Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Saturday, December 5, 2015

Senarai Pemain (line up) The Red Warriors Kelantan FA (TRWFC) 2016

Tan Sri Annuar Musa, presiden KAFA telah mengumumkan senarai penuh pemain Kelantan 2016 sebentar tadi, 5 December 2015, Sabtu. Namun skuad TRW masih tidak lengkap apabila 3 import masih lagi dalam pencarian.

Berikut adalah senarai pemain bola sepak Kelantan 2016:

Khairul Fahmi Che Mat
Shahrizan Ismail
Mohd Syazwan Yusof
Norhafiz Zamani Misbah
Nik Shahrul Azim Abd Halim
Farisham Ismail
Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa
Zairul Fitree Ishak
Jonathan Mc Kain
Brendan Gan
Wan Zack Haikal Wan Nor
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Mohd Nor Farhan Muhammad
Khairul Izwan Rosli
Mohd Badhri Mohd Radzi

Abdul Manaf Mamat
Mohd Faizal Abu Bakar
Mohd Muslim Ahmad

Mohd Qayyum
Shahrul Hakim
Fakhrul Zaman
Amir Zikri
Zafran Akramin

Shahrul Azwari
Faris Shah Rosli
Mohd Ramadhan

Kehadiran muka baru dan lama dilihat mampu memberi impak positif kepada TRW 2016 untuk sekurang-kurangnya mencabar pasukan atau kelab kaya di Malaysia.

Pemilihan jurulatih K Devan mungkin bukan pilihan utama KAFA dan penyokong The Red Warriors, namun berdasarkan kewangan yang ada, itulah yang termampu.

Diharap pemain dan jurulatih yang terpilih mampu mempamerkan prestasi hebat untuk menafikan segala kritikan sebelum ini. Mereka perlu membuktikan kebolehan dan mencipta sejarah baru dalam kareer mereka dan TRWFC.

Dalam pada itu, 3 import baru yang dikaitkan ialah Ghaddar, Shawky dan bekas pemain Felda, Edward Junior Wilson. Selain itu, Shaiful Esah dari Lions XII juga ada melahirkan minat untuk bersama TRW selain Jean Boumsong juga turut dikaitkan.

Berdasarkan line up 2016, boleh dikatakan TRW 2016 lebih mantap daripada 2015 dengan kehadiran Brendan Gan semula untuk membantu Piya. Pulihnya Paan dan Manaf nanti memberi lebih banyak pilihan kepada K Devan.

Kehadiran bekas pemain muda Harimau Malaya menambahkan lagi sengat selain kehadiran pemain piala presiden yang terpilih setelah mereka membantu Kelantan menjuarai Piala Presiden tahun 2015.

Muslim dan Faizal tidak kurang hebatnya berdasarkan pencapaian lalu. Mereka perlu membuktikan sesuatu setelah kepercayaan diberi.

Siapakah yang akan menjadi pilihan K Devan pastinya pemain yang berkebolehan dan mempunyai work rate yang tinggi akan dipilih.

Diharap kehadiran pemain import nanti menambahkan ketajaman penyudah TRWFC.

Lupakan luka lalu dan terus melangkah. Yang penting, KAFA kena belajar dari kesilapan lalu dan tidak perlulah TSAM berbual atau berjanji yang kita tahu semuanya lipat sirat semata mata.

Gomo Kelate Gomo!
>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Wednesday, November 4, 2015

Selamat Tinggal Piala Malaysia 2015

TRW antara pasukan awal yang mengucapkan selamat tinggal kepada PM2015. Kegagalan TRW sudah dijangka sejak awal lagi ekoran pelbagai masalah yang menimpa pasukan sejak awal tahun ini.

 Punca kegagalan terletak 100% kepada kelemahan KAFA seperti mana punca kebangkitan kelantan sebelum ini hasil kemantapan KAFA.

 Semoga 2016 TRW akan bangkit dengan barisan yang lebih mantap. Namun agak sukar juga ekoran masalah yang ada sekarang ni memerlukan masa untuk diselesaikan. Jadi harapan TRW untuk bersaing di peringkat atas agak tipis. Kita mungkin struggle untuk tidak turun ke liga perdana lagi. 

 TSAM pun ada masalah sendiri dengan MARA. Sibuk juga dengan BN yang tengah struggle dengan masalah negara. Tak sabar untuk melihat barisan baru 2016. Diharap pihak KAFA akan buat yang terbaik saja nanti.

 All the best TRW. Kalau tahun depan tak menjadi, tunggulah tahun depan satu lagi n seterusnya. Cuma janganlah memperkotak katikan penyokong dengan istilah 'meremajakan pasukan', janji palsu dan sebagainya. Kena realistik, work for it and do not play dirty politics in football. 

 Just do it, perbaiki semaksimum mungkin setiap kelemahan yang ada. In Sha Allah, SMSMiv kembalik digeruni.

 Gomo Kelate Gomo!
>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Thursday, April 2, 2015

GST

Ketika ini, GST telahpun dilaksanakan. Pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Rata rata negative. Mana tidak kerana secara langsungnya kos sara hidup akan meningkat sebanyak 6% vs punca pendapatan yang statik. Jika ada yang mengatakan harga barang turun, ia tidak sama sekali. Malah harga barangan dijangka akan terus meningkat lagi.

