Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Saturday, February 18, 2012

Keputusan Kelantan vs Sarawak 2-1, Pusingan 1 Piala FA 2012

Farhan muncul wira Kelantan pada malam ini apabila dimasukkan di saat-saat terakhir dan menjaringkan gol beberapa minit sahaja sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil. Secara keseluruhannya aksi Kelantan pada malam ini adalah sangat hambar.. Sarawak seringkali berjaya menyekat hantaran tidak tepat Kelantan dan melakukan serangan demi serangan ke arah pintu gol Kelantan sehingga mereka berjaya menjaringkan gol pertama untuk mendahului Kelantan 1-0. Walaubagaimanapun, Indra berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut yang diambil oleh Piya..

Kelantan berusaha untuk menambah gol menerusi beberapa gerakan bahaya namun tindakan penyudah seringkali lambat untuk mengatasi benteng pertahanan Sarawak. Banyak juga rembatan liar dilakukan namun usaha pemain Kelantan harus dipuji sehinggalah ke saat akhir permainan.

Ketiadaan Mat Yo seawal minit permainan nyata merencatkan jentera serangan Kelantan. Nwoha yang diberikan tanggungjawab untuk memusnahkan harapan Sarawak juga tidak berbisa dan aksi beliau tidak lincah dan sehebat yang diharapkan. Kerapkali terjatuh dan lembik berbanding penyerang sensasi penyerang import negeri lain seperti Effa dari Negeri Sembilan dan Doe dari Terengganu.

Sebaliknya pemain tempatan dilihat lebih berbisa untuk memecahkan kebuntuan dan ketumpulan penyerang import. Farhan telah membuktikannya dan ketiadaan Mat Yo menampakkan segala-galanya. Bukan sahaja Kelantan, negeri-negeri lain juga mengalami dilema yang sama. Pemilihan pemain import nyata menunjukkan kegagalan sebenar pihak pengurusan...

Apapun, banyak kelemahan yang perlu dikaji dan diperbaiki. Prestasi pada malam ini menggambarkan Kelantan sebenarnya berada dalam kedudukan bahaya. Kelantan bakal tersingkir bila-bila masa sahaja. Kemenangan tipis pada malam ini boleh dianggap sangat bernasib baik dan perlu juga diingat, nasib tidak semestinya baik selalu jika kelemahan tidak dibaiki.

Kelantan akan berhadapan dengan kelab yang lebih hebat lagi seperti ini. Jika dengan Sarawak pun nyawa-nyawa ikan, maka perubahan drastik perlulah dibuat serta merta sebelum nasi sudah menjadi bubur.

Jasa Farhan pada malam ini harus dikenang.. Ini kerana sebab beliaulah Kelantan mara ke pusingan kedua dan melepaskan diri daripada dimalukan oleh kelab bawahan.. Setiap kelemahan pasukan tidak kiralah pengurusan KAFA, jurulatih mahupun pemain, ia perlu dipandang serius dan diatasi serta-merta. Tiada percanggahan dan gangguan daripada dalaman diharapkan kerana ia boleh mengganggu emosi pemain dan mecacatkan segala-galanya. Sebarang tindakan terburu-buru dan tidak profesional pihak pengurusan dan jurulatih harus dihentikan demi melihat The Red Warriors gah sehingga ke final Piala FA dan juga piala-piala lain.

Penyokong hanya mengharapkan permainan yang cantik dan kemenangan, bukan politik dan masalah dalaman yang boleh menjadi zaman kejatuhan Kelantan seperti yang telah terjadi kepada pasukan Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor.. Skuad gergasi yang gah suatu masa dahulu namun semakin jatuh kerana tidak lain iaitu pergolakan dan ketidakberkesanan pengurusan dan jurulatih..

Seterusnya, Kelantan akan melangkah ke pusingan ke-2 Piala FA 2012 berhadapan dengan Kuala Lumpur.. 2nd round kawe masih lagi berada dilandasan..

Gomo KELATE Gomo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment