Keputusan Terkini

Kelantan 0 vs JDT 3 (2 Sep 2014)... Pulau Pinang 1 vs Kelantan 3 (29 Aug 2014)... Kelantan 1 vs ATM 2 (26 Aug 2014)... ATM 0 vs Kelantan 3 (23 Aug 2014)... Kelantan 3 vs Pulau Pinang 1 (19 Aug 2014)... JDT 1 vs Kelantan 0 (13 Aug 2014)...

Saturday, October 29, 2011

N9 Juara Piala Malaysia 2011

Keputusan perlawanan piala paling berprestij Malaysia sudah diketahui. Negeri Sembilan berjaya mengatasi Terengganu dengan jaringan 2 berbalas 1.. Separuh masa pertama menyaksikan N9 menguasai permainan namun tiada sebarang jaringan dihasilkan. Terengganu seperti biasa bermain secara bertahan dan menggunakan taktik counter attack untuk menghasilkan gol. Nyata taktik Terengganu membuahkan hasil apabila Ashari seperti biasa bijak menyudahkan peluang yang dimilikinya..

Terengganu mendahului pada separuh masa kedua. Namun, Kunalan berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan jauh yang kemudian dibantu pula oleh Sharbini yang gagal menangkap kemas hantaran mudah tersebut. Gol mudah tersebut menyebabkan moral pemain Terengganu terganggu. Hasilnya, N9 berjaya menembusi gawang gol Terengganu sekali lagi menerusi jaringan cantik pemain sensasi, Hai-O.

Tahniah kepada N9, beraksi di pentas akhir berturut-turut membuktikan N9 merupakan pasukan yang kuat terutamanya dalam Piala Malaysia. Ini adalah cabaran yang sihat untuk masa akan datang yang mana kita semua dapat menyaksikan perlawanan yang kompetitif antara semua pasukan di Malaysia. Menang kalah sudah menjadi adat permainan.

Namun demikian, kredibiliti Sharbini wajar dipersoalkan. Sejak beberapa siri, beliau dilihat seringkali gagal untuk menangkap kemas walaupun bola mudah. Tumbuk bola keluar adalah boleh dikatakan favorite aksi yang selalu dilakukan oleh Sharbini..

Tidak dapat disangkal Terengganu mempunyai barisan forward yang laju dan berkebolehan tapi jangan lupa kekalahan Kelantan tempoh hari dibantu oleh beberapa layangan kad oleh pengadil yang suka main kad. Penyokong Kelantan sedar dan akur tetapi keputusan adalah muktamad. Situasi sebegini sedikit sebanyak mengotorkan sukan bola sepak kita..

Tahniah sekali lagi kepada N9 dan juga Terengganu. Pastinya Kelantan akan memberikan saingan yang sengit untuk tahun 2012.. Sama-samalah kita tunggu dan saksikan perubahan terbaru skuad Kelantan dengan adanya jurulatih baru, Peter Butler dan beberapa orang pemain baru termasuk pemain import..

Gomo Kelate Gomo..!

Amirul Hadi dari Selangor ke Kelantan

Siapa yang tidak kenal pemain tersohor Selangor dan juga pemain kebangsaan, Amirul Hadi.. Pemain sayap yang lincah dan berkebolehan menggelecek dan memberi hantaran cantik selain menjaringkan gol bila masa beliau memiliki peluang..

Inilah spekulasi terbaru, khabarnya beliau akan berhijrah ke Kelantan untuk tahun 2012. Sejauh mana kebenarannya? Oh, tidak sesiapa pun tahu selagi keputusan rasmi dikeluarkan TSAM selepas 29-October..

Tetapi desas desus terlalu kuat mengatakan bahawa beliau sudah setuju untuk meninggalkan jersi merah kuning dan menyarung jersi merah putih.. Jika benar, kami penyokong Kelantan mengalu-alukan kedatangan anda.. Apa yang pasti peluang anda lebih cerah bersama Kelantan..

Kepada pemain-pemain lama yang kekal, pemain baru yang telah diserap, pemain import dan bakal pemain yang akan dibawa masuk, selamat datang ke The Red Warriors!

Kebangkitan bola Malaysia bermula disini.. Gomo Kelate Gomo!!!

Bola dan Tiket

Nampaknya walaupun bermacam-macam cemuhan dan bantahan dikeluarkan oleh para penyokong, kelab dan juga menteri, namun FAM tetap berkeras untuk mengekalkan harga tiket final Piala Malaysia edisi 2011, RM 50. Tahniah diucapkan kepada FAM kerana tetap pendirian dan mengambil keputusan kurang senang di hati penyokong. Barisan pentadbiran FAM merupakan antara pentadbiran yang hebat masa kini. Syabas dan tahniah................

Jika dipandang semula statistik kenaikan harga tiket, daripada RM 20 ke RM 30 dan kali ini RM 50. 2 tahun sudah naik. Tapi jika berdasarkan kajian, tindakan FAM boleh dibaca. Tahun ini naik, tahun depan x naik dah sebab mereka sudah naikkan RM 20. Double triple bahagi dua daripada tahun 2009..