Trend dan fakta dah nyata. Tiada barang yang semakin turun. Ia akan terus meningkat dan meningkat. Garisan kecerunan semakin menjunam. Dimana silapnya?

Jika pentadbir negara gagal membentuk garisan unik yang tersendiri, maka penyelesaian amat mudah dengan mencari benchmark untuk dijadikan panduan. Maka mulalah pelbagai perbandingan dengan negara lain kononnya lebih membangun.

Soalannya di mana jati diri kita? Di mana kehebatan kita? Di mana kita sebagai orang melayu? Di mana kita sebagai orang islam? Yang peliknya ukuran kita adalah negara barat bukan garisan ekonomi yang diajar agama kita sendiri. Bukankah perlu kita focus kepada alquran dan assunnah?

Pandang pemimpin kita dahulu.

Akan tetapi adakah yang layak menggantikan pemimpin kita sekarang? Soalannya siapa?

Kita ada satu pilihan sahaja iaitu PR, tapi relevankah?

Keduanya lebih kurang sama tapi mana lebih baik itu saja.

GST telah dilaksana maka segala cacian dan tohmahan tidak akan dipandang. Siapa yang petah membantah pasti akan ditutup mulutnya. Itulah peraturannya tidak kira siapa pentadbirnya. Jadi pilihannya ikut saja.

Kenapa?

Sebab pemimpin dah dipilih. Mereka dipilih. Jadi keputusan mereka keputusan terpilih oleh majoriti. Pengundi BN masa ini semestinya akan diam sahaja. Yang kecoh tu pembangkanglah namanya.

GST adalah agenda yang nyata namun BRIM berjaya mengaburkannya kerana majoriti rakyat Malaysia mendapat BRIM dan majoriti inilah yang menyokongnya.

Sekali lagi cakap tak guna sebab GST dah dilaksana. Ada pepatah, alah bisa tegal biasa. Mula mula semua marah dan macam macam lama lama senyap saja. Jadi dah biasa. Semua akan pejam mata. Sebabnya cakap tak ada guna, GST dah dilaksana.

Jadi daripada sibuk entah pape, baik kita rancang perbelanjaan keluarga. Kita nak hidup kita kena kerja. Kos sara hidup kita yang rasa. Tiada istilah pengguna yang bijak sekarang ini. Janganlah terpedaya. Sebab nak tak nak, barangan keperluan nak kena beli juga.

Jadi dengan pendapatan yang statik ini, rancanglah sebaiknya. Jika sekarang ini belanja RM 100, kurangkan jadi RM 90. Jika boleh, tangguhkan kehendak dan utamakan keperluan. Lebihan ringgit elok disimpan UNTUK DILABURKAN. Bukan disimpan begitu saja. Emas, asb, antara paling mudah untuk bermula.

Era kaya makin kaya, miskin makin miskin. Jangan kita jadi antara salah satunya. Jadi kita jadi apa? Jadilah miskin makin kaya. Jika miskin belajarlah untuk jadi kaya. Baik dunia ataupun akhirat. Jika dah kaya, ajarlah orang miskin untuk jadi kaya bukan bagi duit macam BRIM kat orang miskin. Jika bagi je duit macam tu, orang miskin tu akan menjadi macam peminta sedekah saja, mengharapkan bantuan orang tapi tak akan dapat suntikan atau belajar untuk menjadi kaya.

Hakikatnya, golongan tu adalah majoriti. Mereka adalah alat utama kepada sesiapa pun pentadbir negara.

Key points:
1. Kurang belanja, target kurang by 6%
2. 6% daripada belanja sekarang disimpan untuk dilabur
3. Cari jalan daripada miskin kepada kaya untuk bantu orang miskin jadi kaya

Bersedia atau tidak, GST dah dilaksana dan tetap akan diteruskan. Agenda BN untuk next PRU dahpun tersedia. Komen Dr. M dan sebagainya adalah wayang saja. PR perlu tangani isu sampah dan nyamuk aedes kat selangor baru boleh fight. Orang Kelantan cukuplah berbangga diri kononnya akan menguasai Malaysia.

Yang pasti tugas kita focus kepada 3 keypoints untuk bantu diri sendiri dahulu sebab orang lain dan kerajaan tak akan bantu kita pun jika kita susah dan tak ada duit untuk makan. Yang susahnya adik beradik mak ayah kita. Kita nak makan, kita tanya apa kita nak makan, cari makanan sendiri dan makan. Nak makan sedap, kena ada duit banyak. Jadi usahalah.

Siapapun pemimpin, kita yang pilih, jadi keputusannya semua kena ikut.

Layan lagu dikir barat dulu, tajuk dia pk-pk (fikir-fikir).. Adeh saya.. Gomo Kelate Gomo!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Friday, February 27, 2015

Liga Malaysia 2015 Kurang Liputan

Ramai yang mengeluh kecewa gara gara kekurangan liputan tatkala bola sepak Malaysia sedang rancak berlangsung. Tahun ini hak penyiaran diberikan kepada media prima yang berjaya memikat FAM berbanding tahun terdahulunya kepada siaran berbayar, Astro melalui Astro Arena.

Nyata FAM lebih mementingkan duit yang difahamkan media prima menawarkan lebihan puluhan juta berbanding Astro.

