Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Artikel Berkaitan...

    Friday, January 27, 2012

    Stadium Baru Kelantan "THE FORTRESS"

    Sudah tersebar luas, The Fortress - Home of The Red Warriors. Siapa lagi tidak tahu???

    Stadium yang jika dinilai pada reka bentuk dan design yang sangat moden hasil lawatan TSAM ke Eropah merupakan stadium terbaik yang akan didirikan di Kelantan Darul Naim. Bakal mengatasi rekabentuk stadium yang sedia ada di negeri lain ketika ini, The Fortress, Stadium Baru Kelantan akan menjadi satu lakaran sejarah selain mampu menjadi tarikan pelancong negeri/ negara luar selepas ini.

    Berdasarkan desas-desus yang sungguh dahsyat ketika ini, Stadium Baru Kelantan itu juga cukup istimewa apabila akan menampilkan ciri-ciri yang unik membezakan The Fortress dengan stadium di Negeri lain. Antara ciri-ciri yang diperkatakan ialah:

    Nama: Stadium Sultan Muhammad V
    Gelaran: The Fortress (KUBU)

    Konsep: Eropah/ Antarabangsa
    Tempat: Tunjung, Kota Bharu, Kelantan
    Warna: Merah Putih
    Kapasiti: 40 ribu orang
    Tempat Duduk: Individu/ Bernombor/ Berbumbung
    Dinding: Tembus cahaya
    Trek/ Balapan: Tiada
    Parking: Banyak/ Pelbagai kenderaan (kereta/ bas/ motosikal/ etc)
    Zon Penyokong: Pecah ikut zon (Keluarga dan Wanita/ Fanatik Fans/ Kurang Upaya/...) - cadangan ramai

    Antara tiga keping gambar The Fortress yang diupload oleh TSAM dalam FB beliau adalah seperti berikut:

    Stadium Baru Kelantan - Stadium Sultan Muhammad V - The Fortress
    Pandangan Atas

    Stadium Baru Kelantan - Stadium Sultan Muhammad V - The Fortress
    Pandangan Depan

    Stadium Baru Kelantan - Stadium Sultan Muhammad V - The Fortress
    Padang dan Tempat Duduk Penyokong

    Walaubagaimanapun, segalanya masih dalam peringkat perbincangan (dalam kertas kerja) dan dikatakan sudah pun memasuki FASA TERAKHIR. Projek Stadium Baru Kelantan dijangka akan dimulakan sebaik sahaja mendapat lampu hijau daripada PM. Progress sebenar hendaklah dirujuk kepada TSAM kita..

    InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar, impian rakyat Kelantan yang menggunung akan tercapai. Jasa baik semua pihak yang terlibat tidak kira lah mana-mana parti sekali pun sangat dihargai.. Tiada politik diharapkan dalam mementingkan kehendak, keperluan dan kemahuan rakyat. Sama-sama kita doakan semoga Stadium Baru Kelantan, Stadium Sultan Muhammad V dengan gelaran The Fortress menjadi kenyataan. InsyaAllah..

    Gomo Kelate Gomo!

    Sumber: FB TSAM

    4 comments:

    1. kawe suko caro demo tulis post nih...tidok berat sebeloh supo blog laem...parti politik diketepikan...alhamdulillah

      ReplyDelete
    2. yolo doh hok demo royak 2.. mudah2an jadilah, xdok keno mengno denge parti politik.. kawe napok suke malaysia loni pun penuh denge politik.. kalu buleh stadium sendiri comey lagu ni, ambo pun banggo.

      ReplyDelete
    3. kerajaan patut bagi kat kelantan stadium baru sebab stadium lama diorang dah uzur......lagipun diorng bagus ape main bola walaupun aku peminat n9

      ReplyDelete
    4. insyaAllah, ado rezeki dapat la 2..

      ReplyDelete