaringan tersebut Kelantan kekal unggul menerajui Liga Super diikut rapat oleh Terengganu dan Perak.

Ghaddar yang sebelum ini berjanji untuk menghapuskan badi beliau masih gagal membuktikan ketajaman penyudah yang dijanjikan. Mungkin sedikit masa lagi perlu diberikan untuk kenalpasti kelemahan beliau selain mencari keserasian bersama Mat Yo. Sebaliknya Mat Nawi pula semakin selesa bersama Kelantan biarpun sebelum ini aksi beliau lebih teruk berbanding Ghaddar. Syabas Antwi! Antwi yang sekarang ini berumur 19 tahun mempunyai masa depan cerah jika beliau mampu mengekalkan prestasi + meningkatkan lagi kebolehan beliau.

Seterusnya Kelantan akan berangkat ke negeri bawah bayu untuk berentap dengan Sabah pada 8-Feb jam 8.15 Malam.. Sama-sama kita doakan kemenangan Kelantan The Red Warriors!

Friday, January 27, 2012

Stadium Baru Kelantan "THE FORTRESS"

Sudah tersebar luas, The Fortress - Home of The Red Warriors. Siapa lagi tidak tahu???

Stadium yang jika dinilai pada reka bentuk dan design yang sangat moden hasil lawatan TSAM ke Eropah merupakan stadium terbaik yang akan didirikan di Kelantan Darul Naim. Bakal mengatasi rekabentuk stadium yang sedia ada di negeri lain ketika ini, The Fortress, Stadium Baru Kelantan akan menjadi satu lakaran sejarah selain mampu menjadi tarikan pelancong negeri/ negara luar selepas ini.

Berdasarkan desas-desus yang sungguh dahsyat ketika ini, Stadium Baru Kelantan itu juga cukup istimewa apabila akan menampilkan ciri-ciri yang unik membezakan The Fortress dengan stadium di Negeri lain. Antara ciri-ciri yang diperkatakan ialah:

Nama: Stadium Sultan Muhammad V
Gelaran: The Fortress (KUBU)

Konsep: Eropah/ Antarabangsa
Tempat: Tunjung, Kota Bharu, Kelantan
Warna: Merah Putih
Kapasiti: 40 ribu orang
Tempat Duduk: Individu/ Bernombor/ Berbumbung
Dinding: Tembus cahaya
Trek/ Balapan: Tiada
Parking: Banyak/ Pelbagai kenderaan (kereta/ bas/ motosikal/ etc)
Zon Penyokong: Pecah ikut zon (Keluarga dan Wanita/ Fanatik Fans/ Kurang Upaya/...) - cadangan ramai

Antara tiga keping gambar The Fortress yang diupload oleh TSAM dalam FB beliau adalah seperti berikut:

Stadium Baru Kelantan - Stadium Sultan Muhammad V - The Fortress
Pandangan Atas

Stadium Baru Kelantan - Stadium Sultan Muhammad V - The Fortress
Pandangan Depan

Stadium Baru Kelantan - Stadium Sultan Muhammad V - The Fortress
Padang dan Tempat Duduk Penyokong

Walaubagaimanapun, segalanya masih dalam peringkat perbincangan (dalam kertas kerja) dan dikatakan sudah pun memasuki FASA TERAKHIR. Projek Stadium Baru Kelantan dijangka akan dimulakan sebaik sahaja mendapat lampu hijau daripada PM. Progress sebenar hendaklah dirujuk kepada TSAM kita..

InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar, impian rakyat Kelantan yang menggunung akan tercapai. Jasa baik semua pihak yang terlibat tidak kira lah mana-mana parti sekali pun sangat dihargai.. Tiada politik diharapkan dalam mementingkan kehendak, keperluan dan kemahuan rakyat. Sama-sama kita doakan semoga Stadium Baru Kelantan, Stadium Sultan Muhammad V dengan gelaran The Fortress menjadi kenyataan. InsyaAllah..

Gomo Kelate Gomo!

Sumber: FB TSAM

Preview - Kelantan vs Kuala Lumpur, Game 5 Liga Super 2012

Ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler optimis Kelantan mampu mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam ini menentang pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur. Berdasarkan prestasi semasa pemain, Kelantan tidak berdepan dengan sebagai masalah untuk menjinakkan Kuala Lumpur di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu..

Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu anak-anak buahnya mengambil sikap pandang rendah terhadap Kuala Lumpur yang pastinya akan turun untuk mendapatkan sekurang-kurangnya mendapat 1 mata disamping mengaibkan Kelantan di gelanggang sendiri. Tempoh rehat seminggu nyata membolehkan pemain The Red Warriors cukup rehat dan lebih bersedia untuk melakar kemenangan yang seterusnya..