Tidak meriah dan terkebelakang. Kepentingan liputan tidak dipandang FAM. Apabila penyokong lantang bersuara menyalahkan FAM, mereka akan mengenakan denda tapi tetap membuta tuli tanpa mendengar dan memandang apa yang penyokong mahukan.

Kepimpinan terhebat seperti Annuar Musa dan TMJ yang komited untuk membangunkan bola sepak negara disisihkan FAM.

Kegagalan meningkatkan mutu pengadilan tidak dipandang serius.

Tiada roadmap yang jelas untuk menentukan hala tuju bola sepak Malaysia. Kemana dan bila masih lagi menjadi tanda tanya.

Sumbangan Astro Arena sebelum ini yang jelas meningkatkan imej bola sepak negara diketepikan begitu saja.

Undang undang FAM yang melibatkan Harimau Muda masih mengelirukan pemain dan pasukan. Kecoh sana sini tapi FAM tidak akan mengambil tindakan jika tiada laporan.

Isu jadual padat oleh pasukan yang terlibat dengan AFC yang membawa nama Malaysia masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Penyokong masuk ke stadium perlu berkorban masa, duit, tenaga, bergaduh, berhujan malah ada yang cedera dan terkorban kemalangan demi minat dan sokongan padu pada pasukan dan negara namun FAM tidak agresif untuk menutup lubang yang ada apatah lagi untuk menambah baik mutu bola sepak negara demi rakyat Malaysia yang telah banyak berkorban... Ketiadaan liputan sungguh mengecewakan. Oh FAM...

Kritikan membina pasti membawa perubahan yang membina. Sama sama kita doakan pengurusan FAM diberikan kekuatan untuk mencari idea, bekerja, berusaha dan seterusnya berjaya memajukan bola sepak Malaysia. Kutuk tiada guna tapi doa senjata utama.

Good luck and all the best FAM!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Wednesday, February 25, 2015

Salahkah Boateng? Atau KAFA?

4 das, Kelantan dibedil PDRM di rumah sendiri, nyata senjata yang mereka gunakan bukan calang calang.. Benteng Kelantan belum cukup ampuh untuk menangani serangan balas yang serta merta.

Soalannya salah siapa? Ramai yang menyalahkan Boateng kerana taktikal yang tidak menjadi. 4 das tidak berbalas ketika beraksi di gelanggang sendiri yang dipenuhi ribuan penyokong membuktikan kegagalan jurulatih walaupun memiliki pemain yang cukup berkualiti dan bersemangat.

Saya lebih cenderung untuk menyalahkan KAFA kerana memilih Boateng, bukan salah Boateng. Berjayanya sesuatu persatuan bergantung kepada kecekapan pentadbirannya dalam menentukan tenaga kerjanya untuk menjayakan matlamatnya. Jika ada kepincangan dalam tenaga kerjanya maka pentadbiranlah puncanya.

Masih belum terlambat namun dijangkakan KAFA akan terus memberi peluang kepada Boateng. Tiada yang menarik sangat setakat ini dengan mutu permainan Kelantan. Serangan straight forward saja dibantu dengan kelincahan sayap kiri dan kanan untuk membawa masuk bola. Pemain akan keletihan dan ketika diserang dengan pantas, Kelantan pasti berdepan masalah.

Perubahan taktikal yang drastik dan jitu diperlukan segera. Kelantan tidak mempunyai masalah dari segi teknikal pemain dan jika mempunyai taktikal yang berkualiti nescaya Kelantan akan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Jangan tunggu penyokong merajuk lagi ataupun lebih teruk penyokong mengamuk. Tiada guna ada stadium canggih, skrin LED, tiket online, movie, kata kata semangat yang berapi tapi ada lagi lubang dalam team yang belum ditutup rapi.

Kritikan yang membina pasti mencetuskan perubahan yang membina.

Wish Boateng and The Red Warriors, all the best! Gomo Kelate Gomo!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Saturday, January 17, 2015

Antara FAM, Pasukan Negeri, Kelab dan Pemain

Liga Super 2015 akan bermula tidak lama lagi. Namun isu pemain yang melanggar kontrak masih lagi hebat diperkatakan. Sungguh muak dan nak muntah dengan isu ini yang mengisi dada akhbar dan berita setiap hari. Ooh! Bila nak habis..?

Kesimpulannya mungkin mudah..

1. Undang-undang

Ianya berpunca daripada kelemahan undang-undang yang ditetapkan FAM itu sendiri. Tapi bagi saya bukan undang-undang yang harus dipersalahkan tapi orang yang menulis undang-undang itu semestinya mereka yang menerajui FAM..

2. Duit

Sesiapa pun akan kabur mata dengan duit. Kalau tidak mana kan ada rahsuah, judi, rompak.. Orang yang mempunyai banyak duit semestinya akan menguasai dunia.. Demi duit, undang-undang letak tepi.. Kalau orang boleh rahsuah, judi dan rompak, langgar kontrak ni atau sign banyak kontrak pun boleh jadi.. Baik bola sepak, artis macam zizan yang dilaporkan baru2 ni, atau sape2 pn.. Malah, FAM sendiri masih tak buat keputusan mengenai penaja sebab nak kontrak yang boleh bagi mereka untung besar.. Tapi pepatah melayu ada mengatakan, ORANG YANG TAMAK SELALUNYA RUGI.. kita tengok sajalah wayang gambar yang sedang ditanyangkan sekarang ni..

