Lamanya tak update blog ni. Busy ngan macam-macam.. Puas duk saja, rasa macam nak update blog. Kali ni saya tertarik nak update pasal
SAPS atau pun nama penuh dikenali sebagai
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini merupakan antara salah satu langkah bijak yang dilaksanakan oleh kerajaan khasnya
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM/ MOE) dengan memanfaatkan kemudahan internet atau aplikasi web online sebagai salah satu platform rujukan untuk guru mahupun ibu bapa dan juga pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan peperiksaan pelajar sekolah rendah (Darjah 1-6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1-5). Panjang pulak ayat atas ni.. Hehe.. Itu berdasarkan pemahaman saya sendiri lah apa itu
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah a.k.a SAPS.
Ni laman web dia:
SAPS online/ semakan SAPS
Tiba tiba teringat plak
SAP system yang orang duk guna dalam demand-supply analysis. Huh.. Lagi satu software
SPSS. Sape2 yang keje dengan
Marketing,
Supply Chain atau
Business tahulah apa benda SAP ngan SPSS. Dekat-dekat dah nama SAPS ni dengan SAP and SPSS.. :)
Rasanya mungkin ramai juga yang belum tahu akan kewujudan sistem ini seperti saya yang tiba-tiba sahaja rasa tertarik untuk hebahkan kepada umum. Mungkin guru atau pelajar atau ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang telah pun bersekolah, mereka pastinya arif tapi bagi saya yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia anak-anak ni perlu mula untuk merancang masa depan anak. Langkah pertama dengan mengkaji apa yang ada dengan sistem pelajaran kita sekarang ini.
Ok.. Berbalik kepada SAPS ni, mungkin kita boleh kategorikan kepada 3 semakan iaitu:
1. Semakan guru
2. Semakan ibu bapa
3. Semakan pelajar
Semakan guru
Tugas guru semestinya perlu memasukkan data atau keputusan peperiksaan pelajar dalam sistem SAPS. Makin mencabarlah kerja sebagai seorang guru ye.. Sabar ye cikgu.. Hehe.. Pengorbananmu guru tiada bandingannya.. Nak masukkan satu-satu kemudiannya seorang demi seorang, memang letih. Mungkin KPM perlu juga mempertimbangkan untuk additional headcount contohnya membuka peluang kerja untuk data entry bagi membantu cikgu-cikgu sekalian. Apa yang positif, cikgu kini semestinya lebih IT savvy dan senang untuk buat semakan. Bagi cikgu generasi Y atau Z semestinya tidak mempunyai masalah tetapi generasi X dan sebelumnya pasti menghadapi sedikit cabaran.
Semakan ibu bapa
Jika guru sudah bersusah payah untuk update keputusan peperiksaan pelajar, maka peranan ibu-bapa pula lah untuk pergi semak data SAPS dan buat analisis prestasi anak-anak mereka. Bukan setakat tengok saja tapi perlu membantu sistem pembelajaran dengan mengambil tahu, membantu anak-anak dan berkomunikasi dengan anak-anak dan juga guru untuk memperbaiki pencapaian anak-anak mereka. Jika anak-anak sudah cemerlang, apa lagi, bagilah ganjaran yang menyuntik semangat, berfaedah dan apa sajalah yang sewajarnya..
Jadi ibu bapa apa lagi. Silalah ke laman web ini dengan segera: SAPS untuk semakan IBU BAPA tercinta
Semakan pelajar
Belajarlah dan berjayalah untuk memimpin Malaysia..
Antara paparan screen shot SAPS:
Rasanya tak perlu panduan kot sebab system dia memang user-friendly. Cuma:
1. Masukkan Kad Pengenalan (KP) atau Sijil Lahir anak iaitu nombor sahaja tanpa dash (-) atau space ( )
2. Pilih SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
3. Pilih TAHUN daripada senarai drop down
4. Klik Semak Laporan
Dah siap!
Rasanya itu saja.. Sekian, terima kasih..