Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Wednesday, November 30, 2011

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011

Keputusan bagaikan sudah dijangka, 2 pemain dari Kelantan berjaya menempah nama di temasya tersebut, tidak lain dan tidak bukan, Apek dan jugak Mat Yo.. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi syabas diucapkan kepada Apek dan Mat Yo kerana berjaya merangkul anugerah tersebut mengatasi pemain-pemain lain yang bukan calang-calang hebatnya..

Apek sekali lagi berjaya mempertahankan gelaran selaku penjaga gol terbaik kebangsaan mengatasi saingan Sharbinee dan Farizal.. Bisa Apek memang tidak dapat disangkal lagi.. Mat Yo pula merangkul 2 anugerah paling disegani iaitu Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai 2011.. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana penyerang dan benteng terakhir kedua-dua nya masih menyarung jersi The Red Warriors..!

Keputusan anugerah keseluruhan adalah seperti berikut:

BEST GOALKEEPER
1. Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)


BEST DEFENDER
1. Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

BEST MIDFIELDER
1. Safiq Rahim (SELANGOR)

BEST STRIKER
1. Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)


BEST COACH
1. Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)

MOST PROMISING PLAYER
1. Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

SUPERMOKH AWARD for MOST VAUABLE PLAYER
1. Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)


BEST FOOTBALL ASSOCIATION
1. FA of Selangor

BEST CLUB
1. PKNS SELANGOR

Sekali lagi syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang anugerah, semoga pasukan Kelantan akan lebih mengganas lagi pada tahun 2012..

Pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM adalah seperti post sebelum ini.


Sumber: MyLauchPad Maxis

Gomo KELATE Gomo!!!

Tuesday, November 29, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Rasonyo masih x terlambat lagi kawe nk ucapkan selamat tahun baru kepada seluruh umat islam di Malaysia khususnya rakyat Kelate x kira lah di mano demo-demo berado, semoga kito semo sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT..

Kepada sesapo hok x ingat kalendar islam, termasukla diri kawe sendiri, tahun ni rupa-rupanya tahun 1433 Hijrah dah.. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dan meneruskan perjuangan bukan untuk mencari duit dan njoy semata-mata, tapi untuk menjadi hambaNya yang sentiasa bertaqwa dan beribadat kepadaNya.. Tidaklah sempurna hidup kita jika kita semo lalai dan semakin jauh daripada rahmat Allah..

Update cikit pasal khutbah Jumaat hok minggu lepas, lamo sero x update pasal agama.. Ingat lagi khutbah minggu lepah kawe gi, tajuk khutbah dia Muhasabah.. Sebut pasal muhasabah, ramai kawe raso diluar sana hok x rajin lagi menghisab diri sendiri.. Sejauh mano hubungan kita dengan Allah.. Bersediakah kita untuk dihisab di akhirat kelak? Segala-galanya akan dihitung sebaik sahaja Allah mencabut nyawo kita semo.. Bilo, di mano, lagu mano? Itu adalah soalan yang perlu kita tanya n kita mesti standby untuk menghadapinya..

Secara ringkas, khutbah tersebut menyentuh muhasabah diri berdasarkan masa lalu dan jugok masa akan datang.. Dengan kata lain, merenung kembali kesilapan yang pernah kita lakukan masa lepas dan apakah yang kita akan lakukan pada masa akan datang.. Merenung kesilapan bukanlah setakat mengingat kembali sebaliknya kita kena insaf dan bertaubat di atas kesilapan lampau, berazam memperbetulkan di masa akan datang dengan sedaya upaya supaya hidup kita ni sentiasa berada pada landasan yang betul dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Itu yang penting.. Gapo sekali pun hok kito buat atas dunia ni, selagi Allah x redha, kita x pernah berasa cukup.. Semuanya kekurangan dan hidup rasa tidak lengkap sekalipun kita memiliki segala keindahan dunia...

