Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Friday, January 13, 2012

Kelantan vs PKNS Selangor 1-1, Game 2 Liga Super 2012

Serba serbi tidak menjadi!

Panas dan sungguh mengecewakan apabila menyaksikan aksi menghambarkan yang berturut-turut sejak Piala Sumbangsih tempoh hari. Apakah sebenarnya yang telah terjadi? Tamparan hebat seharusnya akan terasa bukan sahaja kepada penyokong setia The Red Warriors, bahkan kepada ketua jurulatih Kelantan, Peter Butler.

Jika perlawanan menentang PKNS, Kelantan yang di atas kertas dan dijangka mampu mencipta kejutan yang besar mencipta jaringan lebih daripada 3 gol disangkal oleh PKNS. Adakah pasukan PKNS yang bermain lebih baik untuk bertahan ataupun jentera serangan Kelantan tumpul? Seperti apa yang disajikan, tiada corak serangan yang menarik dan taktikal yang ditunjukkan cukup hampa.

Perasaan marah dan geram juga memang patut dilepaskan kerana ini bukan Kelantan yang sebenar. Jika sebelum ini Peter Butler cuba untuk memekakkan telinga dengan tidak mahu mengambil endah kritikan dan kutukan penyokong di lamab sosial dengan alasan mereka semua tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak, maka seharusnya beliau membuka mata dan telinga dan jangan cuba membandingkan pengalaman beliau yang lama jika tidak dapat membuktikan kecemerlangan di Kelantan, sekali lagi.

Memang kecacatan ketara dapat dilihat seolah-olah Kelantan yang dikatakan memiliki pemain-pemain yang berkaliber dan disegani tidak mampu untuk menewaskan malah hilang rentak sebenar meskipun beraksi di laman sendiri. Ini tidak pernah terjadi...

Tidak sanggup untuk melihat Kelantan diambang kejatuhan dan dicaci maki oleh penyokong Kelantan, pihak pengurusan Kelantan harus berbuat sesuatu yag drastik. Apakah perubahan yang bakal dibuat selepas ini?

Komen untuk Kelantan menentang PKNS, Subramaniam sejak 3 game terkahir dilihat begitu cuai dan leka dengan suka buang bola, main hantar sahaja, tidak fokus dan menyusahkan pemain lain. Syazwan pula dilihat suka kuda bola tetapi tidak pernah tepat mengenai sasaran, bola lambung yang sangat tinggi, yang selalunya menjadi punca serangan cepat PKNS. Antwi wajar diganti kerana masih gagal dan 3 perlawanan terakhir sudah cukup membuktikan bahawa beliau bukan seorang calon pilihan yang terbaik untuk menjaringkan gol ataupun membantu untuk menjaringkan gol.

Bukan untuk mengutuk di atas kegagalan, namun sumbangan kritikan yang membina adalah perlu untuk melihat Kelantan senantiasa maju dan gah di arena bola sepak Malaysia.

Manakala kehadiran Sultan Muhammad ke-IV yang agak lewat juga sedikit sebanyak mengganggu persediaan bola sepak pada malam ini. Beberapa kritikan sinis juga ada mengatakan bahawa tidak perlulah Baginda mencemar duli sekiranya memaksa perlawanan ditangguhkan. Memang tidak sedap didengar dan agak panas apabila ada orang menyebut hal tersebut di kedai makan, namun ada juga betulnya.. Terserah kepada pendapat dan individu masing-masing...

Nantikan perlawanan seterusnya, Kelantan vs Johor FC, skuad kendalian K. Devan jam 8.45 malam Selasa, 17-Jan-2012..

Gomo Kelate Gomo!

No comments:

Post a Comment