Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Wednesday, February 8, 2012

Keputusan Kelantan vs Sabah 0-0, Game 6 Liga Super 2012

Kelantan meneruskan rentak kekecewaan apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika bertandang ke Sabah pada aksi perlawanan ke-6 Liga Super 2012. Sebelum ini Kelantan dibelasah teruk oleh skuad kebangsaan 5-0 yang menjatuhkan reputasi Kelantan selaku juara Liga Super 2011. Badi kekalahan diteruskan apabila Kelantan dimalukan lagi di laman sendiri ketika aksi persahabatan menentang kelab Singapura di Kota Bharu.

Malam ini, Kelantan gagal memperbaiki prestasi apabila sekadar seri dan yang lebih malang lagi tiada sebarang jaringan dapat dilakukan. Seperti benar belaka kritikan dan kutukan hebat para penyokong setia Kelantan. Demi tidak sanggup melihat kejatuhan Kelantan sekarang, penyokong sekarang tidak segan silu untuk menyuarakan pendapat masing-masing; memang semuanya benar.. Tidak ada yang benar selain yang benar...

Pihak KAFA, barisan jurulatih dan juga pemain Kelantan sememangnya perlu mengambil berat kritikan tersebut dan tidak boleh bagi alasan. Tidak patut juga apabila ada pihak tertinggi KAFA meminta sokongan berterusan daripada penyokong sekiranya tindakan drastik tidak diambil. Memang jelas dan nyata, dalam aksi 6 perlawanan Liga Super sebelum ini, Kelantan tidak menunjukkan corak permainan yang meyakinkan.

Menang memang sepatutnya kita puji.. Jadi jika kalah tidak bolehkah mereka dikutuk? Semua harus faham dan bersikap terbuka.. Diharap Kelantan kembali bangkit untuk meneraju tahta liga yang ketika ini dirampas oleh Perak..

Komen daripada penyokong juga, tidak usahlah Kelantan bermimpi atau berbangga diri lagi sekiranya corak permainan sekarang tidak diubah. Ia seringkali mengundang resah hati penyokong tegar The Red Warriors. Jatuh bangun adat permainan seperti bola itu bulat namun ia masih boleh diubah, bermula dari sekarang! Jika tidak, stadium Kelantan akan kembali lapang, tiada lagi lautan merah yang akan membanjiri stadium. Kekalahan amat perit untuk diterima tapi statistik sekarang menunjukkan Kelantan sedang menjunam ke bawah.

Persoalan selepas ini.. Adakah skuad Kelantan akan menjadi skuad belasahan dalam AFC? Apakah import Kelantan masih lagi cap ayam? Adakah taktikal Peter Butler tidak menjadi ataupun player tidak menjadi walaupun ramai pemain *STAR*?

Barisan pentadbir KAFA harus bertindak atau kelab penyokong The Red Warriors seluruh negara harus mendesak sebelum nasi menjadi bubur. Tidak mustahil Kelantan yang gah 3 tahun lalu akan terkubur seperti Perlis suatu hari nanti.

Bangkitlah The Red Warriors!

No comments:

Post a Comment