Muhasabah perlu dilakukan dalam banyak aspek.. Untuk memudahkan diri kita ni supaya tidak hanyut, adalah lebih baik kita bermuhasabah dengan cara yang lebih spesifik.. Ambil sehelai kertas, tuliskan kriteria-kriteria seperti muhasabah agama yang merangkumi aspek rukun islam dan rukun iman. Cukup 2 ini sahaja, kita sempurnakan sebaik mungkin, insyaAllah selebihnya akan sempurna.. Bagaimanapun, kita juga xleh lupa muhasabah maksiat yang pernah kita lakukan.. Apakah maksiat dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan, cubalah dengan sedaya upaya untuk sepaling-paling kurang membenci dan selebihnya, kebaikan akan datang dengan sendiri..

Mungkin dengan 2 perkara muhasabah tersebut, kita akan kembali kepada Allah.. Jangan pandang perkara yang tidak tentu.. Betulkan rukun islam kita, mengucap 2kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi yang berkuasa, insyaAllah, hidup kita akan mengikut garisan Islam.. Ia akan datang dengan sendiri, itulah janji Allah SWT..

Kawe sekadar menyampaikan untuk perubahan bersama.. Mana yang baik kita kongsikan, mana yang buruk kita ketepikan.. Sesungguhnya kita manusia tidak sempurna dan selalu lupa, maka patutlah kita mengingati saudara seagama dengan kita..

Bola-bola jugak, smaye-smaye jugak.. Semoga tahun ini menjanjikan perubahan yang lebih baik terutamanya kepada diri kita sendiri, keluarga kita, guru-guru kita, sahabat kita dan rakan seagama kita.. Wassalam.. Selamat tahun baru 1433 Hijrah...

Anugerah Bola Sepak 2011 - Petanda Baik TheRedWarriors!

Susulan 100PLUS-Astro-FAM National Football Awards atau dalam bahasa melayunya Anugerah Bola Sepak Kebangsaan gabungan 100PLUS, Astro dan juga FAM menamakan majoriti calon daripada skuad The Red Warriors adalah petanda baik kepada skuad kijang. Daripada jumlah 21 pencalonan, 6 pencalonan adalah dari Kelantan..

Pencalonan yang telah diumumkan adalah seperti berikut:

LIST OF NOMINEES

BEST GOALKEEPER
Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

BEST DEFENDER
Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (NEGERI SEMBILAN)
Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

BEST MIDFIELDER
Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
Safiq Rahim (SELANGOR)
Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

BEST STRIKER
Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

BEST COACH
Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
Norizan Bakar (PERAK)
Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

MOST PROMISING PLAYER
Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

ANUGERAH SUPERMOKH MOST VAUABLE PLAYER
Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
Safiq Rahim (SELANGOR)

Daripada di atas, jelas dapat kita saksikan player kita tercalon dalam 5 anugerah out of 7. Anugerah ini juga membuktikan betapa kita memiliki pemain yang bermutu untuk memastikan kita adalah juara di masa akan datang..

Sama-sama kita doakan agar Apek, Mat Yo, Piya dan Dato' M Karathu berjaya mencipta nama di hari penentuan anugerah nanti.. Ucapan syabas n tahniah in advance kepada mereka yang bakal berjaya...

Gomo THEREDWARRIORS Gomo!!!

Sumber: Maxis MyLaunchPad

Tuesday, November 22, 2011

Garuda Menangis Lagi

Jika kita selalu dengar istilah penyu menangis lagi, kali ini kerap pula kita dengar Garuda menangis lagi. Mana tidaknya apabila skuad garuda dinafikan hasrat mereka untuk merangkul emas pada temasya sukan SEA edisi 2011. Lebih malang lagi apabila skuad Indonesia dimalukan lagi di halaman sendiri, stadium Gelora Bung Karno yang dihadiri hampir 100,000 orang penyokong fanatik mereka..

