Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Saturday, May 7, 2011

Khutbah Jumaat: Allah Maha Esa

Hari Jumaat, 6 May 2011 bersamaan 2-Jamadil Akhir-1432H, kawe g di masjid Baiduri, dekat denge tempat kawe kijo.. Skalo kawe g masjid Sg. Way, tapi ubah selero cikik.. Khutbah semale bertajuk "Allah Maha Esa"..

Kawe tulis bahasa Malaysia standard:

Allah Maha Esa

Khutbah bermula seperti biasa.. Bacaan pendahuluan khutbah, menyeru umat islam supaya takut kepada Allah, bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, berbuat kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang ditegah oleh Allah SWT.

Lalu Tok Khatib meneruskan khutbahnya dengan membaca surah al-ikhlas beserta maksudnya:





مقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤



Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.



Seterusnya Tok Khatib meneruskan khutbahnya dengan menghuraikan lagi maksud surah al-ikhlas yang selalu dibaca setiap masa oleh setiap orang islam, malangnya tidak faham akan maksudnya..

Kawe ambil kesimpulan ringkas daripada Khutbah tersebut:

- Kita hendaklah beriman kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.. Allah yang Maha Esa merujuk kepada Allah adalah tunggal, hanya satu dan tidak ada sekutu bagiNya..

- Kita hendaklah mengakui dengan hati, perbuatan dan percakapan kita bahawasanya Allah berkuasa ke atas segala-galanya..

- Tempat sebenar yang kita harus kembali jika menghadapi sebarang hajat adalah kepada Allah. Hanya Allah yang berkuasa untuk memberi segalanya kepada seluruh makhluknya di muka bumi ini.

- Surah Al-Ikhlas menegaskan bahawa Allah adalah satu (Esa), tidak berbilang, tidak mempunyai keturunan dan tidak ada sesiapanya yang sama dengan Allah. Allah berkuasa untuk menentukan segalanya.

- Jika kita beriman dengan Allah yang satu, melakukan segalanya demi mengharapkan keredhaan Allah, nescaya hidup kita sentiasa penuh dengan rahmatnya. Hanya orang yang bertaqwa kepada Allah sahaja dapat merasai nikmat tersebut.

- Tidak akan timbul keganasan, penindasan terhadap makhluk Allah yang lain, segala jenis kemaksiatan dan kemungkaran jika seseorang itu menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah.

- Pemimpin memainkan peranan penting untuk menyedarkan kaumnya akan kebesaran Allah, menghidupkan dan mengamalkan suruhan Allah agar kaumnya tidak lalai dan kembali kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.

- Hendaklah kita bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segal laranganNya.

- Kembali kepada rukun Iman, memahami dan terapkan dalam hati, kita akan sentiasa mendapat rahmat dan nikmatNya.

Rukun Iman:

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Semoga kita sama-sama ambil nilai daripada khutbah yang disampaikan..

Amin..

No comments:

Post a Comment