Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Tuesday, November 22, 2011

Garuda Menangis Lagi

Jika kita selalu dengar istilah penyu menangis lagi, kali ini kerap pula kita dengar Garuda menangis lagi. Mana tidaknya apabila skuad garuda dinafikan hasrat mereka untuk merangkul emas pada temasya sukan SEA edisi 2011. Lebih malang lagi apabila skuad Indonesia dimalukan lagi di halaman sendiri, stadium Gelora Bung Karno yang dihadiri hampir 100,000 orang penyokong fanatik mereka..

Perlawanan semalam telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah pasukan yang harus dihormati di Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kelemahan di bahagian jentera serangan yang diharus diperbaiki sebelum kita mendabik dada dan mengutuk pasukan orang lain. Apa yang pasti, barisan pertahanan Harimau Muda adalah barisan pertahanan yang terbaik yang mampu menidakkan segala aksi bahaya daripada jentera serangan mana-mana pasukan sekali pun.

Ketenangan barisan pertahanan terutamanya penjaga gol Kelantan, Apek wajar disanjungi. Jika tempoh hari Apek berjaya mengharumkan nama Malaysia, kali ini Apek membuktikan bahawa beliau adalah penjaga gol terbaik Asia Tenggara abad ini. Nama beliau bakal diukir sebagai lagenda suatu hari nanti.. Syabas Apek!

Perlawanan yang berkeputusan seri 1-1 pada wisel 90 minit memaksa kedua-dua pasukan beraksi di masa tambahan. Walaubagaimanapun, banyak peluang keemasan yang dimiliki oleh barisan penyerang Malaysia gagal dimanfaatkan. Ini adalah kegagalan terbesar kita bukan sahaja di pentas akhir bahkan seluruh perlawanan sukan SEA. Ong Kim Swee semestinya sudah faham akan kelemahan pasukan. Apa yang diharapkan adalah aksi terbaik biarpun jika kita kecundang..

Perlawanan yang diheret hingga ke sepakan penalti memberikan penuh debaran kepada penyokong. Apatah lagi kepada para pemain, itu memang tidak dapat dinafikan. Namun disinilah yang kita nak lihat di mana ketenangan dan fokus pemain perlu mengatasi segala-galanya. Apa-apa pun, tahniah di atas kejayaan Harimau Muda meraih ibu segala emas dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Secara tidak langsung nama Kelantan juga naik kerana terdapat ramai juga barisan pemain Kelantan yang diserap dalam skuad kebangsaan seperti yang dimaklumkan TSAM baru-baru ini. Lebih-lebih lagi nama Khairul Fahmi Che Mat yang tidak perlu lagi dikhuatiri akan kemampuan beliau.

Hidup Harimau Malaya. Gomo Malaysia Gomo!!!

No comments:

Post a Comment