Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

Monday, July 18, 2011

Liga Super 2011 Milik Kelantan

Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kelantan dinobatkan juara baru Liga Super 2011 setelah menewaskan Sabah 2-1 di Kota Kinabalu. Kelantan muncul unggul untuk meninggalkan musuh terdekat Terengganu dan Selangor yang berhempas pulas untuk merampas Piala Liga Super daripada Kelantan. Segunung syabas dan tahniah kepada pasukan The Red Warriors dan barisan jurulatih.

Ternyata walaupun laluan kita sukar, namun semangat juang para penyokong dan pasukan membuktikan bahawa pasukan kita adalah yang terbaik. Sungguh manis kejayaan ini. Seluruh rakyat Kelantan sekarang mampu berbangga dengan prestasi pasukan Kelantan. Kita sudah mencipta nama, sejarah telah pun tercipta.

Mengulas kembali kemenangan lalu, Kelantan berhasil memecah gawang gol Sabah menerusi jaringan penyerang sensasi kebangsaan, NorShahrul Idlan Talaha. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Mat Yo namun mungkin sudah menjadi nasib, Anugerah Kasut Emas bukan milik Mat Yo. Mungkin bukan lagi untuk kali ini. Sabah pula berhasil menjaringkan gol menerusi penyerang Razlan Oto.




Kita jumpa lagi dalam aksi akan datang yang akan menjanjikan persembahan yang lebih menarik. Diharap Kelantan mampu untuk mengekalkan kejuaraan. Bukan itu sahaja, sama-sama kita doakan agar pasukan kesayangan kita berjaya merangkul semua Piala pada musim akan datang.

Gomo Kelate Gomo!!

No comments:

Post a Comment