Perlawanan semalam telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah pasukan yang harus dihormati di Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kelemahan di bahagian jentera serangan yang diharus diperbaiki sebelum kita mendabik dada dan mengutuk pasukan orang lain. Apa yang pasti, barisan pertahanan Harimau Muda adalah barisan pertahanan yang terbaik yang mampu menidakkan segala aksi bahaya daripada jentera serangan mana-mana pasukan sekali pun.

Ketenangan barisan pertahanan terutamanya penjaga gol Kelantan, Apek wajar disanjungi. Jika tempoh hari Apek berjaya mengharumkan nama Malaysia, kali ini Apek membuktikan bahawa beliau adalah penjaga gol terbaik Asia Tenggara abad ini. Nama beliau bakal diukir sebagai lagenda suatu hari nanti.. Syabas Apek!

Perlawanan yang berkeputusan seri 1-1 pada wisel 90 minit memaksa kedua-dua pasukan beraksi di masa tambahan. Walaubagaimanapun, banyak peluang keemasan yang dimiliki oleh barisan penyerang Malaysia gagal dimanfaatkan. Ini adalah kegagalan terbesar kita bukan sahaja di pentas akhir bahkan seluruh perlawanan sukan SEA. Ong Kim Swee semestinya sudah faham akan kelemahan pasukan. Apa yang diharapkan adalah aksi terbaik biarpun jika kita kecundang..

Perlawanan yang diheret hingga ke sepakan penalti memberikan penuh debaran kepada penyokong. Apatah lagi kepada para pemain, itu memang tidak dapat dinafikan. Namun disinilah yang kita nak lihat di mana ketenangan dan fokus pemain perlu mengatasi segala-galanya. Apa-apa pun, tahniah di atas kejayaan Harimau Muda meraih ibu segala emas dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Secara tidak langsung nama Kelantan juga naik kerana terdapat ramai juga barisan pemain Kelantan yang diserap dalam skuad kebangsaan seperti yang dimaklumkan TSAM baru-baru ini. Lebih-lebih lagi nama Khairul Fahmi Che Mat yang tidak perlu lagi dikhuatiri akan kemampuan beliau.

Hidup Harimau Malaya. Gomo Malaysia Gomo!!!

Friday, November 18, 2011

Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 1-0

Petikan daripada laporan berita Kosmo 18-November-2011:

JAKARTA – Panas, dramatik dan penuh mendebarkan!

Itu yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi yang menyaksikan Harimau Muda berjaya membenam ego Indonesia hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011.

Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Muda mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.

Namun yang paling mencuri tumpuan pada aksi malam tadi ialah apabila jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee diarahkan meninggalkan bangku simpanan pemain pada minit ke-68 selepas beliau didakwa mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkassar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tampil di hadapan hampir 100,000 penyokong fanatik Indonesia, Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.

Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.

Sang Garuda Muda pula tidak menurunkan beberapa tonggak utamanya dalam kesebelasan utama seperti penggempur berbisa, Patrich Wanggai dan Octovianus Maniani.

Seawal minit keempat, Baddrol terlebih dahulu menguji benteng Sang Garuda Muda yang diterajui penjaga gol, Andritany Ardhiyasa. Bagaimanapun, rembatan Baddrol dari luar kotak penalti berjaya dinafikan Andritany.

Ketika perlawanan baru memasuki minit ke-14, pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim.


PENYERANG Malaysia, Izzaq Faris Ramlan dikawal rapi oleh pertahanan Indonesia, Seftia Hadi (kiri) pada pertemuan di Jakarta malam tadi.

Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17.

Gol tersebut ternyata menyemarakkan barisan Harimau Muda menggempur kubu tuan rumah. Pada minit ke-22, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berpeluang menguji benteng Indonesia, namun percubaannya gagal menghasilkan gol.

Dengan sesekali Indonesia mengacah kubu Harimau Muda, Baddrol dan rakan-rakan sepasukannya jelas sekali berjaya menyerap tekanan dengan terus melancarkan beberapa serangan ke gawang Indonesia. Namun, tiada sebarang tambahan gol dicipta kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-56, Izzaq dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andritany dalam kawasan penalti. Dua minit kemudian, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan pemain tengah, K. Gurusamy dan digantikan dengan Irfan.

Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad.

Dengan kemenangan itu, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar, manakala Indonesia berdepan juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi separuh akhir esok (19 November).

Dalam pada itu Kim Swee ketika ditemui berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut.

“Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangai pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya

Link Laporan Kosmo
______________

Tahniah kepada pemain muda Malaysia di atas pencapaian yang cemerlang. Diharap pasukan Malaysia dapat meneruskan rentak cemerlang demi menempa nama Malaysia dan juga Kelantan di persada antarabangsa.

Gomo Malaysia Gomo!!!

Wednesday, November 9, 2011

Farhan, Indra Putra, Azizi & Azlan Sah ke Kelantan, Amirul Hadi Belum Pasti

Spekulasi dan bermacam-macam teka teki akhirnya terjawab apabila KAFA mengumumkan pemain baru yang diikat untuk memperkuatkan pasukan Kelantan The Red Warriors 2012. Pemain tersebut adalah tunggak Kelantan 2010 yang membantu Kelantan untuk memenangi pelbagai piala, tidak lain tidak bukan:
1. Indra Putra
2. Farhan
3. Azizi

Indra, Farhan dan Azizi yang ketika ini bersama T-Team telah membuktikan bahawa mereka adalah pemain yang berpengalaman dan terbaik apabila mampu beraksi sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2011 selalu beberapa kali menewaskan Kelantan sendiri dalam saingan liga tempatan. Nyata kebangkitan T-Team adalah disumbangkan oleh tiga pemain tersebut dan Kelantan yang sememangnya memerlukan pemain yang berpengalaman memanfaatkan peluang sebaik mungkin untuk mengikat ketiga-tiga pemain tersebut.

Walaupun sebelum ini kecoh dengan perpindahan mengejut Indra, Farhan dan Azizi, namun peristiwa tersebut tidak sedikit pun mengganggu hubungan antara mereka dan KAFA. Ini menunjukkan bahawa pengurusan KAFA adalah professional dan pemain-pemain juga bertindak professional. Jadi para penyokong juga harus bersifat professional ketika menyokong pasukan TRW.

Berbalik kepada pemain yang diikat, seorang lagi ialah Azlan yang sekarang ini sedang berkhidmat untuk Kedah. Azlan akan kembali kepangkuan tanah air dan akan menyumbangkan khidmat sebagai forward player untuk memastikan Kelantan lebih digeruni pada musim akan datang. Jadi ketika ini, Kelantan mempunyai bilangan striker yang ramai termasuk juga pemain import.

Manakala Amirul Hadi yang sebelum ini kecoh diperkatakan akan join Kelantan, berita yang kian hangat menjadi perbualan masih belum dapat disahkan. Mungkin benar mungkin jugak tidak.. Masih ada banyak masa lagi untuk KAFA dan jurulatih Peter Butler mengintai pemain yang mampu memperkukuhkan lagi jentera The Red Warriors 2012...

Jika diperhatikan, Kelantan jelas akan bertambah kuat di posisi tengah dan hadapan dengan adanya pemain-pemain yang berkaliber yang disambung kontrak dan dipancing. Bagaimana pula dengan posisi pertahanan yang dilihat seringkali bocor tatkala pasukan lawan mengatur serangan terutamanya serangan counter attack? Tidak ada cara lain kecuali menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih Peter Butler untuk mengatur strategi. Apa yang pasti, Kelantan akan lebih kuat daripada sekarang.. Sama-sama kita nantikan...

Gomo KELATE Gomo!!!