Kali ini juga, penyerang import sensasi Kelantan, Ghaddar juga berjanji akan meledakkan gol untuk membantu Kelantan agar terus meneraju Kelantan disamping menghapuskan badi ke atas dirinya yang setakat ini digelar hero sepakan penalti. Dalam 4 perlawanan berlalu, Ghaddar hanya mampu menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika menentang pasukan Lion Singapura (perlawanan pertama) dan Kedah minggu lepas..

Mat Yo seperti biasa juga diharapkan mampu menjaringkan gol dan menambah koleksi jaringan peribadi beliau. Selain itu, pemain-pemain lain musim ini yang masih dahagakan gol ialah Indra Putra, kapten Piya, Farhan, Antwi dan juga pemain-pemain mantap musim lalu seperti Nurul Azwan Roya, S Chanturu, Shakir, Ramzul... Mereka pasti akan berbuat sesuatu jika diturunkan dalam kesebelasan utama pada malam ini..

Kelebihan pemain yang masing-masing optimis menjaringkan gol, Kelantan semestinya berada dalam landasan terbaik untuk mempertahankan Liga Super 2012.. Sama-sama kita doakan kejayaan The Red Warriors..

Gomo Kelate Gomo!!

Saturday, January 21, 2012

Video Jaringan Gol Kelantan vs Kedah 3-0

Video Jaringan 1 - Penalti Ghaddar



Video Jaringan 2 - Gol Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo)



Video Jaringan 3 - Gol Dennis Antwi



Terima kasih EPLSoker
Gomo Kelate Gomo!!!!!!!

Kelantan vs Kedah 3-0, Game 4 Liga Super 2012

Kelantan menang bergaya apabila menewaskan Kedah di laman sendiri di Stadium Darul Aman dengan jaringan 3 gol tidak berbalas. Gol pertama dijaringkan oleh Muhammad Ghaddar melalui sepakan penalti apabila Mat Yo hampir sahaja menjaringkan gol pertama tetapi dijatuhkan oleh pertahanan Kedah.. Sepakan tersebut disempurnakan sepenuhnya menyebabkan semangat Kedah menurun sepanjang separuh masa pertama..

Walaubagimanapun, Kedah kembali bangkit pada masa kedua dengan melancarkan serangan bertali arus ke gol Kelantan namun pertahanan Kelantan yang kebal semalam menggagalkan hasrat skuad kenari. Mereka tidak berputus asa dan meneruskan serangan sehingga memaksa Apek bekerja keras untuk memastikan pintu gol Kelantan tidak dibolosi. Apek seperti biasa bertindak cemerlang dengan menyelamatkan serangan berbahaya yang dilancarkan oleh Muhymeen dan juga Badrol.

Kelantan hilang rentak dilihat gagal mengawal perlawanan malah mengikut rentak Kedah. Tiada serangan berbahaya dilakukan malah Kelantan juga dilihat bersahaja dan tenang menghadapi serangan pantas Kedah. Situasi kembali berubah apabila Antwi dimasukkan menggantikan Ghaddar.. Malam ini Antwi beraksi cemerlang apabila mampu menewaskan 3 pertahanan Kedah dan memberi hantaran cantik kepada Mat Yo yang tidak dikawal. Peluang tersebut dimanfaat sepenuhnya oleh penyerang berbisa Kelantan dan berjaya menghasilkan jaringan kedua..

Kedah semakin parah apabila dilihat semakin tidak bertenaga walaupun penyerang import mereka dimasukkan. Kecuaian Kedah dihukum sebelum wisel penamat apabila Antwi berusaha untuk mencabar Helmi dan seterusnya mendapat jaringan ketiga..

Tahniah The Red Warriors.. Hampir 200 penyokong setia Kelantan bersorak gembira dengan kemenangan bergaya semalam..

Walaubagaimanapun perlawanan semalam tercemar apabila 3 kejadian yang tidak diingin berlaku..

1. Lampu limpah terpadam
2 & 3. Pemain Kedah bertindak tidak professional apabila bertindak menjatuhkan Ghaddar dan memijak belakang beliau..

Diharap pengadil juga akan membuka mata mereka dan lebih waras dalam menjatuhkan hukuman. Tidakan demikian adalah tidak patut dilakukan.. Mereka beraksi seolah-olah bermain di kampung-kampung dan perlu juga diingat, aksi tersebut bakal juga mencemarkan nama negara Malaysia kita sendiri. FAM perlu lakukan sesuatu. Alangkah baiknya jika Ghaddar sendiri bangkit untuk menyaman pemain Kedah..

