Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Sunday, May 22, 2011

Kelantan Belasah Harimau Muda

Keputusan Liga Super 2011, Kelantan lawan Harimau Muda malam ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan, 3-2. Sekali lagi kemenangan dihadiahkan khas untuk para peminat bola sepak tanah air, The Red Warriors. Tahniah kepada Kelate.

Harimau Muda
Kelate

Walaupun pada mulanya Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu menyifatkan Kelantan berhadapan dengan masalah untuk menang gara-gara terdapat pemain yang cedera dan kepadatan jadual perlawanan, namun ia masih tidak menghalang Kelantan daripada menjuarai perlawanan malam ni. Agak sengit tapi kemenangan masih milik kita. Kali ni Kelantan makin jauh meninggalkan Selangor yang berada di tangga ketiga, selepas Selangor sekali lagi mencatat kekalahan mengejut dengan Pahang.

Selangor tewas 2-1 kepada Pahang selepas sebelum tewas kepada T-Team pada Jumaat lalu. Manakala Terengganu semakin garang menewaskan Negeri Sembilan 3-0. Semangat mereka nampak lebih berkobar-kobar selepas mengatasi Pahang pada aksi separuh akhir Piala FA minggu lepas. Lebih mengejutkan lagi apabila keputusan undian Akhir Piala FA setakat ini memihak kepada Terengganu. Undian yang dilakukan oleh pihak Astro mencatatkan Terengganu akan turun sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Piala FA 2011. Apakah mungkin Terengganu menewaskan Kelantan?

Pasti tidak sedap untuk didengar. Kelantan tidak boleh buat silap. Kemenangan mesti kita miliki. Bersama-sama kita nantikan dan doakan untuk pasukan kita.

Berbalik kepada perlawanan malam ini, walaupun pada mulanya dijangka keputusan berakhir dengan seri, namun Kelantan menafikannya pada separuh masa kedua. Bukan senang untuk menewaskan pasukan pilihan Negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia iaitu Harimau Muda. Ditambah lagi dengan keletihan dan kecederaan pemain.

Video keratan jaringan akan di update jika ada sesiapa yang upload di Youtube, semestinya menanti sumbangan dari EPLSoker.

Tahniah untuk Kelantan.

Sepak sepak, Olek olek, Sumbat Gol! Gomo KELATE Gomo!

No comments:

Post a Comment