Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Saturday, March 31, 2012

Norshahrul Idlan Talaha Bakal Kembali April Ini

Update ringkas, seperti yang disahkan melalui Berita Astro Arena, Mat Yo sah akan kembali April ini. Mat Yo mengesahkan beliau akan pulih sepenuhnya menjelang April nanti untuk bersama Kelantan dalam aksi Liga Super dan Piala FA. Pastinya semua peminat The Red Warriors sangat merindui aksi Mat Yo dan begitu juga Mat Yo tidak sabar lagi untuk membantu Kelantan di persada liga.

Ketika ditemui Astro Arena, Mat Yo sekarang ini menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan. Walaupun tidak pulih sepenuhnya lagi, namun Mat Yo yakin dapat beraksi terutamanya ketika bertemu Kedah dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2012.

Dengan hadirnya Mat Yo, Kelantan akan lebih garang lagi walaupun Kelantan dikatakan berada dalam kesebelasan terbaik ketika ini. Gandingan bijak Farhan dan Nwoha dibantu pula oleh barisan tengah yang cukup kental dan barisan pertahanan yang terbaik, maka tidak ada sebab Kelantan akan tewas. Kedatangan kembali Mat Yo akan menambahkan lagi gerun kepada lawan.

Gomo KELATE Gomo!!!!!!!!!!!!!

Keputusan Kelantan vs Felda United 5-1, Game 11 Liga Super 2012

Kelantan vs Felda United Liga Super 2012 (5-1). Penjaring Kelantan:
1. Nwoha (m3)
2. Nwoha (m42)
3. Farhan (m65)
4. Indra (m67)
5. Piya (m81)

Kelantan vs Felda United 2012 - Kelantan terus mengganas apabila membelasah kelab yang berada di tangga bawah liga ketika ini, Felda United dengan jaringan besar musim ini, 5-1. Nwoha memainkan peranan penting dalam perlawanan semalam apabila berjaya menemui kembali sentuhan untuk menjaringkan gol setelah membuka jaringan pada awal permainan (minit ke-3) dan minit ke-42. Peningkatan aksi mendadak Nwoha nyata mendapat pujian daripada setiap penyokong The Red Warriors.

Felda United bagaimanapun berjaya mendapat gol pertama sebaik sahaja Nwoha menjaringkan gol di awal permainan. Bagaimanapun, corak cantik permainan Kelantan yang diterap oleh Bojan nyata memberikan impak yang besar apabila Kelantan dilihat selesa bergerak kehadapan dan banyak melakukan hantaran pendek yang kemas. Dengan kelebihan beraksi di gelangan sendiri, Kelantan berjaya membenam Felda United dengan tambahan jaringan menerusi penyerang berbisa Piala FA, Norfarhan pada minit ke-65, Indra Putra pada minit ke-67 dan Kapten Piya pada minit ke-81.

Walaupun Felda cuba bangkit, Kelantan seperti biasa dengan mentaliti kemenangan tidak memberi peluang langsung untuk menghiburkan penyokong dan membuktikan bahawa Kelantan berada di landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super 2012.

Gomo KELATE Gomo!!!

Thursday, March 29, 2012

Aksi Nwoha Semakin Menjadi

Tahniah kepada Nwoha kerana berjaya memecah kebuntuan menjaringkan gol apabila beliau berjaya menggembirakan penyokong Kelantan dengan menjaringkan gol menerusi sepakan kencang ketika berdepan KL SPA dalam suku akhir kedua Piala FA. Nwoha kemudiannya dilayangkan kad kuning kerana terlebih excited membuka baju sejurus sahaja beliau berjaya menamatkan badi dan kritikan penyokong.

Apa yang lebih menarik, Nwoha semakin mendapat tempat dihati para penyokong kerana beliau dilihat lebih rajin di atas padang berbanding dengan Ghaddar yang setakat ini hanya bijak mengambil peluang untuk mendapatkan sepakan penalti sahaja. Biarpun begitu, diharap penyerang import Kelantan terus bekerja keras untuk membantu Kelantan mempertahankan Liga Super dan merampas Piala FA yang dimiliki oleh Terengganu sebelum ini.

Terengganu dilihat semakin berbisa apabila mereka berjaya melepasi cabaran getir Lion XII. Dalam aksi suku akhir pertama, Terengganu berjaya menundukkan Lion 1-0 di Kuala Terengganu dan berjaya mengikat Lion 0-0 di Singapura. Terengganu juga memiliki ramai pemain berbisa yang boleh dikatakan mantap dan berpengelaman. Biarpun Kelantan berjaya menewaskan Terengganu di Kota Bharu, Kelantan harus berhati-hati kerana musuh tradisi adik dan abang itu dijangkakan bakal berentap sekali lagi di pentas FINAL PIALA FA 2012.

Disamping memiliki pemain tempatan yang berpengalaman, Kelantan begitu menagih khidmat pemain import untuk memperkukuhkan lagi jentera The Red Warriors terutamanya di bahagian serangan. Khidmat Mat Yo sangat ditagih. Diharap Nwoha akan terus meningkat dan kembali menemui sentuhan berbisa.

Terbaru Kelantan dikhabarkan bersaing dengan Perak untuk merebut bekas pemain Seladang pada tahu 2004, KEITA. Keita yang sekarang ini berada di India pernah dinobatkan pemain terbaik pada tahun 2010-2011.

Apapun keputusan, The Red Warriors tetap yang terbaik. Gomo Kelate Gomo!!!

Wednesday, March 28, 2012

Keputusan Kelantan vs KL SPA Suku Akhir 2 Piala FA 2012

Kelantan mara ke separuh akhir dengan menundukkan KL SPA 2-0 di Kota Bharu semalam. Jaringan disumbangkan oleh Farhan yang begitu cemerlang dalam aksi Piala FA 2012 dan Nwoha. Kelibat Nwoha juga dilihat semakin meningkat walaupun masih tidak mampu untuk menyakinkan peminat ketika gagal menyudahkan tugas beliau menjaringkan gol melalui sepakan penalti.

Kelantan bakal berjumpa dengan Kedah di separuh akhir yang mara apabila menundukkan T-Team 2-1 di Terengganu. T-Team terpaksa akur dan berputih mata apabila gagal mengambil peluang terbaik beraksi di laman sendiri. Mereka terpaksa bekerja keras namun terpaksa melupakan hasrat untuk bertemu Kelantan. Dipetik melalui keratan akhbar Kosmo, T-Team akan fokus 100% dalam aksi liga super untuk mencabar 3 pasukan terbaik ketika ini dan matlamat mereka untuk menamatkan liga super dalam 5 kelompok terbaik.

Syabas untuk Kelantan dan diharapkan Kelantan tidak mengambil mudah strategi Kedah yang dilihat semakin naik mendadak sejak Wan Jamak mengambil alih biarpun ketika ini mereka berada di kedudukan ke-11 dalam liga super. Semangat juang yang tinggi dan strategi yang menjadi adalah kunci kejayaan mereka. Walaupun Kelantan gagal kenduri gol ketika menewaskan KL SPA di gelanggang sendiri, diharap aksi pemain terus konsisten dan mempamerkan corak permainan terbaik.

Gomo Kelate Gomo!!

Keputusan semasa ketika ini seperti dalam gambar di bawah:


Keputusan Piala FA 2012 - sehingga 28 March 2012

Sunday, March 25, 2012

Keputusan Kelantan vs KL SPA Suku Akhir 1 Piala FA 2012

Kelantan memanfaatkan peluang sepenuhnya apabila berjaya membenam KL SPA 3-0 dalam perlawanan Suku Akhir Pertama di stadium kedua Kelantan, Stadium Nasional Bukit Jalil. Bekalan selesa 3-0 pastinya mencerahkan lagi peluang Kelantan untuk ke separuh akhir untuk bertemu sama ada Kedah ataupun T-Team.

Pemain yang mencatatkan nama selaku penjaring ialah Kapten Piya (gol pembukaan minit ke-45), dan Farhan (minit ke-46 dan 76).

