Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Rasonyo masih x terlambat lagi kawe nk ucapkan selamat tahun baru kepada seluruh umat islam di Malaysia khususnya rakyat Kelate x kira lah di mano demo-demo berado, semoga kito semo sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT..

Kepada sesapo hok x ingat kalendar islam, termasukla diri kawe sendiri, tahun ni rupa-rupanya tahun 1433 Hijrah dah.. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dan meneruskan perjuangan bukan untuk mencari duit dan njoy semata-mata, tapi untuk menjadi hambaNya yang sentiasa bertaqwa dan beribadat kepadaNya.. Tidaklah sempurna hidup kita jika kita semo lalai dan semakin jauh daripada rahmat Allah..

Update cikit pasal khutbah Jumaat hok minggu lepas, lamo sero x update pasal agama.. Ingat lagi khutbah minggu lepah kawe gi, tajuk khutbah dia Muhasabah.. Sebut pasal muhasabah, ramai kawe raso diluar sana hok x rajin lagi menghisab diri sendiri.. Sejauh mano hubungan kita dengan Allah.. Bersediakah kita untuk dihisab di akhirat kelak? Segala-galanya akan dihitung sebaik sahaja Allah mencabut nyawo kita semo.. Bilo, di mano, lagu mano? Itu adalah soalan yang perlu kita tanya n kita mesti standby untuk menghadapinya..

Secara ringkas, khutbah tersebut menyentuh muhasabah diri berdasarkan masa lalu dan jugok masa akan datang.. Dengan kata lain, merenung kembali kesilapan yang pernah kita lakukan masa lepas dan apakah yang kita akan lakukan pada masa akan datang.. Merenung kesilapan bukanlah setakat mengingat kembali sebaliknya kita kena insaf dan bertaubat di atas kesilapan lampau, berazam memperbetulkan di masa akan datang dengan sedaya upaya supaya hidup kita ni sentiasa berada pada landasan yang betul dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Itu yang penting.. Gapo sekali pun hok kito buat atas dunia ni, selagi Allah x redha, kita x pernah berasa cukup.. Semuanya kekurangan dan hidup rasa tidak lengkap sekalipun kita memiliki segala keindahan dunia...

Muhasabah perlu dilakukan dalam banyak aspek.. Untuk memudahkan diri kita ni supaya tidak hanyut, adalah lebih baik kita bermuhasabah dengan cara yang lebih spesifik.. Ambil sehelai kertas, tuliskan kriteria-kriteria seperti muhasabah agama yang merangkumi aspek rukun islam dan rukun iman. Cukup 2 ini sahaja, kita sempurnakan sebaik mungkin, insyaAllah selebihnya akan sempurna.. Bagaimanapun, kita juga xleh lupa muhasabah maksiat yang pernah kita lakukan.. Apakah maksiat dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan, cubalah dengan sedaya upaya untuk sepaling-paling kurang membenci dan selebihnya, kebaikan akan datang dengan sendiri..

Mungkin dengan 2 perkara muhasabah tersebut, kita akan kembali kepada Allah.. Jangan pandang perkara yang tidak tentu.. Betulkan rukun islam kita, mengucap 2kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi yang berkuasa, insyaAllah, hidup kita akan mengikut garisan Islam.. Ia akan datang dengan sendiri, itulah janji Allah SWT..

Kawe sekadar menyampaikan untuk perubahan bersama.. Mana yang baik kita kongsikan, mana yang buruk kita ketepikan.. Sesungguhnya kita manusia tidak sempurna dan selalu lupa, maka patutlah kita mengingati saudara seagama dengan kita..

Bola-bola jugak, smaye-smaye jugak.. Semoga tahun ini menjanjikan perubahan yang lebih baik terutamanya kepada diri kita sendiri, keluarga kita, guru-guru kita, sahabat kita dan rakan seagama kita.. Wassalam.. Selamat tahun baru 1433 Hijrah...

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!: Agama

Saturday, July 30, 2011

Niat Puasa di Bulan Ramadhan (Sebulan dan Harian)

Alhamdulillah.. Pejam celik, pejam celik.. Bertemu jugak kita di bulan Ramadhan almubarak untuk tahun ke 1432 Hijrah.. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar dan melaksanakan Rukun Islam yang ketiga, berpuasa di Bulan Ramadhan..

Sedikit flash back kepada sesiapa yang sudah lupa bagaimana kita sampai ke bulan Ramadhan.. Berikut ialah turutan bulan dalam Islam..