Ketidakseimbangan kewangan kelab atau pasukan mendorong pemain untuk mencari pasukan yang lebih bagus dan lebih stabil dari segi kewangannya. Ditambah pula dengan kelemahan undang-undang maka semakin menjadi-jadi isu sebegini. Tapi elok juga sekurang-kurangnya terkena juga FAM, Pasukan Negeri, Kelab dan pemain itu sendiri.. Boleh dijadikan case study untuk penambahbaikan pada masa hadapan..

Kita bakal menyaksikan pasukan yang kuat kewangannya pastinya akan kuat pasukannya kerana mereka mampu melabur untuk mendapatkan pemain yang berkualiti, membeli pemain untuk divisyen dua dan secara tidak langsung melemahkan pasukan lawannya..

Salahkan pasukkan seperti JDT yang strong dari segi kewangannya untuk mendapatkan pemain dan jurulatih yang berkualiti? Pasukan seperti ini perlu juga jika tidak Liga Malaysia masih ditakuk yang lama.. Mungkin baru-baru mendapat banyak kritikan tapi lama-lama semua dah biasa.. Alah bisa tegal biasa..

Jika ada pasukan lain yang naik selepas ni akan mendapat kritikan yang sama.. Cuma biarlah mengikut undang-undang dan prosedur yang sepatutnya.. Yang penting badan induk perlu tegas untuk meletakkan CONTROL point untuk mengawal dan menentukan hala tuju masa depan bukan bagi DENDA saja.. Malangnya road map untuk ke pentas dunia masih lagi tiada.. Mungkin ada tapi kat mana?

2015 pastinya lebih mencabar berbanding 2014.. Dengan tambahan kualiti daripada pemain import, tiket kena GST?, bill astro akan naik?, ohhh.. Sekali lagi pasal duit, penyokong juga kena keluarkan duit lebih untuk tengok bola disamping merancang perbelanjaan harian.. April fool.. Mu tunggu GST datang!

The Red Warriors selamanya!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Tuesday, December 23, 2014

Senarai Pemain Kelantan (The Red Warriors) 2015

KEEPER
Khairul Fahmi Che Mat
Shahrizan Ismail
Syazwan Yusoff

DEFENDER
Norhafiz Zamani Misbah (BARU)
Nik Shahrul Azim Abd Halim
Nor Hazrul Mustapha (BARU)
Farisham Ismail
Jonathan McKain (BARU)
Tuan Mohd Faim Tuan Zainal Abidin
Zairul Fitree Ishak
Fitri Omar

MID-FIELDER
Ahmad Fakri Shaarani
Wan Zack Haikal
Brendan Gan
Badhri Radzi
Isaac Pupo (BARU)
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Rozaimi Azwar (BARU)
Faizol Nazlin
Ash Hameed (BARU)
Amar Rohidan

ATTACKER
Immanuel Kamogne (BARU)
Erwin Carrillo (BARU)
Nor Farhan Mohammad
Khairul Izuan Rosli
>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Putik Kapas (Cotton Buds) Lekat Dalam Lubang Telinga.. Warghhh!!!

Dalam tahun 2014, rupanya baru sekali update blog ni.. Haha.. Sungguh busy dengan kerja sampai blog terabai.. Lagipun tiada coretan menarik untuk The Red Warriors 2014.. Semuanya kecundang gara-gara kegagalan pengurusan.. Itulah kesimpulan yang mudah! Berjayanya sesuatu organisasi adalah bergantung kepada kecekapan pihak pengurusan keseluruhannya (80%) dan 20% lagi adalah faktor persekitaran. Fakta ni selalunya tepat dalam kebanyakkan keadaan. This is Pareto Rules..

Next round TRW 2015 mungkin menggegar lagi. Nantikan sejauh mana TRW mampu menyaingi pasukan lain terutamanya Tok Gajah and Johor Southern Tigers..

Tapi kali bukan pasal bola pastinya.. Yang aku nak share pasal kebengangan aku dengan putik kapas yang terlekat dalam lubang telinga masa aku tengah sedap korek telinga. Punya bangang putik kapas boleh tercabut. Hampeh.. Ni kali kedua dan kali ini aku ambil masa 1 jam untuk mengeluarkan putik kapas yang terlekat dalam lubang telinga. Puncanya aku tinggal seorang dan tiada siapa mampu bantu aku..

Ok.. Yang pertama aku akan black list Cotton Buds jenama "Tender Soft".. Aku beli kat Aeon Big, murah punya pasal, 5 packs aku kebas.. Selepas 10 batang guna, 2 kali tersumbat dalam lubang telinga, 5 packs tu aku buang semua.. Tak kiralah sape nak cakap apa, aku share je kat sini sebab ni pengalaman aku yang mengerikan.. Ambil masa sejam dan telinga tersumbat sebelah hampir pekak.. Hampir2 saja aku pergi klinik tapi nasib baik last2 dia tercabut jugak..

Aku tak tahu apa guna sebenar Cotton Buds.. Yang aku tahu gunanya untuk korek telinga.. Sebelum ni aku guna yang agak berkualiti, tak de la pernah tercabut.. Dengan masalah resdung telinga selalu gatal, terdesak punya pasal, lagi masa tengah shopping, aku kebas saja dengan anggapan seme cutton buds berkualiti sama.. Kali ni baru aku tahu apa bezanya.. Bye2 "Tender Soft" untuk selamanya..

