Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Saturday, February 11, 2012

Keputusan Kelantan vs Terengganu 2-1, Game 7 Liga Super 2012

Aksi malam ini merupakan aksi paling menarik Kelantan beraksi sepanjang Liga Super musim ini, Kelantan menang bergaya dengan menundukkan Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu. Percaturan bijak Peter Butler yang membariskan pemain tempatan tanpa membariskan Ghaddar dan Mat Nawi nyata memberikan impak yang cukup berbeza. Inilah sekian lama aksi bermutu yang dinanti-nantikan.

Piya dan Indra memainkan peranan penting kerana dengan ketiadaan Ghaddar dan Mat Nawi jelas membolehkan beliau mengawal jentera tengah Kelantan dengan hantaran-hantaran yang cantik seperti mana musim yang lepas. Manakala kemasukkan Nurul Azwan Roya (favorite kawe) juga benar-benar membuatkan corak permainan Kelantan bertambah laju. Ini juga turut dibantu oleh Kelantan Ekspres, S Chanturu.

Manakala pemain import baru Kelantan, Obina juga menunjukkan aksi yang harus dipuji. Kehadiran beliau mengurangkan bebanan yang dipikul oleh Subra dan juga Khairul Fahmi tidak perlu bekerja keras. Selain itu, kehadiran beliau yang menjadi pada malam ini membolehkan Daudsu, Aziz, Indra dan Shakir naik lebih jauh kehadapan untuk membantu jentera serangan. Teknik bertahan yang terbaik adalah dengan menyerang dengan baik.

Tabik kepada penyerang berbisa ataupun pemain paling berharga Malaysia, Mat Yo kerana membuka jaringan pertama. Kelantan mempunyai banyak peluang terhidang namun rezeki tidak memihak kepada The Red Warriors. Walaubagaimanapun, kapten Piya yang terkenal dengan hantaran terbaik dan berbisa membantu meletakkan Kelantan 2 gol dihadapan hasil tandukan kedua selepas Indra yang menerjah gawang kiri untuk menewaskan Sharbini Alawi.

Apa yang jelas, corak permainan pada malam ini harus dikekalkan. Azwan Roya mendapat pujian daripada Peter Butler apabila beliau mendapat pujian dan senyuman lebar daripada Peter Butler ketika dikeluarkan digantikan dengan Ghaddar. Ghaddar yang masuk tidak sampai seminit dihadiahkan sepakan penalti, namun gagal disempurnakan. Mungkin masih bukan rezeki beliau. Keserasian Ghaddar bersama barisan tengah dan Mat Yo masih menjadi tanda tanya. Ini kerana barisan Kelantan sebenarnya tampak longgar dan lebih membuka peluang kepada pihak lawan apabila beliau ada. Piya dan Indra juga tenggelam. Nampak ada sesuatu yang tidak kena yang perlu diperhatikan oleh Peter Butler.

Kemenangan dan corak permainan pada malam ini harus dikekalkan untuk memastikan Kelantan gah menerajui tahta liga yang ketika ini disusuli rapat oleh Perak dan Terengganu. Syabas dan tahniah diucapkan di atas aksi cemerlang dan diharap dapat menghapuskan kritikan penyokong selepas ini. Kritikan adalah perlu namun jika tiada perubahan walaupun pelbagai kritikan dibuat, semua pihak KAFA, barisan jurulatih dan pemain wajar dipersoalkan.

Seterusnya Kelantan akan berjumpa dengan Selangor pada hari Selasa nanti jam 8.45 malam. Sama-sama kita nantikan kebangkitan The Red Warriors!

Gomo Kelate Gomo!

No comments:

Post a Comment