Dan jika diperhatikan juga, sebenarnya terlalu banyak gimik dan politik dilibatkan dalam arena bola sepak tanah air. Perkara sebegini tidak pernah berlaku satu masa dahulu. Kenapa ia berlaku sekarang? Semuanya bermula gara-gara peningkatan mendadak pasukan Kelantan. Kelantan adalah pelopor yang mencetuskan fenomena gila bola, perkara ini turut diakui oleh ramai orang. Dulu senyap saja, sekarang bila Kelantan naik, bola pun naik. Oleh sebab terdapat peluang yang sangat besar pada ketika ini, maka FAM bertindak bijak untuk mengambil risiko menaikkan harga tiket. Syabas dan tahniah sekali lagi..

Gimik yang dapat dilihat pada kali ni ialah penglibatan kelab negeri itu sendiri. Mana mungkin mereka tidak tahu menahu. Informasi sekarang bukan lagi bertebangan menggunakan sehelai kertas yang diikat pada seekor burung. Untuk meredakan kemarahan penyokong setia, maka kelab negeri pun sangguplah untuk mengeluarkan subsidi.. Persoalannya:

1. Dari manakah datangnya duit subsidi tersebut?
2. Betulkah ada subsidi ataupun hanya harga tiket dicetak RM 50 tetapi nilai sebenar RM 30? Dengan kata lain, tiada apa pun yang berlaku, cuma gimik semata-mata..

Namun, tindakan bijak FAM akan menjadi kenyataan pada tahun 2012 dan SETERUSNYA.. Ada ke lagi kelab bola mana-mana negeri nak bagi subsidi lagi selepas ni? Sampai bila? Banyak pulak persoalan..

X mengapalah.. Sebab sekarang Astro pun ada, untuk lebih selamat dan jimat duit, tengok jela bola sambil baring.. Walaupun rasanya teramatla tidak best jika dibandingkan tengok live di stadium and bersorak bersama rakan-rakan yang lain.. Inilah dilema orang yang tidak berpendapatan besar.. Jangan sesekali berhutang untuk memenuhi poket dan perut buncit orang lain..

Tuesday, October 25, 2011

Harga Tiket Akhir Piala Malaysia Naik Mendadak

Tidak tahan dengan tindakan FAM yang memutuskan harga tiket akhir Piala Malaysia kali ni, Terengganu vs Negeri Sembilan.. Fuhhh.. Dari RM 30 ke RM 50.. Naik RM 20!!!

Dahsyat.. X tahulah apa rasional di sebalik kenaikan tersebut.. Jelas mendadak dan mahal.. Rata-rata penyokong dari mana-mana negeri pun mengeluh.. Sedikit sebanyak semakin menanam perasaan tidak puas hati, tindakan sebegini adalah tidak wajar..

Antara alasan FAM yang dipetik dari keratan Kosmo ialah:

1. FAM tidak bolot sendirian - hasil kutipan diagih kepada persatuan Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan juga..
2. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.. (keratan kosmo 26-Oct-2011)
3. Penyokong yang beli tiket RM 30 juga duduk di tempat grandstand.. Tidak adil kepada mereka yang membeli tiket RM 50..
4. Membanteras kegiatan ulat..

Pelik.. Tapi itulah kebenarannya.. Tapi tidak jelas lagi apakah kos yang perlu dibayar sehingga FAM terpaksa menaikkan harga tiket sehingga sedemikian..

Adakah ini rasional dengan:

1. Mutu padang yang tidak berkualiti?
2. Jarak penonton yang datang dari jauh?
3. Peminat yang berpendapatan rendah?
4. Family yang bercadang menonton?
5. Adakah ulat akan berkurang? Apa jaminannnya?

Tambah:
6. Mutu pengadilan pun teruk..


Bagaimana pula dengan ini:


Kelab penyokong negeri juga turut membantah. Bermacam-macam tunjuk perasaan dan bantahan dibuat.. Tapi apa yang pelik:


X faham.. Cyes x faham.. Nape plak persatuan bola negeri nak bantah kalau dah setuju.. Apakah ini tindakan politik? Oh, tidak..!

Nampaknya festival bola Malaysia seringkali menjadi isu. Kenaikkan kali ini juga menentukan tiket yang akan datang. Setiap tahun harga tiket akan naik.. Apakah kos yang naik mendadak sehingga kan harga tiket naik mendadak? Berterus terang lah FAM.. Kesianlah kami penyokong bola.. Jangan lah ambil kesempatan..

Kami penyokong setia Negeri, tidak kiralah mana-mana negeri tetap akan pergi.. Sanggup berhutang demi melihat pasukan tersayang.. FAM juga tahu hakikat ini.. Sebab itu risiko ini diambil.. Tapi ketahuilah, setiap seorang yang membuat keputusan ini, tanggunglah di akhirat sana jika penyokong tidak halal..

Syabas sekali lagi FAM kerana mengambil tindakan yang berani.. Fikirkan kepentingan penyokong juga.. Naik tu boleh, tapi biarlah rasional..