Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...
Showing posts with label Kelantan vs Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kelantan vs Kuala Lumpur. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Kelantan ke Suku Akhir Piala FA 2012

Update ringkas:

Kelantan berjaya melangkah ke peringkat suku akhir apabila berjaya menundukkan Kuala Lumpur 3-2 dalam saingan pusingan kedua yang juga pusingan kalah mati Piala FA 2012. 2 jaringan yang disumbangkan oleh Farhan dan Indra dalam separuh masa pertama cukup membantu kebangkitan Red Warriors yang kepenatan akibat jadual padat dalam bulan Mac ini.

Kapten Piya meletakkan kedudukan Kelantan dalam kedudukan selesa biarpun terpaksa bermain mati-matian menghalang Kuala Lumpur yang berusaha keras untuk menjinakkan Kelantan. Hasilnya mereka berjaya mendapat gol sagu hati dalam masa tambahan sebelum wisel penamat untuk merapatkan jaringan.

Syabas diucapkan kepada pasukan Kelantan dan Kuala Lumpur di atas aksi yang semakin meningkat dan mampu menyaingi Kelantan..

Gomo Kelate Gomo!!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!: Kelantan vs Kuala Lumpur

Saturday, January 28, 2012

Keputusan Kelantan vs Kuala Lumpur (KL) 3-0, Game 5 Liga Super 2012

Kelantan makin mengganas apabila menumbangkan Kuala Lumpur sekali lagi dengan penuh bergaya dengan jaringan 3 biji gol tidak berbalas. Seperti preview sebelum ini, Kelantan dari awal dijangka tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk menjinakkan KL di laman sendiri..

Sedikit ulasan ringkas game malam ini, Kelantan memiliki banyak peluang keemasan pada separuh masa pertama namun seperti perlawanan yang lalu, Kelantan gagal menghadiahkan gol awal kepada ribuan penyokong yang memenuhi stadium pada malam ini. Ia bukan sesuatu yang tidak baik namun adalah lebih baik jika Kelantan berjaya mendapatkan gol kerana ia membuktikan bahawa Kelantan cepat membaca rentak perlawanan dan bijak mengatur pergerakkan. Walaubagaimanapun gol pertama Kelantan hadir pada separuh masa kedua.

Penyerang berbisa The Red Warriors, Mat Yo bijak menyudahkan hantaran daripada Indra untuk mendahului Kuala Lumpur 1-0. Gol kedua pula dijaringkan oleh Kapten Piya manakala gol ketiga dijaringkan oleh Mat Nawi atau Dennis Antwi yang dibawa masuk menggantikan Ghaddar. Dengan 3 jaringan tersebut Kelantan kekal unggul menerajui Liga Super diikut rapat oleh Terengganu dan Perak.

Ghaddar yang sebelum ini berjanji untuk menghapuskan badi beliau masih gagal membuktikan ketajaman penyudah yang dijanjikan. Mungkin sedikit masa lagi perlu diberikan untuk kenalpasti kelemahan beliau selain mencari keserasian bersama Mat Yo. Sebaliknya Mat Nawi pula semakin selesa bersama Kelantan biarpun sebelum ini aksi beliau lebih teruk berbanding Ghaddar. Syabas Antwi! Antwi yang sekarang ini berumur 19 tahun mempunyai masa depan cerah jika beliau mampu mengekalkan prestasi + meningkatkan lagi kebolehan beliau.

Seterusnya Kelantan akan berangkat ke negeri bawah bayu untuk berentap dengan Sabah pada 8-Feb jam 8.15 Malam.. Sama-sama kita doakan kemenangan Kelantan The Red Warriors!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!: Kelantan vs Kuala Lumpur

Friday, January 27, 2012

Preview - Kelantan vs Kuala Lumpur, Game 5 Liga Super 2012

Ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler optimis Kelantan mampu mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam ini menentang pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur. Berdasarkan prestasi semasa pemain, Kelantan tidak berdepan dengan sebagai masalah untuk menjinakkan Kuala Lumpur di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu..

Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu anak-anak buahnya mengambil sikap pandang rendah terhadap Kuala Lumpur yang pastinya akan turun untuk mendapatkan sekurang-kurangnya mendapat 1 mata disamping mengaibkan Kelantan di gelanggang sendiri. Tempoh rehat seminggu nyata membolehkan pemain The Red Warriors cukup rehat dan lebih bersedia untuk melakar kemenangan yang seterusnya..

Kali ini juga, penyerang import sensasi Kelantan, Ghaddar juga berjanji akan meledakkan gol untuk membantu Kelantan agar terus meneraju Kelantan disamping menghapuskan badi ke atas dirinya yang setakat ini digelar hero sepakan penalti. Dalam 4 perlawanan berlalu, Ghaddar hanya mampu menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika menentang pasukan Lion Singapura (perlawanan pertama) dan Kedah minggu lepas..

Mat Yo seperti biasa juga diharapkan mampu menjaringkan gol dan menambah koleksi jaringan peribadi beliau. Selain itu, pemain-pemain lain musim ini yang masih dahagakan gol ialah Indra Putra, kapten Piya, Farhan, Antwi dan juga pemain-pemain mantap musim lalu seperti Nurul Azwan Roya, S Chanturu, Shakir, Ramzul... Mereka pasti akan berbuat sesuatu jika diturunkan dalam kesebelasan utama pada malam ini..

Kelebihan pemain yang masing-masing optimis menjaringkan gol, Kelantan semestinya berada dalam landasan terbaik untuk mempertahankan Liga Super 2012.. Sama-sama kita doakan kejayaan The Red Warriors..

Gomo Kelate Gomo!!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!: Kelantan vs Kuala Lumpur

Sunday, May 1, 2011

Liga Super 2011: Kelantan 2 - Kuala Lumpur 0

Kelate kembali bangkit menerajui liga super 2011 lepah mene 2-0 ke atas Kuala Lumpur semale. Seperti yang dijangka di atas kertas, dengan corak permainan yang kemas, Kelantan mudah menewaskan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

2 gol dijaring oleh kapten pasukan, Piya dan Canturu memastikan 3 mata penuh milik Kelate. Kelebihan ini dibantu pulok oleh Terengganu yang berjaya mengikat Selangor dengan 1-1. Kelate kito loni berkongsi mata denge Selangor tetapi berada di puncak denge kelebihan jaringan. Syabas untuk Kelate kito khususnya kepada kapten Piya dan Canturu. Piya n Canturu masih berbisa seperti biasa.

Mat Yo pulok gagal untuk menjaringkan gol semale. Tapi xpo, mungkin dok lagi untuk male ni. Gol2 Mat Yo banyok doh dijaringkan terutamanya ketika berhadape denge team kuat. Lebih-lebih lagi Mat Yo sentiasa dikawal ketat oleh pertahanan lawan. Meme susoh untuk menembusi pertahanan. Tapi kehadiran Mat Yo ciyes membuatkan pertahanan lawan jadi kacau-bilau.

Kelate 2
Kuala Lumpur 0

Tarikh: 30-April-2011
Stadium: Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan (Home)

Video:




Muhd Badhri Radzi [24-min]
S Chanturu [79-min]


Tabik kane, Tabik kiri, Tabik Kelate!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!: Kelantan vs Kuala Lumpur