1-Muharram
2-Safar
3-Rabiulawal
4-Rabiulakhir
5-Jamadilawal
6-Jamadilakhir
7-Rejab
8-Syaaban
9-Ramadhan
10-Syawal
11-Zulkaedah
12-Zulhijjah

Jadi bulan Ramadhan adalah bulan yang ke-9 dalam Islam

Niat Puasa Sebulan Bulan Ramadhan


Kepada sesiapa yang x nak ambik risiko lupa niat puasa, adalah disarankan niat puasa untuk sebulan terus. Niatnya adalah seperti berikut:


Maksudnya:


Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Niat Puasa Harian Bulan Ramadhan


Niat puasa harian di Bulan Ramadhan adalah seperti berikut:


Maksudnya:

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan


Setelah seharian berpuasa, janganlah kita terlalu gelojoh untuk berbuka tanpa bacaan doa. Sabar dan bacalah doa berbuka puasa seperti berikut sebelum menjamah makanan:


Maksudnya:

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang


Semoga Ramadhan kali ni membawa berkat dan menjadi titik perubahan dalam kehidupan kepada kita untuk membuang perbuatan mungkar kepada Allah. Samalah kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan meningkatkan lagi ibadat dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Amin..

Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali..

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!: Agama

Friday, May 27, 2011

Hari Guru dan Peranan Guru

Seperti biasa, tiap kali Jumaat, kawe akae update n kongsikan Khutbah Jumaat hok kawe dengar sebagai ingatan n x lupa sapa bila2.. InsyaAllah..

Hari ni khutbah Jumaat bertajuk Hari Guru dan Peranan Guru. Khas sempena Hari Guru Malaysia, khutbah dibacakan untuk menghargai jasa guru dan peranan guru dalam membangunkan masyarakat dan ekonomi negara.

Terlebih dahulu, masih tidak terlambat rasanya untuk kawe sendiri ucapkan selamat hari guru, khas buat guru2 dari pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Jasamu guru tiada bandingannya.. Sampai bila2 ia tak kan pernah padam.

Dalam khutbah kira2 setengah jam tadi, khatib menegaskan bahawa guru adalah pemimpin sekalian umat islam. Mereka mengajar dan mendidik kita semua dari tidak tahu apa-apa sehinggalah kita kini bergelar dengan gelaran macam-macam. Tidak kan lahir doktor, professor, penyelidik, pakar kewangan, golongan profesional tanpa hadirnya seorang guru. Bayangkan betapa besarnya tanggungjawab dan pengorbanan seorang guru. Tidak pernah habis jika ingin disebut jasa guru. Kita semua pun sedar akan peranan dan kepentingan mereka dalam organisasi masyarakat.

Namun tanggungjawab dan peranan guru dalam membentuk sahsiah individu masih perlu dipersoalkan juga. Bukan dari segi jasa dan pengorbanan. Itu tidak dapat dinafikan lagi. Isu yang timbul ialah pelengkap kepada ajaran wajib dan ajaran tersebut.

Ambil artikel ini sebagai contoh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Digariskan dalam islam, pemimpinlah yang mencorakkan masyarakat. Apa yang pemimpin buat dan gariskan akan menjadi ikutan pengikutnya. Begitu juga guru. Akhlak guru itu sendiri penting untuk jadi ikutan para pelajar. Secara ringkas, guru mestilah mempunyai ciri-ciri yang berikut sebelum mereka layak untuk mengajar para pelajar..

1. Seorang yang beriman, menghambakan diri kepada Allah
2. Tiada ciri2 lain selain di atas

Jika disebut pasal seorang yang beriman, mungkin lebih panjang. Sebagai kesimpulan, kita kembali pula kepada rukun iman yang enam..

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Sempurnalah ciri-ciri seorang guru, jadi lahirlah insan yang sepatutnya. Bagaimana pula dengan ciri-ciri guru yang ada sekarang? Tepuklah dada, tanyalah selera..

Sekalipun tiada seorang pun hamba Allah yang dilahirkan di atas muka bumi ini sempurna kecuali para Nabi yang dilindungi Allah, sebaik2nya coraklah pelajar dengan sebaik-baiknya. Para pelajar khususnya yang berumur 20 tahun ke bawah masih mentah dan mudah dibentuk. Bentuklah mereka ke jalan yang betul. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan guru-guru kami dunia dan akhirat..