Banyak blog aku search dorang seme cadangkan jangan korek telinga sebab bahaya.. Aku tak berani guna besi macam cangkul tu so best option bagi aku adalah cotton buds.. Nak tak nak kena korek jugakk sebab gatal..

Untuk panduan kalian, jika lekat putik kapas, first kena cari orang tolong keluarkan.. Guna lampu suluh, alat pengepit kecil untuk tarik keluar.. Kalau tak berjaya gi klinik cari doktor untuk keluarkan.. Macam kes aku tengah terdesak, seme benda aku bedal..

Okeh, jadi 2 posts untuk tahun 2014.. Looking forward for 2015! Happy New Year 2015!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Saturday, September 27, 2014

SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)

Lamanya tak update blog ni. Busy ngan macam-macam.. Puas duk saja, rasa macam nak update blog. Kali ni saya tertarik nak update pasal SAPS atau pun nama penuh dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini merupakan antara salah satu langkah bijak yang dilaksanakan oleh kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM/ MOE) dengan memanfaatkan kemudahan internet atau aplikasi web online sebagai salah satu platform rujukan untuk guru mahupun ibu bapa dan juga pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan peperiksaan pelajar sekolah rendah (Darjah 1-6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1-5). Panjang pulak ayat atas ni.. Hehe.. Itu berdasarkan pemahaman saya sendiri lah apa itu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah a.k.a SAPS.

Ni laman web dia: SAPS online/ semakan SAPS

Tiba tiba teringat plak SAP system yang orang duk guna dalam demand-supply analysis. Huh.. Lagi satu software SPSS. Sape2 yang keje dengan Marketing, Supply Chain atau Business tahulah apa benda SAP ngan SPSS. Dekat-dekat dah nama SAPS ni dengan SAP and SPSS.. :)

Rasanya mungkin ramai juga yang belum tahu akan kewujudan sistem ini seperti saya yang tiba-tiba sahaja rasa tertarik untuk hebahkan kepada umum. Mungkin guru atau pelajar atau ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang telah pun bersekolah, mereka pastinya arif tapi bagi saya yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia anak-anak ni perlu mula untuk merancang masa depan anak. Langkah pertama dengan mengkaji apa yang ada dengan sistem pelajaran kita sekarang ini.

Ok.. Berbalik kepada SAPS ni, mungkin kita boleh kategorikan kepada 3 semakan iaitu:
1. Semakan guru
2. Semakan ibu bapa
3. Semakan pelajar

Semakan guru
Tugas guru semestinya perlu memasukkan data atau keputusan peperiksaan pelajar dalam sistem SAPS. Makin mencabarlah kerja sebagai seorang guru ye.. Sabar ye cikgu.. Hehe.. Pengorbananmu guru tiada bandingannya.. Nak masukkan satu-satu kemudiannya seorang demi seorang, memang letih. Mungkin KPM perlu juga mempertimbangkan untuk additional headcount contohnya membuka peluang kerja untuk data entry bagi membantu cikgu-cikgu sekalian. Apa yang positif, cikgu kini semestinya lebih IT savvy dan senang untuk buat semakan. Bagi cikgu generasi Y atau Z semestinya tidak mempunyai masalah tetapi generasi X dan sebelumnya pasti menghadapi sedikit cabaran.

Semakan ibu bapa
Jika guru sudah bersusah payah untuk update keputusan peperiksaan pelajar, maka peranan ibu-bapa pula lah untuk pergi semak data SAPS dan buat analisis prestasi anak-anak mereka. Bukan setakat tengok saja tapi perlu membantu sistem pembelajaran dengan mengambil tahu, membantu anak-anak dan berkomunikasi dengan anak-anak dan juga guru untuk memperbaiki pencapaian anak-anak mereka. Jika anak-anak sudah cemerlang, apa lagi, bagilah ganjaran yang menyuntik semangat, berfaedah dan apa sajalah yang sewajarnya..

Jadi ibu bapa apa lagi. Silalah ke laman web ini dengan segera: SAPS untuk semakan IBU BAPA tercinta

Semakan pelajar
Belajarlah dan berjayalah untuk memimpin Malaysia..

Antara paparan screen shot SAPS:





Rasanya tak perlu panduan kot sebab system dia memang user-friendly. Cuma:

1. Masukkan Kad Pengenalan (KP) atau Sijil Lahir anak iaitu nombor sahaja tanpa dash (-) atau space ( )
2. Pilih SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
3. Pilih TAHUN daripada senarai drop down
4. Klik Semak Laporan

Dah siap! 

Rasanya itu saja.. Sekian, terima kasih..

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Tuesday, November 12, 2013

3 Pemenang Kasut Emas Perkuat The Red Warriors 2014

Susulan update Tan Sri Annuar Musa dalam FB, 3 pemain yang pernah memenangi anugerah Kasut Emas akan menyertai The Red Warriors 2014 terus menjadi tanda tanya dan bualan hangat.

Berikut ialah senarai Pemenang Kasut Emas Liga Malaysia dari tahun 2000-2013 dalam Liga Super dan Liga Perdana.

Soalannya, siapakah yang akan menjadi pilihan The Red Warriors 2014?