Dengan itu, Keputusan Penuh Suku Akhir Pertama Piala FA 2012:

Kelantan vs KL SPA = 3 - 0
Terengganu vs Lion XII = 1 - 0
Kedah vs T-Team = 0 - 0
Sime Darby vs Johor FC = 3 - 2

Kelantan sudah boleh dikatakan sebelah kaki sahaja lagi atau sudah pun layak ke separuh akhir kerana perlawanan kedua bakal berlangsung di kubu kuat Kelantan, di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Malah dijangkakan Kelantan juga akan berpesta gol dan melayakkan ke peringkat separuh akhir dengan penuh bergaya.

Gomo Kelate Gomo!!

Friday, March 23, 2012

Kelantan Congak Slot Ke Akhir Piala FA 2012

Harapan Kelantan untuk ke peringkat Separuh Akhir dan seterusnya ke peringkat akhir Piala FA 2012 tampak agak cerah jika berdasarkan prestasi semasa. Kelantan yang ketika ini sudahpun mara ke peringkat suku akhir dijangka mampu menjinakkan pasukan KL SPA untuk menempah tiket ke separuh akhir. Walaubagaimanapun, laluan Kelantan mungkin juga agak sukar apabila bakal berhadapan dengan Kedah atau T-Team; kedua-dua pasukan ini menunjukkan peningkatan prestasi yang mendadak juga ketika ini.

Jika dinilai berdasarkan kedudukan Liga Super, Kedah sekarang ini menghuni di tangga ke-12 manakala T-Team ditangga ke-4. Atas kertas, T-Team dilihat lebih berpeluang untuk bertemu Kelantan namun peningkatan dan semangat Kedah ketika ini juga tidak harus dinafikan.

Berdasarkan congakan awal, Kelantan masih lagi berada dilandasan tepat. Sebaliknya jangkaan pasukan dari sebelah kiri agak terpesong. Selangor dan Negeri Sembilan sudah tersingkir awal. Pengekor rapat Kelantan dalam Liga Super, Terengganu dan Lion XII dijangka akan memberi persembahan ibarat di final. Kedua-duanya konsisten dan tidak dapat dijangka. Satu pasukan lagi, Johor FC dijangka mampu menjinakkan Sime Darby untuk ke separuh akhir untuk bertemu sama ada Terengganu ataupun Lion XII.

Apapun keputusan, diharap The Red Warriors mampu mempamerkan aksi yang terbaik. Kekalahan kepada kelab Myanmar tempoh hari harus dilupakan. Sepenuh perhatian diperlukan untuk Piala FA biarpun jadual Kelantan sangat ketat berbanding pasukan-pasukan lain. Kehadiran Mat Yo juga ditagih untuk mencerahkan dan mengembalikan corak serangan sebenar Kelantan yang sekarang ini agak tumpul untuk membolosi gol lawan.

Segalanya yang terbaik untuk The Red Warriors!!
Update semasa Piala FA 2012 disini.
Jadual dan jangkaan awal Piala FA Malaysia 2012 disini.

Cara Buat Tuntutan/ Claim Perkeso/ Socso/ Sokso

Sekadar kongsi berdasarkan pengalaman. Kepada sesiapa yang pernah mengalami kecelakaan ataupun malapetaka tempat kerja, pastinya mereka sudah tahu cara-cara untuk membuat tuntutan faedah ataupun claim daripada Perkeso. Perkeso atau juga dikenali dalam english sebagai Socso ataupun dalam bahasa Kelate Sokso.. Untuk sesiapa yang makan gaji, mereka diwajibkan untuk mencarum kepada Perkeso untuk mendapat perlindungan insurans daripada bencana tempat kerja. Biasanya caruman tersebut dibuat terus oleh majikan tempat kerja..

Jadi jika sesiapa yang mengalami bencana atau kemalangan di tempat kerja, dalam perjalanan menuju ke tempat kerja ataupun pulang dari tempat kerja, adalah sangat merugikan jika tidak membuat tuntutan kepada Perkeso. Selalunya punca mereka tidak membuat tuntutan adalah kerana tidak tahu proses atau cara mengemukakan permohonan..

Secara ringkasnya jika anda terlibat dalam kemalangan yang melibatkan tempat kerja, anda boleh mengemukakan permohonan jika anda cedera dan terpaksa cuti sakit yang disahkan dan dibenarkan oleh doktor yang diiktiraf.

Bedasarkan pengalaman sendiri, proses atau dokumen yang diminta adalah:
1. Laporan polis. Pengalaman saya disini tapi ditulis dalam dialek Kelantan :)
2. Peta tempat kejadian (lakar sendiri atau print sahaja dari google map, buat anak panah arah tuju dan bulatkan kawasan kejadian)
3. Salinan semua sijil sakit termasuk MC tambahan jika ada
4. IC
5. Salinan rekod kedatangan kerja pada hari kejadian (dapatkan daripada HR)
6. Salinan slip gaji 6 bulan terakhir
7. Selebihnya mengisi borang yang boleh didapati di Perkeso. Isi mengikut apa yang dikehendaki.

Dokumen di atas perlu dihantar semula kepada Perkeso untuk membuat tuntutan pertama iaitu tuntutan kecacatan sementara. Jika anda mengalami kecacatan kekal yang melibatkan bahagian organ utama (mata/ mulut/ gigi/ jari tangan dan kaki/ kepala dan sebagainya) atau tulang (retak/ patah/ bengkok/ lumpuh dan sebagainya), anda layak untuk membuat permohonan tuntutan faedah kecacatan kekal. Semua permohonan di atas hendaklah dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh cuti sakit terakhir anda.

Edit: Pengalaman saya Perkeso tidak bagitahu pun yang kita boleh claim kecacatan kekal. Mungkin untuk save duit mereka. Saya dapat info daripada kawan saya. Jadi, jika anda rasa anda mengalami kecacatan kekal seperti contoh yang saya tulis kat atas, pastikan kemukakan permohonan. Kecacatan kekal tu mungkin memberi kesan kepada prestasi anda dalam kehidupan harian seperti patah, buta, lumpuh dan sebagainya. Ia mungkin juga memberi kesan kepada emosi (contoh malu sebab patah gigi, berparut di muka, etc).

Biasanya bayaran yang diberikan untuk kecacatan sementara/ bayaran untuk MC adalah tidak banyak. Berdasarkan pengalaman, 8 hari MC faedah yang dibayar lebih kurang dalam RM 500, bergantung kepada gaji seseorang. Namun jika anda mengalami kecacatan kekal, jika kecacatan anda 2%, bayaran yang diberi agak lumayan. Lebih kurang RM 10ribu++. Kadar tafsiran adalah bergantung kepada keputusan jemaah doktor yng dilantik khas oleh Perkeso.

Jika anda mengalami kecacatan kekal walaupun sedikit, adalah rugi tidak berusaha untuk mencuba. Mana tahu jika ada rezeki. Caranya cuma minta borang kecacatan kekal, minta laporan perubatan daripada hospital pertama anda dimasukkan/ dirawat, IC dan tunggu untuk ditemuduga. Jika benar kecacatan yang anda hadapi memberi kesan kepada masa depan dan impak kepada prestasi anda melakukan kerja selepas anda terbabit dalam kemalangan, langsung tidak rugi untuk meluangkan sedikit masa untuk mencuba. Lagipun anda membayar dan berjuta-juta lagi rakyat Malaysia mencarum. Selamat berusaha dan sihat sentiasa.

p/s: Panduan di atas berdasarkan pengalaman sendiri kawe, mungkin tidak berapa tepat kerana diterang secara ringkas untuk sekadar kongsi dan membuka mata mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan di tempat kerja, dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat kerja tetapi tidak melakukan tuntutan. Mereka sebenarnya telah melakukan kesilapan. Rujukan sebenar yang lebih tepat boleh juga dirujuk ke laman web Perkeso disini.

Semoga ceria selalu, sihat sentiasa dan senyum sokmo!


Comment 22 Apr 2016: Salam semua. Alhamdulillah perkongsian ini sedikit sebanyak membantu mereka yang terlibat dalam kemalangan. Terlalu banyak pertanyaan sehingga tak mampu saya menjawabnya. Maafkan saya.. Saya cadangkan kepada sesiapa yang membaca atau berpengalaman boleh tolong jawab soalan. Jika soalan tidak terjawab, saya sarankan untuk rujuk bahagian soalan lazim di laman web socso ataupun hubungi terus socso. Satu lagi alternative adalah dengan meminta pertolongan HR di tempat kerja anda.

Saturday, March 17, 2012

Keputusan Kelantan vs Perak 2-0, Game 10 Liga Super 2012

Siapa pun boleh jaringkan gol. Itulah kelebihan yang ada pada setiap pemain Kelantan sekarang ini apabila berjaya membenam Perak di laman sendiri dengan 2 jaringan yang dijaringkan oleh 2 pemain pertahanan, Daudsu dan Ropi. Kedua-dua gol tersebut dihasilkan melalui sepakan percuma yang sangat menarik.

Gol pertama menerusi bek kanan Kelantan, Daudsu yang mengambil kesempatan ke atas kesilapan penjaga gol Perak yang keluar jauh kehadapan. Kredit kepada Daudsu kerana berjaya menghantar terus bola dari tengah padang ke dalam rawang gol Perak yang hanya mampu dilihat sahaja oleh keeper Perak. Lambungan beliau sungguh tepat dan menghasilkan gol yang tidak disangka-sangka.

Manakala gol kedua pula dihasilkan oleh Ropi menerusi sepakan percuma yang kencang. Percaturan beliau dan Piya tampak menjadi. Boleh dikatakan, semua pemain pertahanan Kelantan pada malam ini beraksi dengan cemerlang.

Sebaliknya pemain import Kelantan sedikitpun tidak mampu untuk menyakinkan para penyokong. Kehadiran beliau tidak mampu untuk mengucar kacirkan pertahanan lawan. Nwoha seringkali rebah atau dengan kata lain lembik. Kelantan nyata akan lebih kuat jika memiliki seorang penyerang yang mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

Namun tidak guna juga diperkatakan sehingga pintu pembelian pemain import dibuka semula bulan 4 nanti. Setakat ini, tenaga tempatan sudahpun cukup untuk mengekalkan rentak cemerlang Kelantan. Apa yang penting ialah strategi yang menjadi daripada jurulatih. Diharap pihak pentadbiran KAFA akan mencari pemain yang lebih berkaliber seperti mana Terengganu miliki sekarang untuk menghiburkan penyokong setia The Red Warriors.

Apapun, tahniah kepada Daudsu dan Ropi selaku penjaring utama dan keseluruhan pemain Kelantan yang bertindak cemerlang untuk menafikan setiap serangan bertali arus Perak lebih-lebih di separuh masa kedua. Hanya yang terbaik akan menjadi juara.

Gomo Kelate Gomo!!!!!

Tuesday, March 13, 2012

Kelantan ke Suku Akhir Piala FA 2012

Update ringkas:

Kelantan berjaya melangkah ke peringkat suku akhir apabila berjaya menundukkan Kuala Lumpur 3-2 dalam saingan pusingan kedua yang juga pusingan kalah mati Piala FA 2012. 2 jaringan yang disumbangkan oleh Farhan dan Indra dalam separuh masa pertama cukup membantu kebangkitan Red Warriors yang kepenatan akibat jadual padat dalam bulan Mac ini.

Kapten Piya meletakkan kedudukan Kelantan dalam kedudukan selesa biarpun terpaksa bermain mati-matian menghalang Kuala Lumpur yang berusaha keras untuk menjinakkan Kelantan. Hasilnya mereka berjaya mendapat gol sagu hati dalam masa tambahan sebelum wisel penamat untuk merapatkan jaringan.

Syabas diucapkan kepada pasukan Kelantan dan Kuala Lumpur di atas aksi yang semakin meningkat dan mampu menyaingi Kelantan..

Gomo Kelate Gomo!!

Sunday, March 11, 2012

Keputusan Penuh Piala FA 2012 - Sehingga 11 MAC 2012

Sehingga 11 Mac 2012, 7 pasukan telah pun mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA 2012. Pasukan tersebut ialah:

Terengganu
Lions XII
Sime Darby
Johor FC
KL SPA
Kedah
T-Team

Kelantan ketinggalan satu perlawanan menentang Kuala Lumpur.

Untuk melihat kedudukan terkini keputusan penuh piala FA 2012, sila klik pada page ini --> KEPUTUSAN PENUH PIALA FA 2012

Sunday, March 4, 2012

Keputusan Kelantan vs Negeri Sembilan (N9) 2-1, Game 9 Liga Super 2012

Negeri Sembilan terpaksa akur dengan Kelantan yang tampak lebih menguasai permainan yang berlangsung di Kota Bharu pada malam ini. Kelantan yang turun tanpa Mat Yo dan Aziz nampak agak sedikit tempang, walaubagaimanapun Kelantan berjaya melancarkan serangan berbahaya ke pintu gol N9 sebaik sahaja wisel permulaan perlawanan ditiup oleh pengadil. Hasilnya Kelantan berjaya memecah badi kebuntuan untuk memperoleh gol dalam 30 minit pertama apabila Piya bijak menyudahkan peluang yang terhidang di minit kedua perlawanan. Rembatan kencang Piya terkena kaki pertahanan N9 dan memterjemahkannya kepada gol yang boleh dikatakan penyokong sendiri tidak bersedia untuk meraikannya.

Walaubagaimanapun corak perlawanan pada malam ini agak perlahanan. Ia mungkin taktikal yang diarah oleh barisan jurulatih Kelantan untuk mengelakkan kesilapan yang boleh membawa padah. Banyak juga hantaran tidak tepat dan lebih kurang 10 percubaan tepat hampir menerjah gawang N9. Farizal nyata beraksi cemerlang untuk menafikan serangan bertali arus The Red Warriors.

Ketiadaan Mat Yo jelas menunjukkan jentera serangan Kelantan begitu tumpul. Walaupun benteng pertahanan N9 dilihat agak rapuh dan kelam kabut, nyata jentera yang diketuai oleh Ramzul dan Farhan tidak menjadi. Nwoha yang masuk menggantikan Ramzul juga masih mencari rentak, beliau masih lagi tidak mampu untuk menyakinkan penyokong The Red Warriors.

Shakir Ali, wira Harimau Malaya yang menyelamatkan maruah skuad kebangsaan daripada tercalar sebelum ini bijak menanduk hantaran Owona di awal separuh masa kedua untuk mengimbangi Kelantan. Kemasukkan Alif yang nampak bekerja keras juga menggerakkan lagi jentera tengah mereka. Namun Kelantan tidak pernah berputus asa dan terus mengasak N9 walaupun terpaksa bermain dalam hujan. Keputusan penuh hampir sahaja seri namun ketika perlawanan tinggal seminit sahaja lagi, Kelantan berjaya bangkit untuk menundukkan ego N9 hasil jaringan Canturu berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil oleh Piya, ditanduk oleh Nwaneri tapi terkena palang. Nasib menyebelahi Kelantan apabila Shakir berjaya menghantar balik bola ke dalam kotak penalti.. Aksi kelam kabut dihadapan pintu gol dimanfaatkan oleh Canturu untuk menghadiah 3 mata penuh kepada The Red Warriors.

Ketika ini, Kelantan mengungguli Liga Super, diikuti rapat oleh Terengganu dan T-Team. Sejauh mana kemampuan Kelantan untuk mengekalkan kejuaraan, sama-samalah kita nantikan dalam aksi perlawanan yang akan datang.

Kemenangan malam ini bukan bermakna Kelantan bermain dengan baik. Secara keseluruhan banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tanpa Butler, Kelantan diharap dapat mengatur strategi baru bersama Bojan.. Jangan lupa aksi seterusnya, Kelantan bakal berentap dalam Piala AFC bersama pasukan terhebat di Asia.

Gomo Kelate Gomo!!!