Apapun, diharap aksi kotor demikian tidak berlaku lagi dimasa akan datang. Tahniah The Red Warriors. Teruskan aksi cemerlang..

Perlawanan seterusnya Kelantan akan bertemu dengan Kuala Lumpur pada 28-Jan-2012 jam 8.45 malam.

Gomo Kelate Gomo!!!

Thursday, January 19, 2012

Kijang Makin Serasi

Petikan dari Harian Metro:

KETUA Jurulatih Kelantan, Peter James Butler (gambar) puas hati dengan kemampuan pasukannya mengembalikan keyakinan penyokong selepas membenam Johor FC, 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Butler gembira dengan kemenangan itu dan yakin Kelantan akan terus mencatat kemenangan.

Katanya, biarpun masih lagi gementar khususnya di benteng pertahanan, pemain mampu membentuk kerjasama padu.

“Saya senang hati dengan tiga mata selain menggembirakan penyokong malah berharap pemain mengekalkan rentak permainan dan lebih mantap pada perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, penyerang Norshahrul Idlan Talaha menyifatkan kemenangan kelmarin adalah hasil usaha keras bersama rakan sepasukan yang membantunya mencari gol kemenangan.

Katanya, jaringan itu menguatkan azamnya untuk muncul penjaring terbanyak musim ini.

p/s: Rata-rata penyokong Kelantan bersetuju mengatakan prestasi pemain Kelantan setakat ini baru sahaja mencecah 30% berbanding tahun 2011. Jadi, perjalanan masih panjang dan sama-sama kita nantikan corak sebenar Kelantan apabila semua pemain sudah serasi, chemistry kuat dan kita akan mencipta kemenangan.. InsyaAllah..

Gomo KELATE Gomo!!!!!!!!

Tuesday, January 17, 2012

Kelantan vs Johor FC 2-1, Game 3 Liga Super 2012

Update ringkas.. Kelantan kembali bangkit dengan kemenangan 2-1 ke atas Johor FC. Dengan kemenangan tersebut, Kelantan kembali melonjak di tangga kedua Liga Super 2012 dengan 7 mata, berkogsi mata dengan T-Team namun dibezakan dengan jumlah jaringan gol..

Tiada jaringan berlaku dalam separuh masa pertama. Gol pertama hanya hadir dalam separuh masa kedua manakala gol kemenangan Kelantan hanya hadir dihujung separuh masa kedua. Walaupun agak lewat namun menang tetap menang. Perubahan dan keserasian pemain perlu lebih fokus untuk masa akan datang agar Kelantan kembali menerajui tahta liga.

Nantikan perlawanan seterusnya pada Jumaat ini, Kelantan vs Kedah live di Astro Arena jam 8.45 malam...

Gomo Kelate Gomo!

Friday, January 13, 2012

Kelantan vs PKNS Selangor 1-1, Game 2 Liga Super 2012

Serba serbi tidak menjadi!

Panas dan sungguh mengecewakan apabila menyaksikan aksi menghambarkan yang berturut-turut sejak Piala Sumbangsih tempoh hari. Apakah sebenarnya yang telah terjadi? Tamparan hebat seharusnya akan terasa bukan sahaja kepada penyokong setia The Red Warriors, bahkan kepada ketua jurulatih Kelantan, Peter Butler.

Jika perlawanan menentang PKNS, Kelantan yang di atas kertas dan dijangka mampu mencipta kejutan yang besar mencipta jaringan lebih daripada 3 gol disangkal oleh PKNS. Adakah pasukan PKNS yang bermain lebih baik untuk bertahan ataupun jentera serangan Kelantan tumpul? Seperti apa yang disajikan, tiada corak serangan yang menarik dan taktikal yang ditunjukkan cukup hampa.

Perasaan marah dan geram juga memang patut dilepaskan kerana ini bukan Kelantan yang sebenar. Jika sebelum ini Peter Butler cuba untuk memekakkan telinga dengan tidak mahu mengambil endah kritikan dan kutukan penyokong di lamab sosial dengan alasan mereka semua tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak, maka seharusnya beliau membuka mata dan telinga dan jangan cuba membandingkan pengalaman beliau yang lama jika tidak dapat membuktikan kecemerlangan di Kelantan, sekali lagi.

Memang kecacatan ketara dapat dilihat seolah-olah Kelantan yang dikatakan memiliki pemain-pemain yang berkaliber dan disegani tidak mampu untuk menewaskan malah hilang rentak sebenar meskipun beraksi di laman sendiri. Ini tidak pernah terjadi...

Tidak sanggup untuk melihat Kelantan diambang kejatuhan dan dicaci maki oleh penyokong Kelantan, pihak pengurusan Kelantan harus berbuat sesuatu yag drastik. Apakah perubahan yang bakal dibuat selepas ini?