Pemenang Kasut Emas Liga Super Malaysia

Pemenang Kasut Emas Liga Perdana Malaysia



>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Tuesday, November 5, 2013

Rumours Senarai Perpindahan Pemain Kelantan 2014

Berakhirnya Piala Malaysia 2013 maka berlabuhlah tirai aksi bola sepak di Malaysia. Seperti biasa, tajuk utama yang akan menjadi bualan di Facebook, akhbar harian, kedai kopi, tempat kerja, kedai makan, blog dan di mana-mana adalah senarai perpindahan pemain khususnya pemain Kelantan untuk tahun 2014.

Perpindahan untuk pemain adalah untuk mencari pendapatan dan masa depan yang lebih baik. Untuk Kelab pula untuk memantapkan pasukan lagi untuk menarik perhatian penyokong untuk mengetatkan lagi kantung poket persatuan. Tidak dapat dinafikan, bola sepak Malaysia sudah mula melonjak naik selepas setiap kelab dan persatuan di semua negeri dilihat bersungguh-sungguh untuk bersaing untuk mengangkat imej bola sepak Malaysia. Namun ada juga sikap negatif segelintir pihak menganggap bola sepak sebagai medan pengaduhan. Ini adalah sikap yang tidak wajar dan perlu diatasi segera.

Bagi peminat bola sepak, penyokong Kelantan khususnya, berikut ialah senarai HOT perpindahan pemain Kelantan 2014 dan pemain yang sedang dipancing yang hebat diperkatakan setakat ini:

Pemain yang akan keluar?
Azizi Mat Rose (JDT)  - 100% Confirmed
Daudsu Jamaludin (JDT) - 100% Confirmed
Rizal Fahmi (Selangor) - 100% Confirmed
Izuan Salahuddin - Sime Darby
S. Subramaniam (JDT)  - 100% Confirmed
Shakir Shaari (JDT) - 100% Confirmed
Badhri Radzi @ Piya (JDT) Kekal
Indra Putra Mahyudin (Felda United) - 100% Confirmed
Norfarhan Mohamad (Terengganu) - 100% Confirmed
Faiz Subri (Perak)
K Nanthakumar (Perak)
Zairo Anuar Zailani (Terengganu)
Haris Safwan 

Pemain yang sedang dipancing?
Abdulla Baba Fatadi (Bahrain) --> TSAM oyak x dok dale list
Amiridzwan Taj (ATM) --> TSAM oyak x dok dale list
Fitri Omar (ATM)
Mohd Lot Abu Hassan (PKNS)
Shakir Ali (Negeri Sembilan) - 100% confirmed
Wan Zaharul Nizam (Harimau Muda) - 100% confirmed
Khairul Izwan (PDRM) --> Hampir pasti
Effa Owona (Terengganu)
Forkey Doe (Selangor) --> Hampir pasti
Khyril Muhymeen Zambri (Kedah) --> TSAM oyak x dok dale list
Irfan Bachdim (Indonesia)
Mohamad Ghaddar (Lubnan/ Felda United)
Azamuddin Akil (Pahang)
Marlon Alex James (ATM)
Tengku Hasbulah Raja Hassan (Kedah) --> Hampir pasti
Brendan Gan --> 100% confirmed
Faiz Suhaimi (skuad Piala Presiden) --> 100% confirmed by TSAM
Faizul Nazlin (skuad Piala Presiden) --> 100% confirmed by TSAM

Tak tahulah betul ke tidak tapi yang pastinya kenalah tunggu pengumuman rasmi daripada TSAM. 

Bukan setakat pemain, Coach pun diperkatakan:

Bojan Hodak (Kelantan ke ???) diganti oleh Steve Darby
B.Sathianatan (ATM ke Selangor)
Hj Abd Rahman Ibrahim (PKNS ke Terengganu)
V.Sundramurthi (LionsXII ke N9)
Dollah Salleh (Pahang ke FAM/ PKNS)
E.Elavarasan (Terengganu ke Melaka)
Marijo Tot (Kedah ke Sime Darby)
Irfan Bakti (Selangor ke Felda United)
Azraai Khor (T-Team) --> 100% confirmed


Gomo Kelate Gomo!



>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Tahniah Pahang berjaya menewaskan Kelantan 1-0 di pentas akhir Piala Malaysia 2013 sekali gus bergelar juara Piala Malaysia 2013. Pahang dari Pantai Timur berhak untuk merangkul gelaran juara di atas kesungguhan barisan pentadbiran, jurulatih, pemain dan penyokong mereka sendiri.

Pelbagai alasan dilemparkan disebalik kegagalan Kelantan mempertahankan Piala Malaysia edisi kali ini. Nyata kehilangan Obinha menjadi punca utama di samping faktor hujan, taktikal yang tidak menjadi, kelalaian dan kehilangan fokus menjadi alasan turutan.

Selain itu, mungkin juga faktor kontroversi perpindahan pemain dan kesungguhan jurulatih Bojan Hodak sedikit sebanyak memberi kesan kepada corak permainan Kelantan. Biarpun mendapat sokongan penuh penyokong, namun tiada rezeki untuk Kelantan kali ini.

Laluan Kelantan ke pentas Final amatlah boleh dibanggakan apabila berjaya mengatasi kumpulan maut. Kelantan mendahului Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan. Suku akhir yang dramatik mengalahkan Johor DT 6-1 di Kota Bharu adalah pencapaian luar biasa setelah kalah kepada JDT 4-2 di Larkin. Kemudian membedil ATM 2-1 di Selayang sebelum bangkit dalam 10 minit terakhir 2-2 di Kota Bharu untuk menempah tiket ke Final.

Namun segala-galanya tidak menjadi apabila di pentas Final biarpun berjaya menundukkan pasukan-pasukan terhandal di Malaysia.

Diharapkan skuad The Red Warriors mampu bangkit untuk tahun 2014 yang dianggap lebih mencabar. Apa yang boleh dibanggakan, Kelantan merupakan pencetus kepada transformasi bola sepak Malaysia. Tahniah TSAM, kepimpinan KAFA, pemain The Red Warriors dan jutaan peminat dan penyokong fanatik The Red Warriors.
Gomo Kelate Gomo!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Saturday, March 30, 2013

Video: ATM 2 - Kelantan 3 Liga Super 2013

X dan weh nk update mugo bz nge kijo.. Saksikan video jaringan gol ATM vs Kelantan di stadium Paroi. Kelantan hampir berputih mata ketika perlawanan hampir ke wisel penamat akibat ketumpulan jentera serangan. 2 jaringan pertama diperoleh hasil kesilapan pemain ATM. ATM kemudiannya bangkit dengan aksi bertenaga untuk menyamakan kedudukan. Nyata barisan pertahanan kita masih belum cukup kental bertahan terutamanya ketika berhadapan dengan sepakan percuma. gabra bakali..

 Paan altromen menjadi wira kemenangan Kelantan semalam. Gomo Paan Gomo. Gomo Kelate Gomo! Jaringan Kelantan: Indra, Keita & Norfarhan..


 
>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Tuesday, March 5, 2013

Petratos, Nwakaeme jadi taruhan


Kota Bharu: Penyerang import Kelantan, Keita Mandjou tidak dapat beraksi menentang Maziya Sports & Recreation (Maziya S R) dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.

Menurut sumber, kokosongan posisi Mandjou memberi ruang bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos dan penyerang Nigeria, Dickson Nwakaeme untuk menerajui jentera serangan The Red Warriors.

Selain dua penggempur, Kelantan juga memperkukuhkan pertahanan dengan menggunakan khidmat pemain dari Croatia, Lek Kchira yang bakal bergandingan bersama Obinna Nwaneri.

“Mandjou mungkin tidak beraksi malam esok kerana empat lagi pemain import bakal mendapat tempat dan langkah ini untuk memperkuatkan pasukan.

“Dengan barisan pemain ini diharap pasukan dapat pergi ke peringkat lebih jauh berbanding musim lepas,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, semalam.

Sementara itu, pemain pertahanan, Mohd Daudsu Jamaludin berkata, Kelantan bertekad sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir musim ini selepas terkandas di suku akhir tahun lalu.

“Kita mahu kejayaan lebih besar berbanding musim lalu namun ini bukan tugas mudah malah memerlukan semangat yang tinggi.

“Jika dulu kita beraksi untuk menimba pengalaman tetapi kali ini kita sudah matang dan cukup bersedia,” katanya.
Sumber: myMetro

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Monday, March 4, 2013

Singa optimis baham The Red Warriors

PERTEMBUNGAN dua gergasi - Lions XII dan Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu ini bakal menjanjikan aksi yang cukup mendebarkan buat peminat fanatik kedua-dua pasukan.

Kelebihan beraksi di atas permukaan padang tiruan pastinya dimanfaatkan sepenuhnya buat skuad kendalian V. Sundramoorthy melakar kemenangan bergaya.

Kekecewaan gagal membawa pulang tiga mata berharga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan bawahan liga, Felda United kelmarin juga mahu dilupakan segera oleh Sundramoorthy.

Beliau memberitahu, barisan pemainnya diharap tidak kehilangan fokus dengan meneruskan rentak permainan terbaik ketika berdepan The Red Warriors kelak.

"Saya percaya persembahan kami lebih baik ketika beraksi di laman sendiri, justeru saya harap kami dapat bermain dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya (berdepan Kelantan)," katanya.

Begitupun, rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Jalan Besar dalam saingan Liga Super musim lalu dilihat tidak memihak kepada Lions XII apabila tumpas 1-2 kepada Kelantan, selain Sang Kijang juga cemerlang di Kota Bharu apabila menang selesa 3-0.

Ketika ini, Sang Singa masih selesa di tangga ketiga liga apabila mengutip 14 mata, tiga mata di depan Kelantan di tangga keenam.

Mengulas mengenai pertemuan berdepan Felda United kelmarin, jelas Sundramoorthy, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya mencuri satu mata.

Pada masa sama, beliau juga memuji kekebalan benteng pertahanan pasukannya menyerap serangan tuan rumah biarpun tempang beraksi dengan 10 pemain selepas Baihakki Khaizan dibuang padang.

"Kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan ini selepas kehilangan Baihakki.

"Namun saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini," katanya.

Selepas berdepan Kelantan nanti, Lions XII bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan (30 Mac) di Stadium Jalan Besar sebelum menanti kunjungan Perak juga di stadium sama seminggu kemudian.

