Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Saturday, May 21, 2011

Khutbah Jumaat - Zakat

kewajipan menunaikan zakat

Yang bermaksud:

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." 
Surah At Taubah (103).

Khutbah ni disampaikan di salah sebuah masjid di Petaling Jaya, Selangor pada 20-May-2011. Sini tulis secara ringkas untuk ingat bersama warga Kelantan khususnya. Sebab kita ni mudah lupa, diharap dapat jadi ingatan n panduan kita bersama.

Seperti yang kita semua ketahui, zakat adalah rukun islam yang ke-empat,flash balik rukun islam bagi yang dah lupa:

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat
5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu


Jadi jelas kepada orang islam, zakat adalah sesuatu yang wajib kita lakukan. Gagal menunaikan zakat menyebabkan kita boleh terkeluar dari agama Islam, begitu juga dengan rukun islam yang lain. Daripada khutbah yang disampaikan, khatib pada hari itu menjelaskan kenapa kita mesti menunaikan zakat seperti yang ditegaskan oleh agama Islam (suruhan Allah). Antara hikmah-hikmah yang menunaikan zakat seperti berikut:

- Membersihkan jiwa untuk mendekati perbuatan yang berdosa
- Membersihkan diri dari perbuatan/ akhlak yang buruk terutamanya dari sifat kedekut dan mementingkan diri sendiri
- Mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara umat islam tanpa mengira pangkat dan kekayaan
- Memantapkan lagi ekonomi umat islam
- Menjaga harta sendiri dari bala dan malapetaka
- Akan memperoleh keberkatan dan rezeki yang lebih baik dari Allah
- Meningkatkan dan merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah


Sebenarnya tidak terkira hikmah kepada kita yang menunaikan zakat. Tidak dapat ditulis sepenuhnya disini, mungkin antara hikmah yang disebutkan di atas sudah cukup untuk kita mengkaji dan merenung semula akan kebenarannya.

Terdapat 2 jenis zakat yang diwajib dalam islam iaitu:-

1. Zakat Fitrah
2. Zakat Harta


Zakat Fitrah

Wajib ditunaikan setiap bulan Ramadhan, bermula dari 1 Ramadhan sehingga 1 Syawal sebelum solat sunat hari Raya Aidilfitri.

Zakat Harta

Zakat untuk harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. Antara zakat harta yang disebut semasa khutbah tersebut ialah:

1. Zakat Perniagaan
2. Zakat Wang Simpanan
3. Zakat Pendapatan
4. Zakat Barang Perhiasan (Emas & Perak)
5. Zakat Penternakan
6. Zakat Tanaman (Buah-buahan & biji-bijian)
7. Zakat Galian
8. Zakat Rikaz (harta karun yang ditemui)
9. Zakat Saham
10. Zakat KWSP


Daripada 10 jenis zakat yang disebut, kita mungkin boleh bertanya pada diri sendiri, sudahkah kita melangsaikan semuanya? Jadi jika ditanya akan timbul bermacam persoalan. Pendapatan kita mungkin tidak cukup untuk masa sekarang. Masih berjimat dan tidak stabil. Sangat sukar mengeluarkan duit untuk zakat. Namun, bagaimana pula dengan perbelanjaan kita untuk benda lain, mengejar harta benda dan kemewahan. Itu semua tidak wajib dalam islam. Tapi ramai yang mementingkan kemewahan daripada hidup sederhana dan seadanya.

Cara pengiraan/ kadar yang ditetapkan boleh dilihat daripada laman web zakat negeri atau merujuk terus kepada ahli ulama yang bijak pandai.

Daripada senarai di atas, mungkin ada juga yang bertanya, kemanakah duit zakat yang kita salurkan itu pergi? Adakah ia disalurkan pada tempat yang sepatutnya? Inilah persoalan yang sering bermain diingatan. Disini terdapat beberapa saluran yang diterangkan semasa khutbah tersebut, antaranya:

- Membayar kakitangan dan kos pentadbiran Institusi Masjid (Imam, Bilal, Jawatankuasa masjid, bina masjid dan sebagainya)
- Membayar badan Islam dan kebajikan
- Memberi bantuan kepada golongan fakir miskin (pembinaan rumah, bekalan makanan dan sebagainya)
- Sekolah Anak Yatim
- Bantuan/ bayaran kepada tenaga pengajar ikhlas al-Quran di kampung dan bandar
- Bantuan persekolahan/ biasiswa
- Bantuan kepada saudara baru Islam


Banyak lagi.. Tapi masih timbul persoalan dalam setiap individu, adakah wang zakat yang disalurkan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh badan yang dilantik untuk memajukan ekonomi umat islam? Soalan beginilah yang kita tak dapat jawab, harus percaya kepada badan yang diamanahkan. Sebaiknya wang zakat tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemajuan ekonomi umat islam. Masih ramai lagi yang tidak bernasib baik, namun keberkesanan zakat masih dalam tanda tanya. Kajian perlu dibuat sedalam-dalam nya. Ini pendapat peribadi saya, namun suruhan Allah tetap kena buat. Apa yang penting, jika kita masih tidak yakin kepada badan yang diamanahkan, kita mesti mengeluarkan zakat terus kepada golongan yang tidak mampu. Itu lebih baik jika kita mempunyai masa dan harta yang lebih untuk mencari golongan yang memerlukan tersebut. Jika tidak, salurkan pada badan berwajib, jauhkan diri kita dari perasaan kedekut dan bakhil.

Sumbangan melalui sedekah contohnya boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Setiap sen yang kita sumbangkan, pasti ada ganjaran yang berkali ganda lebih besar daripadanya. Ini janji Allah. Sama-samalah kita menunaikan zakat dan bersedekah..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment