Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Saturday, June 23, 2012

Keputusan Kelantan vs Sabah 2-0, Game 20 Liga Super 2012

Secara ringkasnya, Kelate mene male ni 2-0 ke atas Sabah.. Perlawanan berlangsung di stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.. Menurut info hok kawe dapat, penjaring pertama adalah Rizal Fahmi (x tahu lagi jaringan bola deras supo skalo ko dop).. Pencetak gol kedua adalah Indra Putra.. Rasanya tepat dah info ni sebab xdok live male ni dale tv..

Tahniah kepada Kelate kerana sekali lagi mengutip 3 mata penuh di halaman sendiri walaupun tidak berjaya untuk berpesta gol seperti yang dilakukan oleh pasukan Selangor dan LIONS XII sebelum ni. Cukup sekadar menang kerana kita bukanlah ingin berbangga dengan keputusan yang besar tetapi tewas untuk perlawanan yang seterusnya. Bangga diri akhirnya makan diri....

Satu lagi kontroversi yang agak memanaskan kepala kawe dan mungkin juga penyokong Kelate lain di luar sana khususnya yang berada di luar negeri Kelantan. Segalanya bermula apabila RTM tidak menyiarkan perlawanan bola sepak antara Kelantan vs Sabah sepertimana yang ditunjukkan dalam info.. x tahulah pihak mana yang harus disalahkan, sama ada Astro ko, RTM ko, FAM ko, x tahulah. Tapi yang pasti, ini bukan kali pertama dan ia sangat memanaskan kepala..

Boleh saman ko dop eh? Kawe berniat nok gi saman jah tapi xdok maso pah pk2 balik, main ngan RTM, kacik n prabih pitih jah..

Hok lebih kecewa 2, kawe dengar ado jugok ore hok naik keto deras supo plesit nok gi tengok bola dale tv tapi tengok2 mugo lain.. kecewa.. RTM xleh cayo dah.. Dahla tunjuk fixture ngambang kokse.. Nayo pulok ko hok duk baco 2.. Sabar jela.. Pasal xpuah hati, kutuk jelah blako.. Pengguna always right..

Tutup cito 2, harap2 pahni semua pihak penyiaran mengambil serius akan hal2 begini.. Kita wajar kutuk sekutuk kutuknya jika info yang disiarkan tidak tepat.

Sekian dulu, moga game akan datang, Kelantan vs Terengganu, Kelantan bakal beroleh kejayaan lagi untuk terus menghimpit SINGA 12..

Gomo KELATE Gomo!!

No comments:

Post a Comment