Kosmo!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Video: Kelantan vs Perak 1-1 Liga Super 2013


>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Tuesday, February 26, 2013

Fakri Milik Kelantan


DESAS-desus mengenai kelibat seorang lagi pemain muda berbakat yang berkelana menimba ilmu di Portugal, Ahmad Fakri Saarani akan kembali mewarnai liga bola sepak tempatan, akhirnya menjadi kenyataan apabila dia kini sah menjadi milik gergasi Pantai Timur, Kelantan.

Selepas Nazmi Faiz Mansor, 19, yang beraksi untuk S.C. Beira-Mar, kini tiba giliran pemain kebangsaan berusia 24 tahun yang merupakan anak kelahiran Kota Bharu itu.

Sebelum ini Fakri mengikat kontrak selama enam bulan bersama kelab Divisyen Tiga Portugal Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC).

Pengesahan berita tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa melalui laman sosial Facebook beliau semalam, dan ia pastinya memberi- kan khabar gembira kepada para peminat The Red Warriors.

Menurut Annuar, pihaknya telah menyelesaikan segala urusan melibatkan kontrak pemain berkenaan, termasuk perbincangan dengan kelab dari Portugal tersebut yang berjaya dimuktamadkan kelmarin.

Ia bermakna, Kelantan berjaya membawa pemain berkenaan ke Kota Bharu.

“Semuanya telah selesai melalui wakil kedua-dua pihak di Portugal. Kehadiran Fakri akan memperkasakan lagi jentera serangan The Red Warriors yang kini turut memiliki Dimitrios Petrators dan Dickson Nwakaemi.

“Fakri dijangka pulang ke tanah air Mac ini, sebaik sahaja tamat liga di Portugal,” kata Annuar melalui laman sosial tersebut.

Beliau yang dihubungi kemudiannya memberitahu, Ahmad Fakri menandatangani kontrak bersama Kelantan selama setahun dengan pilihan lanjutan kontrak selama setahun lagi.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, pengurus peribadi pemain tersebut, Faisal Zakariah membayangkan bahawa pemain di bawah jagaannya itu mungkin kembali beraksi dalam liga tempatan jika kelab yang diwakilinya gagal naik ke divisyen dua.

Kosmo! dalam laporan sebelum ini juga menyiarkan khabar angin tentang kemungkinan pemain muda berbakat itu akan pulang beraksi dalam liga tempatan dan memilih Kelantan sebagai pasukan baharu yang ingin diwakili bagi mengembangkan kariernya.

Annuar dalam pada itu turut menjelaskan, Ahmad Fakri menepati beberapa kriteria diperlukan oleh The Red Warriors, iaitu bermain untuk pasukan kebangsaan dan berada di posisi penyerang yang mana Kelantan kini memerlukan seorang penyerang berkesan untuk menyelesaikan masalah jentera hadapan mereka.

Untuk rekod, Ahmad Fakri memulakan kerjaya selaku pemain bola sepak dengan menyertai skuad Piala Presiden Perak pada tahun 2006 sebelum menyertai pasukan senior selama dua musim (2007 hingga 2008).

Bintang Ahmad Fakri terus bersinar apabila dia kemudiannya dipanggil menyertai skuad

Harimau Muda A pada musim 2008 hingga 2009.

Sumber: Kosmo!

>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Video Kelantan vs Pahang: 2-2 Liga Super 2013

Kelantan hanya mampu mencatat keputusan seri apabila Pahang 2 kali bangkit untuk menidakkan hasrat Kelantan membenam mereka di laman sendiri. Kali ini, Pahang kelihatan begitu kebal di laman sendiri di tambah pula dengan kehadiran penyokong mereka yang begitu memberansangkan. Syabas Pahang.


Kelantan dilihat menunjukkan rentak yang agak kemas berbanding perlawanan sebelumnya. Keita nyata belum mampu memuaskan penyokong apabila masih gagal untuk membantu atau melakukan sebarang gerakan berbahaya di hadapan gol biarpun berhadapan satu sama satu.

Diharap Kelantan terus bangkit untuk perlawanan seterusnya, menentang Perak di Kota Bharu.

Gomo Kelate Gomo!



>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Saturday, February 23, 2013

Penyokong Pahang, Kelantan dipisah

Polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menimbulkan kekecohan semasa perlawanan Liga Super antara Pahang dan Kelantan di Stadium Darul Makmur di sini malam esok.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata seramai 322 anggota akan ditempatkan untuk berkawal di luar dan di dalam stadium.

"Hasil perbincangan, pihak pengurusan stadium juga bersetuju untuk mengasingkan tempat duduk antara kedua-dua penyokong.

"Kita jangkakan seramai 28,000 penonton akan membanjiri stadium dan dikhuatiri keadaan itu boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal serta mencetuskan situasi yang menggugat ketenteraman awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohd Jsmani berkata anggota polis akan turut berkawal di 14 pintu masuk stadium bagi memastikan penyokong kedua-dua pasukan tidak membawa masuk sebarang peralatan yang boleh mengancam keselamatan. Beliau turut meminta orang ramai tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 

Sumber: Astro Arena
>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!

Video Kelantan vs Terengganu: 2-0 Liga Super 2013


Kelantan menang 2-0 hasil jaringan Keita Manjou. Semoga Keita terus membuktikan bahawa dirinya masih berbisa setelah berjaya memecahkan telor setelah 6 perlawanan berlalu.


Gomo Kelate Gomo!



>>Baca selanjutnya >> This is The Red Warriors Territory!