Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Tuesday, February 14, 2012

Keputusan Kelantan vs Selangor 1-2, Game 8 Liga Super 2012

Rekod tanpa kalah Kelantan hanya mampu bertahan sehingga 7 perlawanan sahaja apabila malam ini Kelantan ditundukkan egonya oleh musuh tradisi, Selangor. Selangor yang sebelum ini tewas berkali-kali akhirnya bangkit apabila mereka nekad untuk mengalahkan Kelantan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.. Nyata usaha mereka membuahkan hasil..

Kelantan yang bermain secara menyerang bagaimanapun gagal untuk memecah kebuntuan menghasilkan walaupun banyak peluang cantik terhidang. Mungkin percaturan Kelantan pada malam ini sedikit tidak menjadi ekoran penyudah yang tumpul untuk memecah benteng pertahanan Selangor yang tampak agak kental. Akhirnya Kelantan dihukum oleh Safiq menerusi rembatan kencang dari luar petak penalti untuk menewaskan Apek pada awal separuh masa kedua. Jaringan seterusnya oleh pemain import baru Selangor sekitar minit 60 lebih..

Secara keseluruhannya, perlawanan malam ini nampak kemas namun penguasaan bahagian tengah Kelantan agak longgar terutamanya bahagian kiri. Indra banyak kehilangan bola dan mensia-siakan banyak peluang keemasan apabila beliau lambat bertindak untuk menguji penjaga gol Selangor. Manakala disebalik kerancakan Kelantan, benteng pertahanan pula leka sehingga banyak melakukan kesilapan. Ketiadaan Daudsu juga mencacatkan rentak perlawanan disebelah kanan. Tiada overlappig menarik sepanjang perlawanan. Banyak hantaran untuk membantu penyerang disekat dan serangan balas yang selalunya menjadi punca kekalahan Kelantan terus berterusan...

Mengikut Peter Butler, mungkin pemain agak kepenatan kerana baru sahaja selesai perlawanan dengan Terengganu dan kemudiannya berangkat ke Kuala Lumpur. Namun ia hanya sekadar alasan apabila kalah, sudah menjadi adat.. Pemain import Kelantan pula beraksi tidak secemerlang pemain import negeri lain.. Ia terus menghantui Kelantan kerana kemasukkan mereka tidak membantu Kelantan untuk terus garang di padang...

Seterusnya Kelantan akan berjumpa dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk aksi Liga Super yang ke-9.. Moga Kelate terus GOMO!!!

Gomo Kelate Gomo!!

No comments:

Post a Comment