Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Sunday, May 8, 2011

Panduan/Tips Membeli Rumah Pertama

Artikel ni kawe tulis khas untuk diri kawe sendiri n pengunjung blog ni hok tengah mencari maklumat n panduan untuk membeli rumah.. Kawe tulis dalam BM standard..

Panduan ni khas n sesuai untuk masa sekarang, tahun 2011. Tapi konsep untuk aplikasi masa hadapan mungkin tidak banyak berubah.. Tips ditulis juga berdasarkan pengalaman sendiri, khas untuk bakal pembeli rumah di luar sana..

1. Kenal pasti rumah yang bakal dibeli

Biasanya kita mencari rumah dengan menggunakan platform tertentu. Pelbagai plaform yang boleh digunakan. Saya listkan di bawah untuk lebih jelas:

- Medium internet; anda boleh mencari rumah yang diidamkan dengan mencari atau 'search' sahaja dalam google ataupun mana-mana. Pastikan keyword yang digunakan betul dan lengkap. Contohnya "rumah banglo 1 tingkat di pasir mas". Pastikan anda menggunakan tanda "" jika ingin mencari perkataan yang sama sahaja keluar dalam enjin carian.

- Menggunakan platform jual beli di Malaysia. Pelbagai plaform, biasanya platform mudah adalah yang terbaik. Contohnya:

Mudah
thinkproperty

- Ejen Hartanah; Anda mungkin mempunyai kabel atau kenalan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam projek perumahan. Ini boleh menyingkatkan masa mencari rumah. Berdasarkan pengalaman saya, lebih 60% rumah yang dibina di Malaysia tidak diiklankan dalam internet. Mereka masih tidak berjinak-jinak sepenuhnya menggunakan medium internet.

- Iklan dalam Surat Khabar. Ada ruangan iklan rumah dan hartanah, tetapi kebanyakkannya tidak semua disenaraikan.

Jika anda sudah berkenan dengan rumah dan harga yang ditawarkan, anda mungkin boleh contact secara langsung dengan pihak pembeli. Tapi biasanya iklan yang disiarkan adalah ejen pihak ke-2, ke-3 atau ke-ntah. Harga yang ditawarkan telah di mark up. Jika boleh, cari lebih mendalam lagi berkaitan dengan pemaju perumahan. Berurusan secara terus dengan mereka lebih mudah. Bergantung kepada anda.

2. Berurusan dengan Pemaju.

Hubungi pemaju sama ada datang terus ke pejabat pemaju atau pun secara talian. Soalan-soalan yang perlu anda tanya sebelum membeli (anda wajib tanya):

- Dapatkan maklumat pemaju seperti

---> Nombor lesen
---> Permit
---> Nama dan alamat (pemaju/ ejen/ pemegang surat kuasa/ syarikat pengurusan projek)
---> Nama projek
---> Status tanah (freehold etc)


- Harga rumah (nego sampai jadi)

- Anggaran bulanan (anda boleh kira sendiri, beli mengikut kemampuan)

- Jangkaan rumah siap (biasanya selepas anda tanda tangan surat jual beli, rumah mesti siap dalam tempoh 24 bulan atau 2 tahun; jika anda membeli rumah yang sedang dibina)

- Tanya cara permohonan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada pemaju sama ada anda memohon pinjaman kerajaan atau pun swasta.

Skim Rumah Pertamaku

Skim rumah pertamaku mula diperkenalkan oleh PM untuk bajet 2011, mula berkuat kuasa sepenuhnya sekarang. Skim ini khas untuk golongan belia yang berpendapatan kurang dari RM 3000. Anda boleh lihat syarat yang telah ditetapkan disini. Namun bagi sesetengah pihak bank dan pemaju, skim rumah pertamaku agak leceh dan memerlukan pelbagai dokumen sokongan dan mengambil masa. Jadi ada inisiatif lain sebenarnya, bergantung kepada anda.

Inisiatif Skim Rumah Pertamaku

Biasanya pihak pemaju akan memohon dengan pihak bank dengan harga yang lebih tinggi. Contohnya mudah (abaikan angka pengiraan):

Harga Rumah = RM 150K
Harga Mohon Bank = RM 170K

Jadi anda akan dapat 90% kelulusan bank daripada RM 170K iaitu ~RM 150K. Jadi anda tidak perlu untuk membayar muka. Sudah tentu pihak bank juga akan menilai rumah tersebut. Jadi harga yang dipohon oleh pihak pemaju mungkin sedikit kurang dan anda perlu tambah sedikit untuk bayaran pendahuluan. Tapi bukan 10%, kurang dari itu. Biasanya pihak pemaju akan membuat begini untuk memastikan projek mereka juga habis dijual.

3. Dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman perumahan bank (salinan)

- slip gaji (3 bulan atau 6 bulan terakhir)
- Penyata KWSP
- Penyata bank 3 bulan
- Pengesahan majikan (jika makan gaji)


Seterusnya, saya sendiri tengah tunggu keputusan kelayakkan dari pihak bank.. Akan update jika ada rezeki saya.. Doakan kejayaan saya.. Amin...

Wassalam..

No comments:

Post a Comment