Jasamu guru tetap dikenang sehingga ke akhir hayat.. Perananmu guru tiada ternilai untuk melahirkan generasi yang cerdik pandai, yang bakal memimpin keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Masa depan negara terletak dalam tangan mereka.. Disitulah puncanya..

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!: Agama

Saturday, May 21, 2011

Khutbah Jumaat - Zakat

kewajipan menunaikan zakat

Yang bermaksud:

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." 
Surah At Taubah (103).

Khutbah ni disampaikan di salah sebuah masjid di Petaling Jaya, Selangor pada 20-May-2011. Sini tulis secara ringkas untuk ingat bersama warga Kelantan khususnya. Sebab kita ni mudah lupa, diharap dapat jadi ingatan n panduan kita bersama.

Seperti yang kita semua ketahui, zakat adalah rukun islam yang ke-empat,flash balik rukun islam bagi yang dah lupa:

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat
5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu


Jadi jelas kepada orang islam, zakat adalah sesuatu yang wajib kita lakukan. Gagal menunaikan zakat menyebabkan kita boleh terkeluar dari agama Islam, begitu juga dengan rukun islam yang lain. Daripada khutbah yang disampaikan, khatib pada hari itu menjelaskan kenapa kita mesti menunaikan zakat seperti yang ditegaskan oleh agama Islam (suruhan Allah). Antara hikmah-hikmah yang menunaikan zakat seperti berikut:

- Membersihkan jiwa untuk mendekati perbuatan yang berdosa
- Membersihkan diri dari perbuatan/ akhlak yang buruk terutamanya dari sifat kedekut dan mementingkan diri sendiri
- Mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara umat islam tanpa mengira pangkat dan kekayaan
- Memantapkan lagi ekonomi umat islam
- Menjaga harta sendiri dari bala dan malapetaka
- Akan memperoleh keberkatan dan rezeki yang lebih baik dari Allah
- Meningkatkan dan merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah


Sebenarnya tidak terkira hikmah kepada kita yang menunaikan zakat. Tidak dapat ditulis sepenuhnya disini, mungkin antara hikmah yang disebutkan di atas sudah cukup untuk kita mengkaji dan merenung semula akan kebenarannya.

Terdapat 2 jenis zakat yang diwajib dalam islam iaitu:-

1. Zakat Fitrah
2. Zakat Harta


Zakat Fitrah

Wajib ditunaikan setiap bulan Ramadhan, bermula dari 1 Ramadhan sehingga 1 Syawal sebelum solat sunat hari Raya Aidilfitri.

Zakat Harta

Zakat untuk harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. Antara zakat harta yang disebut semasa khutbah tersebut ialah:

1. Zakat Perniagaan
2. Zakat Wang Simpanan
3. Zakat Pendapatan
4. Zakat Barang Perhiasan (Emas & Perak)
5. Zakat Penternakan
6. Zakat Tanaman (Buah-buahan & biji-bijian)
7. Zakat Galian
8. Zakat Rikaz (harta karun yang ditemui)
9. Zakat Saham
10. Zakat KWSP


Daripada 10 jenis zakat yang disebut, kita mungkin boleh bertanya pada diri sendiri, sudahkah kita melangsaikan semuanya? Jadi jika ditanya akan timbul bermacam persoalan. Pendapatan kita mungkin tidak cukup untuk masa sekarang. Masih berjimat dan tidak stabil. Sangat sukar mengeluarkan duit untuk zakat. Namun, bagaimana pula dengan perbelanjaan kita untuk benda lain, mengejar harta benda dan kemewahan. Itu semua tidak wajib dalam islam. Tapi ramai yang mementingkan kemewahan daripada hidup sederhana dan seadanya.

Cara pengiraan/ kadar yang ditetapkan boleh dilihat daripada laman web zakat negeri atau merujuk terus kepada ahli ulama yang bijak pandai.

