Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Sunday, March 4, 2012

Keputusan Kelantan vs Negeri Sembilan (N9) 2-1, Game 9 Liga Super 2012

Negeri Sembilan terpaksa akur dengan Kelantan yang tampak lebih menguasai permainan yang berlangsung di Kota Bharu pada malam ini. Kelantan yang turun tanpa Mat Yo dan Aziz nampak agak sedikit tempang, walaubagaimanapun Kelantan berjaya melancarkan serangan berbahaya ke pintu gol N9 sebaik sahaja wisel permulaan perlawanan ditiup oleh pengadil. Hasilnya Kelantan berjaya memecah badi kebuntuan untuk memperoleh gol dalam 30 minit pertama apabila Piya bijak menyudahkan peluang yang terhidang di minit kedua perlawanan. Rembatan kencang Piya terkena kaki pertahanan N9 dan memterjemahkannya kepada gol yang boleh dikatakan penyokong sendiri tidak bersedia untuk meraikannya.

Walaubagaimanapun corak perlawanan pada malam ini agak perlahanan. Ia mungkin taktikal yang diarah oleh barisan jurulatih Kelantan untuk mengelakkan kesilapan yang boleh membawa padah. Banyak juga hantaran tidak tepat dan lebih kurang 10 percubaan tepat hampir menerjah gawang N9. Farizal nyata beraksi cemerlang untuk menafikan serangan bertali arus The Red Warriors.

Ketiadaan Mat Yo jelas menunjukkan jentera serangan Kelantan begitu tumpul. Walaupun benteng pertahanan N9 dilihat agak rapuh dan kelam kabut, nyata jentera yang diketuai oleh Ramzul dan Farhan tidak menjadi. Nwoha yang masuk menggantikan Ramzul juga masih mencari rentak, beliau masih lagi tidak mampu untuk menyakinkan penyokong The Red Warriors.

Shakir Ali, wira Harimau Malaya yang menyelamatkan maruah skuad kebangsaan daripada tercalar sebelum ini bijak menanduk hantaran Owona di awal separuh masa kedua untuk mengimbangi Kelantan. Kemasukkan Alif yang nampak bekerja keras juga menggerakkan lagi jentera tengah mereka. Namun Kelantan tidak pernah berputus asa dan terus mengasak N9 walaupun terpaksa bermain dalam hujan. Keputusan penuh hampir sahaja seri namun ketika perlawanan tinggal seminit sahaja lagi, Kelantan berjaya bangkit untuk menundukkan ego N9 hasil jaringan Canturu berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil oleh Piya, ditanduk oleh Nwaneri tapi terkena palang. Nasib menyebelahi Kelantan apabila Shakir berjaya menghantar balik bola ke dalam kotak penalti.. Aksi kelam kabut dihadapan pintu gol dimanfaatkan oleh Canturu untuk menghadiah 3 mata penuh kepada The Red Warriors.

Ketika ini, Kelantan mengungguli Liga Super, diikuti rapat oleh Terengganu dan T-Team. Sejauh mana kemampuan Kelantan untuk mengekalkan kejuaraan, sama-samalah kita nantikan dalam aksi perlawanan yang akan datang.

Kemenangan malam ini bukan bermakna Kelantan bermain dengan baik. Secara keseluruhan banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tanpa Butler, Kelantan diharap dapat mengatur strategi baru bersama Bojan.. Jangan lupa aksi seterusnya, Kelantan bakal berentap dalam Piala AFC bersama pasukan terhebat di Asia.

Gomo Kelate Gomo!!!

No comments:

Post a Comment