Komen untuk Kelantan menentang PKNS, Subramaniam sejak 3 game terkahir dilihat begitu cuai dan leka dengan suka buang bola, main hantar sahaja, tidak fokus dan menyusahkan pemain lain. Syazwan pula dilihat suka kuda bola tetapi tidak pernah tepat mengenai sasaran, bola lambung yang sangat tinggi, yang selalunya menjadi punca serangan cepat PKNS. Antwi wajar diganti kerana masih gagal dan 3 perlawanan terakhir sudah cukup membuktikan bahawa beliau bukan seorang calon pilihan yang terbaik untuk menjaringkan gol ataupun membantu untuk menjaringkan gol.

Bukan untuk mengutuk di atas kegagalan, namun sumbangan kritikan yang membina adalah perlu untuk melihat Kelantan senantiasa maju dan gah di arena bola sepak Malaysia.

Manakala kehadiran Sultan Muhammad ke-IV yang agak lewat juga sedikit sebanyak mengganggu persediaan bola sepak pada malam ini. Beberapa kritikan sinis juga ada mengatakan bahawa tidak perlulah Baginda mencemar duli sekiranya memaksa perlawanan ditangguhkan. Memang tidak sedap didengar dan agak panas apabila ada orang menyebut hal tersebut di kedai makan, namun ada juga betulnya.. Terserah kepada pendapat dan individu masing-masing...

Nantikan perlawanan seterusnya, Kelantan vs Johor FC, skuad kendalian K. Devan jam 8.45 malam Selasa, 17-Jan-2012..

Gomo Kelate Gomo!

Thursday, January 12, 2012

Kelantan vs Singapore LIONS XII - Game 1 Liga Super 2012

Kelantan membuka tirai Liga Super 2012 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Singapore LIONSXII, 2-1 dalam perlawanan yang belangsung di Singapura 10-Jan lalu. Bangkit mahu membuktikan kehebatan dan menebus balik kekecewaan ketika tewas kepada Negeri Sembilan tempoh hari, Kelantan seharusnya diberikan pujian apabila mampu menewaskan pasukan tuan rumah selain terpaksa beraksi di atas padang rumput tiruan yang sekarang ini sering disebut-sebut sebagai punca seseorang pemain tidak dapat bermain dengan baik dan diluar kemampuan sebenar. Itulah alasan dan pelbagai lagi akan ada alasan jika tewas, lumrah dunia..

Walaubagaimanapun Kelantan masih tidak menunjukkan prestasi yang mampu meyakinkan peminat jika dinilai berdasarkan corak permainan menentang Persebaya dan Negeri Sembilan tempoh hari. Sungguh tidak seperti biasa dan seolah-olah gagal mengekalkan rentak cemerlang Kelantan 2 tahun lepas. Mungkin dengan adanya pemain import dan masalah komunikasi, ia sedikit banyak mempengaruhi corak keseluruhan permainan. Akan tetapi, alasan tetap alasan..

Tanggungjawab tersebut semestinya akan disandang penuh oleh ketua jurulatih Kelantan, Butler. Kritikan yang membina harus diberikan untuk melihat Kelantan terus berada di puncak sampai bila-bila. Jika Kelantan berani melaungkan saingan yang mantap untuk merampas segala piala pada tahun ini selain tidak akan kalah, maka Butler dan pengurusan Kelantan sudah tentu akan berbuat sesuatu.. Segala pastinya yang terbaik, sudah pasti. Kita tunggu dan lihat sahaja..

Tapi jangan juga kita lupa bahawa pasukan lain juga makin berbisa. Orang kata, jangan syok sendiri. Always watch the score board supaya kita sedar dan tahu plan dan strategi yang seterusnya.. Ini sudah pasti sudah diambil kira apabila TSAM juga mengumumkan penilaian pemain Kelantan adalah berdasarkan KPI. Jatuh bangun akan sentiasa dipersoalkan..

Untuk perlanwanan pertama Liga Super, Kelantan ketika ini berada di tangga kelima dengan 3 mata penuh tapi beza gol.. Masih terlalu awal walaubagaimanapun sekalung syabas dan tahniah kepada Kelantan kerana Singapura bukanlah lawan yang mudah..


Manakala keputusan pasukan lain adalah seperti berikut. T-Team masih garang walaupun tunggak mereka dulu, Indra, Azizi dan Farhan sudahpun menjadi milik Kelantan semula..


Seterusnya, kelantan bakal berjumpa pula dengan PKNS yang sebelum ini tewas kepada Johor FC, 0-1, esok Jumaat 13-Jan-2012 pukul 8.45 malam..


Gomo Kelate Gomo!