Sedikit ulasan ringkas game malam ini, Kelantan memiliki banyak peluang keemasan pada separuh masa pertama namun seperti perlawanan yang lalu, Kelantan gagal menghadiahkan gol awal kepada ribuan penyokong yang memenuhi stadium pada malam ini. Ia bukan sesuatu yang tidak baik namun adalah lebih baik jika Kelantan berjaya mendapatkan gol kerana ia membuktikan bahawa Kelantan cepat membaca rentak perlawanan dan bijak mengatur pergerakkan. Walaubagaimanapun gol pertama Kelantan hadir pada separuh masa kedua.
Penyerang berbisa The Red Warriors, Mat Yo bijak menyudahkan hantaran daripada Indra untuk mendahului Kuala Lumpur 1-0. Gol kedua pula dijaringkan oleh Kapten Piya manakala gol ketiga dijaringkan oleh Mat Nawi atau Dennis Antwi yang dibawa masuk menggantikan Ghaddar. Dengan 3 jaringan tersebut Kelantan kekal unggul menerajui Liga Super diikut rapat oleh Terengganu dan Perak.
Ghaddar yang sebelum ini berjanji untuk menghapuskan badi beliau masih gagal membuktikan ketajaman penyudah yang dijanjikan. Mungkin sedikit masa lagi perlu diberikan untuk kenalpasti kelemahan beliau selain mencari keserasian bersama Mat Yo. Sebaliknya Mat Nawi pula semakin selesa bersama Kelantan biarpun sebelum ini aksi beliau lebih teruk berbanding Ghaddar. Syabas Antwi! Antwi yang sekarang ini berumur 19 tahun mempunyai masa depan cerah jika beliau mampu mengekalkan prestasi + meningkatkan lagi kebolehan beliau.
Seterusnya Kelantan akan berangkat ke negeri bawah bayu untuk berentap dengan Sabah pada 8-Feb jam 8.15 Malam.. Sama-sama kita doakan kemenangan Kelantan The Red Warriors!
No comments:
Post a Comment