Daripada senarai di atas, mungkin ada juga yang bertanya, kemanakah duit zakat yang kita salurkan itu pergi? Adakah ia disalurkan pada tempat yang sepatutnya? Inilah persoalan yang sering bermain diingatan. Disini terdapat beberapa saluran yang diterangkan semasa khutbah tersebut, antaranya:

- Membayar kakitangan dan kos pentadbiran Institusi Masjid (Imam, Bilal, Jawatankuasa masjid, bina masjid dan sebagainya)
- Membayar badan Islam dan kebajikan
- Memberi bantuan kepada golongan fakir miskin (pembinaan rumah, bekalan makanan dan sebagainya)
- Sekolah Anak Yatim
- Bantuan/ bayaran kepada tenaga pengajar ikhlas al-Quran di kampung dan bandar
- Bantuan persekolahan/ biasiswa
- Bantuan kepada saudara baru Islam


Banyak lagi.. Tapi masih timbul persoalan dalam setiap individu, adakah wang zakat yang disalurkan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh badan yang dilantik untuk memajukan ekonomi umat islam? Soalan beginilah yang kita tak dapat jawab, harus percaya kepada badan yang diamanahkan. Sebaiknya wang zakat tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemajuan ekonomi umat islam. Masih ramai lagi yang tidak bernasib baik, namun keberkesanan zakat masih dalam tanda tanya. Kajian perlu dibuat sedalam-dalam nya. Ini pendapat peribadi saya, namun suruhan Allah tetap kena buat. Apa yang penting, jika kita masih tidak yakin kepada badan yang diamanahkan, kita mesti mengeluarkan zakat terus kepada golongan yang tidak mampu. Itu lebih baik jika kita mempunyai masa dan harta yang lebih untuk mencari golongan yang memerlukan tersebut. Jika tidak, salurkan pada badan berwajib, jauhkan diri kita dari perasaan kedekut dan bakhil.

Sumbangan melalui sedekah contohnya boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Setiap sen yang kita sumbangkan, pasti ada ganjaran yang berkali ganda lebih besar daripadanya. Ini janji Allah. Sama-samalah kita menunaikan zakat dan bersedekah..

Wassalam..

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!: Agama

Saturday, May 7, 2011

Khutbah Jumaat: Allah Maha Esa

Hari Jumaat, 6 May 2011 bersamaan 2-Jamadil Akhir-1432H, kawe g di masjid Baiduri, dekat denge tempat kawe kijo.. Skalo kawe g masjid Sg. Way, tapi ubah selero cikik.. Khutbah semale bertajuk "Allah Maha Esa"..

Kawe tulis bahasa Malaysia standard:

Allah Maha Esa

Khutbah bermula seperti biasa.. Bacaan pendahuluan khutbah, menyeru umat islam supaya takut kepada Allah, bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, berbuat kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang ditegah oleh Allah SWT.

Lalu Tok Khatib meneruskan khutbahnya dengan membaca surah al-ikhlas beserta maksudnya:





مقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤



Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.



Seterusnya Tok Khatib meneruskan khutbahnya dengan menghuraikan lagi maksud surah al-ikhlas yang selalu dibaca setiap masa oleh setiap orang islam, malangnya tidak faham akan maksudnya..

Kawe ambil kesimpulan ringkas daripada Khutbah tersebut:

- Kita hendaklah beriman kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.. Allah yang Maha Esa merujuk kepada Allah adalah tunggal, hanya satu dan tidak ada sekutu bagiNya..

- Kita hendaklah mengakui dengan hati, perbuatan dan percakapan kita bahawasanya Allah berkuasa ke atas segala-galanya..

- Tempat sebenar yang kita harus kembali jika menghadapi sebarang hajat adalah kepada Allah. Hanya Allah yang berkuasa untuk memberi segalanya kepada seluruh makhluknya di muka bumi ini.

- Surah Al-Ikhlas menegaskan bahawa Allah adalah satu (Esa), tidak berbilang, tidak mempunyai keturunan dan tidak ada sesiapanya yang sama dengan Allah. Allah berkuasa untuk menentukan segalanya.

- Jika kita beriman dengan Allah yang satu, melakukan segalanya demi mengharapkan keredhaan Allah, nescaya hidup kita sentiasa penuh dengan rahmatnya. Hanya orang yang bertaqwa kepada Allah sahaja dapat merasai nikmat tersebut.

- Tidak akan timbul keganasan, penindasan terhadap makhluk Allah yang lain, segala jenis kemaksiatan dan kemungkaran jika seseorang itu menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah.

- Pemimpin memainkan peranan penting untuk menyedarkan kaumnya akan kebesaran Allah, menghidupkan dan mengamalkan suruhan Allah agar kaumnya tidak lalai dan kembali kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.

- Hendaklah kita bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segal laranganNya.

- Kembali kepada rukun Iman, memahami dan terapkan dalam hati, kita akan sentiasa mendapat rahmat dan nikmatNya.

Rukun Iman:

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Semoga kita sama-sama ambil nilai daripada khutbah yang disampaikan..

Amin..

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!: Agama