Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Saturday, July 30, 2011

Niat Puasa di Bulan Ramadhan (Sebulan dan Harian)

Alhamdulillah.. Pejam celik, pejam celik.. Bertemu jugak kita di bulan Ramadhan almubarak untuk tahun ke 1432 Hijrah.. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar dan melaksanakan Rukun Islam yang ketiga, berpuasa di Bulan Ramadhan..

Sedikit flash back kepada sesiapa yang sudah lupa bagaimana kita sampai ke bulan Ramadhan.. Berikut ialah turutan bulan dalam Islam..

1-Muharram
2-Safar
3-Rabiulawal
4-Rabiulakhir
5-Jamadilawal
6-Jamadilakhir
7-Rejab
8-Syaaban
9-Ramadhan
10-Syawal
11-Zulkaedah
12-Zulhijjah

Jadi bulan Ramadhan adalah bulan yang ke-9 dalam Islam

Niat Puasa Sebulan Bulan Ramadhan


Kepada sesiapa yang x nak ambik risiko lupa niat puasa, adalah disarankan niat puasa untuk sebulan terus. Niatnya adalah seperti berikut:


Maksudnya:


Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Niat Puasa Harian Bulan Ramadhan


Niat puasa harian di Bulan Ramadhan adalah seperti berikut:


Maksudnya:

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan


Setelah seharian berpuasa, janganlah kita terlalu gelojoh untuk berbuka tanpa bacaan doa. Sabar dan bacalah doa berbuka puasa seperti berikut sebelum menjamah makanan:


Maksudnya:

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang


Semoga Ramadhan kali ni membawa berkat dan menjadi titik perubahan dalam kehidupan kepada kita untuk membuang perbuatan mungkar kepada Allah. Samalah kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan meningkatkan lagi ibadat dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Amin..

Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali..

2 comments:

  1. kalau kita terlupa baca niat berbuka puasa, macam mana tu? adakah batal puasa kita?

    ReplyDelete
  2. salam.. kena tengok maksud puasa terlebih dahulu. puasa dalam islam bermula dari waktu imsak hinggalah masuk waktu magrib.. jadi secara automatiknya, waktu puasa akan habis selepas magrib... dan kita mesti faham beza antara doa dengan niat.. buka puasa adalah doa, tapi perkara wajib kita mesti bermula dengan niat.. tengok betul2 tajuk color merah tu..

    ReplyDelete